Pertama kali ke Tanah Suci menunaikan Umrah sekeluarga dgn family aku dan family suami. Perasaan berdebar2 dan teruja sesangat dan aku dah sedia tahu tentang makbulnya doa di Tanah Haram dan tentang Allah bayar cash pada setiap perbuatan kita.
Kejadian pertama- Semasa di Masjid Nabawi. Sebelum kami pergi keluar membuat lawatan luar dan dalam aku sering berpesan pada ahli keluarga aku yg perempuan (mak, mak mertua, kakak ipar, anak perempuan) utk ambil wuduq dulu sebelum keluar dari hotel supaya mudah utk kita terus mengerjakan solat.
hari tu selesai kami pusing satu masjid nabawi tiba waktu utk solat zohor aku terus mengajak yg perempuan masuk ke dalam masjid awal supaya kami mendapat tempat dibahagian depan. tetiba pulak mak aku mengeluh “mak belum amik air sembayang ni” terdgr pulak kakak ipar pun ckp benda yg sama..Aduh!! Geramlak dgr..dahlah bilik air/wuduq jauh, jemaah dah mula ramai datang sbb dah nak masuk waktu, nak kejar duduk saf depan lagi.
AKu pun cakap..”ei…nape x amik air sembahyang sekali..kan dah pesan amik siap2 senang nak masuk masjid’
“Akak..gie teman nenek amik air sembahyang!” aku arah anak perempuan aku temankan dorang gie tempat wuduq. Agaknya mak akuperasan kot aku x suka so dia pun ckp “ar..xperlah mak gie sndri. Syaza (anak aku) gie ikut mak” So pergilah mak aku, mak mertua ngan kakap ipar amik wuduq, sambil aku ngan anak perempuan aku masuk masjid dulu. Dapatlah kami duduk saf depan. Sebenarnya tak lah depan sgt sebab aku bawak anak perempuan aku yg kecik umur 3 thn. knk2 tak dibenarkan masuk dan duduk dibahagian hadapan. sambil duduk2 tuh aku jengah jgk mak aku bertiga tuh kot2 dah masuk ke belum dlm masjid. duduk kat mana..sampaila hbs solat waktu nak beredar aku pun mencarilah mereka bertiga tuh..aku jumpa mak aku kat bahagian depan kawasan yg bdk2 x boleh masuk tuh..”eh! mak kat sini? aku tanya mana mak mertua aku ngan kakak ipar. Mak aku jwb dia tak tau sebab dia pun masuk sorang2.sambil kami berjalan keluar masjid ternampak pulak mak mertua ngan kakak ipar kat bahagian belakang x jauh dari tempat aku solat.dan kami berkumpul kembali dan pulang sesama ke hotel. Sebenarnya aku sedar mak aku terasa masa aku tegur dia x amik wuduq dan aku pun rasa bersalah sbb dah tertinggi suara ngan dia.
dan inilah part balasan Allah pada aku, sampai jer kat Hotel aku rasa x selesa. Bila check oh..period ker??sebenarnya lagi dua waktu solat kami akan berangkat ke tanah suci Mekah. Tapi disebabkan keadaan aku yg dah period x dptlah aku masuk mana2 masjid lagi. Suami aku pun mcm pelik..dia tnya aku ni tak tau ker masa period bila..dah gie umrah period pulak nak buat apa??aku yg kena bebel ni dok terkebil2 ajerlah..dan masa tulah aku sedar mungkin ini balasan Allah pada aku.sudahnya aku yg langsung tak boleh masuk masjid lagi .Ya Allah…terasa berdosa sgt.terpikir jgk..buat apa aku pergi jauh2 ni plan berbulan lama, dah sampai Mekah tak buat langsung ibadah umrah. Jgn kata nak buat umrah, jejak kaki masuk nak tgk Kaabah pun tak dapat.. Masyaallah…Astagfirullah, cukuplah balasan yg kau berikan pada aku ni. Jgnlah ada dosa lain lagi.
Sampai di Mekah, rupernya ada lg kejadian lain yg buat aku benar2 insaf.
Kejadian Kedua – berlaku pada Mak aku. Mak aku ni masa sampai jer kat Mekah dan dorang start buat Umrah (tawaf kaabah, saei semua tuh)abah dah pesan kat mak jalan tawaf tuh jgn laju2 nanti semput.
Pendekkan cerita balik jer hotel mak aku terus semput, langsung tak boleh bangun dengan terbaring macam org dah nazak..anak perempuan aku bgtau masa nenek buat tawaf nenek jln laju. oleh kerana aku tak sebilik nagn mak aku, aku tak tau pasal mak aku sakit sampailah anak aku bgtau masa nak makan malam tuh sbb aku suruh panggil dan ajak nenek2 dia makan sekali.Anak aku ckp nenek mak sakit teruk kat bilik..so aku pun bergegas ke bilik mak aku dan tgk mak aku dah lemah, dgn nafas tercungap2 aku rasa mcm tetibajer dia sakit, sbb sebelumnya bukan main bersemangat lagi.Aku pun tanya mak nape boleh jd mcm ni..mak ckp ntahla kak (panggilan aku kat rmh)..masa nak blk hotel tetiba rasa sesak nafas xboleh cakap..masa dia ckp dgn akutu pun tersekat2 lemah benar suara dia tu..dgr cerita kakak ipar aku ngan anak2 aku mmg mak mcm lupa yg dia tuh ada asma, abah ckp pun dia tak dengar.
Masatuh aku tak taulagi kisah abah aku ada tegur mak aku ni..aku teruskan dgn kejadian seterusnya
Kejadian Ketiga – Berlaku pada Abah aku. hari kedua kami di Mekah, kami dibawa melawat bukit Uhud dan sekitarnya..Puas kami menunggu dan mencari abah aku tapi tak jumpa jugak..so kami pun bersetuju utk bergerak tanpa abah aku.Selesai lawatan bila blk hotel aku tanya anak2 lelaki aku ada tak atok dorang kat bilik. dorang ckp tak ada..sampailah waktu makan malam.Aku bgtau mak aku pasal abah yg hilang sehari suntuk ni.mak pun mencemuh ckp “abah kau mmg macam tuh” etc…sebenarnya mak ngan abah aku ni dah tak mesra mcm pasangan suami isteri yg lain.dorang mcm dah hidup asing2 walaupun masih tinggal sebumbung..aku bawak mak abah aku pergi ni pun sbb aku tak nak ada salah seorang dr mereka terasa hati dan moga2 hubungan dorang boleh jadi baik semula.
Tiba waktu makan mlm aku pun doa sambil jalan supaya dapat jumpa abah aku ni..dan semasa aku tgh beratur nak amik makanan abah aku tegur dari belakang aku..Syukur..akhirnya Allah makbulkan doa aku..aku terus tnya abah mana abah pergi satu hari ni..puas semua org cr..Abah aku ckp dia sesat dlm masjid. Cari jln keluar tak jumpa..sampailah dah nak tghri br abah dpt keluar masjid dan balik ke hotel.Abah nak masuk hotel tp abah tak tahu guna kad tuk buka pintu tuh..so abah pun tidolah kat sofa masjid dulu. tiba waktu solat abah pergi semula ke masjid tuk solat..sampailah malam..aku teman abah mkn dan terus bawak blk hotel.
Dlm perjalanan blk hotel tuh aku bgtau yg mak sakit, tak boleh bangun..dan Abah pun terus ckp ” Aku dah agak dah..org tua ni mesti semput nanti..jalan tuh laju..aku tengokkan jer. Hah..kan dah sakit..aku dah ckp dah..org tua ni mesti sakit” bebel abah aku..aku pun sound..”nape abah ckp mcm tuh, patutla mak sakit.patutnya abah doa biar mak sihat tak sakit, ni tak abah nak mak sakit, dah sakit betul dah mak.” aku suruh abah tgk mak abah kata esok2 jer..Dan mungkin ini sebab kenapa mak aku boleh sakit teruk..sebab kata-kata abah tuh dan mungkin jgk mak aku sndri yg lupa diri masa buat umrah tuh.(related kejadian kedua)
Abah aku ni pulak kisahnya adik aku citer ngan anak2 aku (sbb dorang ni satu bilik ngan abah aku)abah ni masa org ajak sama2 gie masjid tuk subuh abah ckp pergi dulu abah tau jalan.adik pun tegur iyerla abahtuh..sesatkan baru tau..abah selambajerlah jawab alah masjid semua sama..so dorang pun tgglkan abah aku pergi solat subuh sendiri2 dan manatau abah mmg betul sesat dlm masjid tuh mcm yg dia bgtau aku..(related kejadian ketiga)
Kejadian Keempat – Adik aku (Kejadian semasa di Madinah)- Budak ni aku rasa secara tak sengaja bergurau-gurau agaknya, masa suami aku tegur “kau jgn jalan sendiri2 nanti tak tau jalan balik” Dia boleh jawab “mana ada hotel depan matajer”..dan waktu mkn tghri dah nak habis..kami sambil makan sambil tertnya-tanya mana dia ni..aku dpt satu panggilan dr dia “kak..kita kat mana ni? Kita x tau nak balik macamana” La…sudah!!aku bgtau mak ngan suami aku, semua risau..aku dgn tenang aku bgtau dia “kau pergi bgtau nm hotel ni, tnya cmner nak pergi sini” tiga kali jgklah dia asik tepon aku tnya mcmana nak balik, tak tau nak balik..last2 aku bgtau dia “adik kau patah balik tempat kau mula2 sesat tadi..xpun kau doa mintak ampun kat Allah, pastuh kau jln pelan2, inshaallah sampai hotel nanti” Mmg betul..dari tingkap tempat kami mkn, aku ternampak adik aku dlm keadaan berpeluh2 tgh jln menuju ke hotel ..sampaijer kat kitaorg kena bhnlah balik ngan suami ngan anak2 aku..”tuhlah ckp besarkan????”suami aku sound.Adik aku tersengih-sengih mcm nak tak nak jer sengih dia.
kejadian Kelima – Kakak Ipar. Kakak Ipar aku ni ada bgtau, masa mula2 dia buat umrah ramai2 tuh dia terpisah dgn kumpulan..so dia pun buat sorang2 sampai hbs..terdetik kat hati dia bagus jugak buat sorang2 ni..cepat siap..dan dua hari lepas tuh peneman dia iaitu anak perempuan aku (sebab aku dah cuti, mak aku dah sakit, mak mertua pun tak nak buat lagi) pun period gak.. mmg anak perempuan aku dah niat awal2..sbb dia tau masa period dia.so..berseoranganlah kakak ipar aku buat semua ibadat kat masjid haram tuh, mcm yg dia mintak dlm hati..
Bersambung kisah mak aku sakit, aku ckp kat mak nanti abah dtg tgk mak, mak mntklah maaf kat abah, manatau boleh sihat..sedih aku, sbnrnya abah aku malas nak tgk mak aku kat bilik dia..boleh abah ckp ” alah samajer bukan boleh baik pun” aku punyala geram..tp masih boleh kawal suara, aku ckp kat abah “abah tgklah mak kejap, abah maafkan mak.nanti mak sihat semula.mcmana nak balik kalau sakit terbaring mcmtuh” lama abah aku diam, last2 dia pun mengalah jengah jgk mak aku kat bilik.aku yg bwk abah tuh pergi kalau harap dia pergi sndri aku jamin takkan dia pergi tgk punya mak aku tuh..masa abah kat bilik mak tuh, abah dok tgk2 jer boleh abah tnya nape kau sakit? aku tgk mak dia paling muka bila abah tnya mcmtuh..Aduh! abah ni.boleh tnya nape sakit? ckpla benda lain..tgk mak aku tak der respon abah aku pun keluar bilik.dan..esoknya aku jgk yg terpaksa bawak mak gie klinik utk ambil nebulizer sebab mak aku dah mcm xleh nak nafas dah. mak mintak masuk hospital aku ckp mana boleh pergi hospital, kita dah nak balik, sapa nak jaga mak.aku dah lah dgn anak kecik lagi.byk prosedur..ni aku tau sbb aku tnya bdk agen yg tolong bwk kitaorg gie klinik. byr? nak jumpa doktor byr lain. nak amik ubat bayar lain. kenalah seratus lebih gak masa gir klinik tuh.
Kejadian Keenam – Suami aku. Kisah simple, hilang selipar. Anak perempuan aku dia balik berkaki ayam sebab selipar hilang. Dia mintak duit kat abah dia tuk beli selipar dan dapatlah sekali ceramah tazkirah bagai, hilang selipar jer pun..tp suami aku punya bising kat anak aku ngan kakak dia macam hilang jongkong emas. Kakak ipar pun sound “yerlah nanti kau taula”” dan..tak sampai sehari, waktu solat berikutnya selipar suami aku hilang pulak, pelik dia ckp, letak betul2 kat rak belakang dia duduk, bila toleh nak ambil dah xder, puas cari tempat lain pun x jumpa. dah dia pun balik kaki ayam..beli selipar baru kena harga 20riyal. Padahal selipar yg sama adik aku beli baru dapat 10 riyaljer..Bila suami aku cerita kami sama2 ketawakan dia..ckp org, sendri kena dah lah selipar hilang kena tipulak selipar mahal.
Dua hari terakhir di Mekah sebelum kami berangkat pulang ke tanah air, suami aku, abah ngan adik lelaki aku kena demam dan batuk. ada jgkla dorang terlantar terbaring sebab mmg tak larat. byklah dorang ponteng solat berjemaah masa saat2 akhir di Mekah.Sebenarnya aku pun demam dan batuk jgk tapi aku yakinkan diri dgn minum air zam-zamjer sepanjang aku sakit tuh . Alhamdullillah..walau aku demam dan batuk2 tapi aku masih kuat dan mampu tuk jaga mak ngan mak mertua aku, berjalan kesana sini lawat menara jam, berbelanja bagai, tak derla aku terlantar sakit mcm mak aku atau suami aku tu..dan aku jgklah yg kehulur kehilir cari kerusi roda tuk mak aku masa di airport.
Bila dipikir semula setiap kejadian pasti ada sebab dan akibat, dan Allah berikan yg terbaik buat kita sebenarnya. Aku terpikir mungkin sbb asbab aku terperiod tuh maka tugas aku sepanjang di Mekah adalah menjaga mak aku dan mak mertua aku yg sakit. Allah lebih tahu setiap perkara yg terjadi dan Dia lebih mengetahui baik dan buruk utk kita.Mungkin kalau aku tak period aku sibuk nak gie masjid jer, sapa nak jg dorang kan? atau mungkin jgk kalau aku tak period mak aku pun tak sakit, abah aku pun tak sesat dan akan ada kejadian lain. semua2 tuh mmg buat aku insaf. Besarnya Kekuasaan Allah ..Dia sebutjer..”Jadilah” maka Jadilah! Allahuakhbar!!
Dan kerana aku terperiod itulah maka suami aku pun ajak aku pergi lagi umrah sambil ziarah ke Petra. kali ni kami berdua jer tanpa anak-anak atau org lain. Mintak2 perjalanan dan ibadah kami lancar kali ni.
Terima kasih kepada yg sudi membaca. sekian.
– Pn Nie
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit