Semasa raya hari itu kita ada baca kisah pmpn buat kerje rumah dan lelaki goyang kaki. kali ini aku nak cerita kisah ibu bapa aku yg lagi dasyat di mana ibu aku buat segala2nya ibarat ibu tunggal. niat bkn nak aibkan, tp nak minta pendapat dan agar jd pengajaran.
Ibu bapa aku berkawin atas aturan keluarga. ibu aku asal org kmpg dan org ssh, terbalik dgn ayah aku yg org senang kat bandar. Walaupun ada perangai ayah aku yg tak elok mcm amik duit mak aku senyap2, dan byk menipu, dan panas baran, mak aku sabar je. mcm dalam kisah sebelum ini, mak dan ayah aku sama2 berkerja asalnya, tp kerja rumah mak aku sorang la yg buat.
sehingga la lps adik bongsu (anak ke5) lahir, ayah aku berhenti keje dan nak bekerja sendiri. dia cuba buat syarikat sendiri dan cari projek. tp ssh katanya. jd dia xde keje skrg dan xde pendapatan. jd mak aku la yg kena sara keluarga DAN jaga rumah, anak2, memasak dll. ayah aku? setiap pagi tgh hari baru bgn kemudian menghadap komputer. hidupnya bebas tanpa tanggungjawab bak pelajar universiti yg tgh cuti sem. Mak aku secara rasminya dah jd ibu tunggal yg masih bersuami. cuba bygkan seorg ibu kena tanggung 6 org bersendirian ketika itu (smpi la skrg ni beberapa belas tahun dah berlalu).
walaupun tak berkerja, keje rumah semua jgn harap la dia nak buat. org senang katakan. takkan dia nak buat semua tu. kalau dia ada buat sikit tu, mmg ssatu rumah akan tau, sbb dia akan ckp punya. tp sgt2 jarang. selalunya bila kami satu keluarga kemas rumah, dia samaada akan tido kat atas, keluar atau duduk kat rumah tamu menghadap telefon dia buat tak tahu je (mcmmn dia boleh xde rasa malu??). dia penah kata yg rumah dan masak tu mmg tanggungjwb mak aku pun (seriusly!?? tangungjawab dia sendiri apa pun x buat. pendek kata mmg dia xde buat apa2 pun). bahkan cabut rumput tgh panas kat luar pun mak aku yg buat (anak2 pun ada tlg jgk).
pegi la tegur? mesti la mak aku (dan aku) penah buat. ingat lg bila aku ckp dia panas baran? dia panas baran dan x penah salah. apa dia buat semua betul. Penah skali mak aku suruh cari keje dia campak gelas yg dia pegang ke dinding dan ckp ‘aku tau la apa aku buat’. masa tu mak aku tgh basuh pinggan. dan semestinya mak aku la yg kena bersihkan gelas pecah tu (masa ni aku kecik lg). dan kalau mak aku yg mengamuk kat dia, tau x dia kata apa? dia kata mak aku mmg perangai mcm tu sbb dulu hidup ssh dan kutuk2 mak aku lg (????). bila aku ckp lg benda ni tahun lps, dia mengamuk jgk, ckp dia ada la ajar adik bongsu aku masa dia nak upsr. takkan sbb tu (tak bekerje), dia xde nilai dlm keluarga? aku senyap je la sbb xtau nak ckp apa lg masa tu. Dia xpenah sedar tanggung keluarga tu tanggungjawab dia. apa peranan dia dlm keluarga pun aku xtau.
mak aku bersabar je sedangkan rata2 aku tanya kwn2 aku x boleh sabar kalau kena mcm tu. dan mak aku pun x nak libatkan org lain. dia kata masalah keluarga biar dlm keluarga je. alangkah indahnya kalau dpt isteri penyabar mcm tu kan? tp tak bg ayah aku. sebyk2 benda mak aku buat ada je dia tak puas hati dan mengata blkg mak aku dpn anak2 dan org lain. dia penah complain psl rumah tak teratur dan suruh bandingkan dgn rumah org lain dan kata mak aku asyik sibuk dgn keje sehingga abaikan keluarga. Ye aku tau, dia mmg xpenah cermin diri dia. sedangkan mak aku xpenah burukkan dia blkg dia, kalau ada pun cerita apa (benda buruk) yg ayah aku buat je tanpa kutuk dia.
Dgn ayah aku, logik akal mmg tak boleh guna dgn dia sbb yg betul semua dia dan yg salah org lain. nak bwk dia jumpa psychiatrist aku tak mampu, jadi sapa2 boleh tlg bg cadangan? kesian mak aku walaupun dia dah pasrah jd ibu tunggal.
aku juga nak mohon kpd semua yg ingin mendirikan rumah tangga terutamanya pmpn, tgk la psgn yg anda betul2. jgn kawin dgn laki tak guna atau yg ada responsibility deficit disorder. nnt derita ke hujung usia.
terima kasih.
– Si Anak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit