Isu Nafkah Batin, Ramai Rupanya Yang Senasib

Assalamualaikum semua pembaca budiman…

Lama juga saya termenung, tidak tahu nak mula bercerita dari mana….

Saya ada terbaca kisah yang disiarkan, si isteri yang terseksa batin akibat tidak mendapat layanan sepatutnya dari suami.

Antara ayatnya yang buat saya terkesan:

“Pada mulanya saya pun tak faham, entah apa yang penting dengan batin ni sebenarnya, tapi bila saya mengalaminya sendiri saya mula faham.

Saya perlukan belaian seorang lelaki yang bernama suami. Dengan belaian tu mampu buat saya patuh arahan dan hormat suami saya”

Ya.. saya juga senasib dengan awak.. saya juga tidak pernah bercerita dengan sesiapa isu nafkah batin ni kerana saya malu, ini aib suami isteri.

Tidak berani untuk meluah secara berdepan, jadi saya pilih platform ini dan harap pembaca boleh memberikan pandangan tentang isu ini.

Untuk makluman, saya sudah hampir 9 tahun berkahwin dan dikurniakan cahaya mata 6y & 3y..

Sepanjang perkahwinan memang banyak sangat2 dugaan dan masalah..

Saya dan suami berkahwin suka sama suka ketika saya 27 tahun dan suami 28 tahun…

Oleh kerana ini perkahwinan pertama, saya akui kurang ilmu soal di bilik tidur. Apatahlagi saya orang kampung dan kurang terbuka isu ini.

Saya tidak pasti, adakah normal untuk seorang suami bertahan kurang dari 10 saat ketika bersama?

Dan kadang2, a** tidak k*r*s dan tidak dapat teruskan ke step seterusnya. Means no penetration.

Awalnya kami ada slow talk isu ini tapi alasan suami sebab kami PJJ (jumpa dua minggu sekali jadi jarang bersama)..

Selepas dua tahun perkahwinan,rezeki saya dapat pindah, kami tinggal sebumbung, Tetapi keadaan suami masih tiada perubahan. Malah semakin lama makin teruk.

Last kami bersama adalah 3 minggu lepas dan suami bertahan hanya 1 saat! Saya tidak sempat rasa apa2, suami dah terk*l*ar air *m*n*…

Awal-awal dahulu saya tidak kisah sangat dan tidak memikirkan soal ini. Mungkin juga rasa malu yang menebal. Saya anggap ini tidak penting dan saya cuba sibukkan diri dengan banyak hal lain..Saya juga takut jika dicop gila s**s.

Tapi sejak dua tahun kebelakangan ini, saya sedar, lama kelamaan, ianya memakan diri.. Saya hanyalah manusia biasa yang juga punya n*fs*.. Ingin dibelai dan dimanja oleh lelaki yang bernama suami.

Kami juga sangat jarang bersama.. Adakah normal sebulan atau dua bulan sekali bersama? Rekod kami pernah 8 bulan tidak bersama walau tinggal sebumbung!

Saya pernah bertanya berkenaan ini tetapi kata suami, ini normal baginya..

Malah setiap kali bersama, its all about him…. suami akan datang pada saya bila dia nak… dan dia akan mulakan dan habiskan mengikut kemahuannya sahaja dan terus pergi meninggalkan saya di katil yang terpinga-pinga.

Kekadang terasa diri ini hina, tidak penting, tidak dihargai dan tidak disayangi… Saya bukan pel*c*r… saya adalah isterinya yang sah..

Tapi dalam perhubungan ini batin saya sangat terseksa..

Malah sepanjang 9 tahun perkahwinan, tidak pernah sekali pun suami tanya saya, apa yang saya nak atau adakah saya pu*s ketika bersama… tidak pernah…

Suami juga bukan la seorang yang sweet talker atau pandai bergurau.. maksudnya antara kami memang tiada gurau senda atau sentuhan mesra..

Sifat kami sangat ketara.. suami agak pendiam, serius. Sedangkan saya seorang suka bercakap, selalu mulakan perbualan dan bergurau.. tapi lama kelamaan saya give up sebab tiada respon yang baik dari suami…

Penat jika usaha ini hanya sebelah pihak. Dan jika saya tidak memulakan perbualan, kami akan kekal hambar dan hanya bercakap soal penting/anak2 sahaja.

Kadang-kadang terasa kami hanyalah housemate!

Nampak tak… hubungan kami sangat la tidak sihat…. semakin lama saya rasa hubungan ini ibarat toksik yang memusnahkan diri sendiri.

Seringkali saya terjaga awal pagi, menangisi nasib sendiri. Sungguh, sejak kebelakangan ini jiwa saya kosong sekosong kosongnya.

Banyak kali saya mulakan untuk berbincang soal ini… kadang kala sampai menitis air mata. Saya bersedia untuk membantunya tetapi suami tidak terbuka untuk berbincang lanjut.

Mungkin isu ini sensitif, dia malu. Atau egonya tinggi melangit jadi dia menafikan kekurangannya dan anggap nafkah batin hanya pekara remeh.

Apa yang saya cakap/nasihat semuanya ibarat mencurah air di daun keladi..

Sepanjang 9 tahun ni, pelbagai cara sudah saya buat tapi tidak berhasil.. slow talk, goda dia, search macam-macam ubat/cara untuknya.. Tapi tiada perubahan sebab macam saya cakap tadi, suami tidak terbuka untuk selesaikan masalah ini.

Saya tidak pasti nak terangkan macam mana perangai suami ini… dia macam hati kering.. tidak sensitif, tidak punyai tolak ansur dan kalau dia anggap apa yang dia fikir tu betul, dia tidak akan pedulikan orang lain.

Pernah jumpa tak perangai macam ni? Macam narcissistic pun ada… Huhu…

Entah la… seringkali saya pujuk diri saya untuk redha… tapi kekadang ada datang masanya saya terasa sedih, geram nak marah tapi tidak dapat nk luahkan..

Untuk makluman, saya bekerja dalam bidang professional, masih cantik dan saya memang jenis yang menjaga body..

Oh ya.. soal anak tu,saya boleh katakan memang rezeki sangat-sangat Allah nak bagi untuk kami.. sebab kami sangat jarang bersama (kedua anak ni saya boleh ingat time mana kami bersama yang menyebabkan saya mengandung)

Dan dengan kekurangan suami, Allah tetap berikan saya rezeki mengandung. Anak jugalah alasan kuat kenapa saya masih bertahan dalam perkahwinan ini.

Untuk membaca, jangan labelkan saya gila s*ks. Hanya yang melalui sahaja akan faham.. Saya juga yakin mesti ramai lagi wanita diluar sana senasib dengan saya. Cuma kita tidak terbuka dan malu untuk berbincang soal ini.

Ketahuilah bahawa keperluan batin itu sangat penting bagi wanita yang sudah berkahwin. Sudahlah tidak dapat sentuhan dan gurauan manja, soal tempat tidur juga ke laut.. suami telah membunuh jiwa saya.. sungguh batin saya terseksa.

Oh ya, kami juga sering bergaduh soal sikap suami. Contoh bila ada masalah lain (kewangan/ pengurusan anak2) atau apa2 shja, suami tidak terbuka untuk berbincang..dia lebih suka memilih diam dan membiarkan saya menyelesaikan masalah ini sendirian..

Untuk makluman, saya banyak menguruskan hal rumahtangga kami. Malah rumah yang diduduki sekarang saya bina guna duit sendiri.. satu sen dia tidak menyumbang..

Mungkin sebab ego nya melangit kerana rumah ini dibina di tanah saya sendiri (saya beli sebelum berkahwin dengan dia), jadi dia anggap ini rumah saya sahaja. Dia tidak perlu bersusah payah memikirkannya…

Untuk menyiapkan rumah ni (sudah dua tahun kami tinggal di rumah baru ni, sebelum ini menyewa) banyak air mata dan pertengkaran berlaku..

Saya terpaksa menjual kesemua barang kemas (hampir 50k), korek semua simpanan saya termasuk tabung haji anak (sekarang sudah bayar balik) dan juga pinjam daripada keluarga saya sendiri.

Suami? Langsung tidak menyumbang! Memang saya sangat terasa hati dengan suami soal ini sampaikan saya ajukan untuk bercerai.. sebab saya rasa hubungan kami hambar, asyik bertengkar akibat tidak sefahaman.

Akibat tidak tahan dengan perangainya asyik bergaduh (masa ni nafkah batin bukanlah isu yang saya fikir penting) akhir 2020, kami pernah kaunseling pejabat agama..

Oleh kerana suami beria tidak mahu bercerai, ustaz yang handle kes terus menyepi.. suami memujuk. Dan saya memikirkan soal anak-anak jadi saya teruskan bersama dia…

Sejak dari itulah baru saya lebih nampak akan kekurangan nafkah batin dari suami adalah pekara yang serius… tetapi saya memujuk hati untuk terima suami seadaanya..

Sejak akhir 2020 dia ada la juga berubah, kurang bertengkar tapi perubahan dia sekejap sahaja.. Lepas itu kami kembali dingin dan asyik bertengkar… aduh.. complicated kan…

Saya juga ada fikirkan soal perceraian dalam masa terdekat.

Saya ada telefon mahkamah syariah di tempat saya, tapi mengecewakan kerana apabila pegawai disana menyatakan bahawa alasan saya ini tidak kuat (saya nyatakan alasan ingin bercerai sebab tidak sefahaman.saya tidak ceritakan soal kekurangan nafkah batin dari suami)..

Sedihkan hidup saya… entah la…

Saya tidak pasti berapa lama saya mampu bertahan..Sebab saya tahu suami memang tidak akan bercerai dengan saya (ego yang tinggi melangit dan dia malu dengan keluarganya sekiranya kami betul-betul bercerai kerana keluarganya pandang tinggi melangit padanya).

Kadang2 time gaduh sy selalu berdoa semoga Allah ambik je nyawa saya..tak tahan dengan sikap suami menyeksa jiwa,emosi dan batin saya.. Tapi bila kewarasan akal datang,saya beristifar banyak-banyak… Allahu..

Buat pembaca, terima kasih kerana membaca sampai habis…. tolong berikan kata2 positif pada saya..

Atau mungkin boleh tuliskan nasihat buat suami saya..

Saya rasa saya nak send link luahan hati saya ni pada dia (walaupun saya tahu hanya sia-sia sebab dia tidak akan peduli), tapi mana tahu ada kata2 nasihat dari pembaca yang terkesan di hatinya…Terima kasih.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

18 Comments

  1. Keperluan batin sangat penting untuk wanita yang dah berkahwin? Wtf. Ada je perempuan yang tak kahwin dengan lelaki

    • Baca betul2 ayat awak tu. Keperluan batin untuk wanita yang DAH berkahwin. Bukan yang belum kahwin.

    • Sembang ah… Aku nk dpt pnya Susah….. 5-6 tahun dah mcm ni.. asyik aku ja yg ajak… 10 Kali ajak, sekali ja nk… Tu pun muka terpaksa…. Tp bila check kat fon Bini, ada surf porn.. ajak xnk.. scan kot2 ada Jin, xdak… Pening la camni, ayaq rendang kepala…..

  2. Ni perkara kecik je. Tak perlu nak memperbesar-besarkan. Elok je orang lain yang dah berkahwin takde nafkah batin. Perkahwinan ni bukan untuk seks je!!! Jumud betul

    • Nampak seperti anda seolah-olah tidak pernah berumah tangga. Jika pernah pun, mungkin anda tidak normal. Ia keperluan fitrah biologi manusia. Perkahwinan bukanlah semata2 utk keperluan batin, tetapi perlu dilunaskan bila sampai masanya. Seperti hidup hanya minum tanpa perlu makanan jika diertikan sbg perkara remeh. Maaf jika pandangan berbeza, tp sy x rs ia perkara yang remeh sehingga boleh meruntuhkan institusi masyarakat jika diabaikan.

    • Awak ni kurang pendidikan agama ke? Tahu x solat tu HUKUM WAJIB? Maksudnya kalau tak buat, berdosa. Hukum suami bg NAFKAH ZAHIR & BATIN tu WAJIB. Kalau tak bagi maksudnya BERDOSA! Pergi belajar balik. Jgn remehkan benda yg WAJIB. Tkt termakan diri sendiri nanti

    • sure nko pun jenis laki lemah syahwatkan.. tu sebab nko pun anggap normal

  3. nafkah batin nampak mcm remeh, dalam khutbah nikah pon ade menyebut, dalam mase 3 bulan kan. dh terang2 kita dh faham dgn segala nafkah selepas nikah. kenapa boleh jadi nafkah terabai, sila berjumpa dgn pakar nya, ni semua masalaah yg ade penyelesaian.

    • Kalau sy ni wife x bagi nafkah batin,kadang x tau nk buat ape alasan penat je

      Kalau sy ni wife x bagi nafkah batin,kadang x tau nk buat ape alasan penat je

      Untung la yg mane dapat nafkah dari isteri MCM sy ni umur baru43 wife dh x suka bersama tidur PON asing bila peluk je rimas la lemas la mcm2 alasan x tau nk cakap ape dh

  4. awak senasib mcam saya. saya faham perasaan awak tu. memang sedih sgt bila suami xbagi nafkah batin berbulan2. org lain xkan fhm, org yg senasib je yg paham. sabar sis kita senasib. sya pn cuba bertahan dlm perkahwinan ni. sya lg la anak pun xda lgi, suami pun jrg sentuh sedih kan haha. kdg mls nk pk sgt hal tu. tpi kdg2 dtg jgk prsaan sedih tu Allah je thu

  5. Sy anak dah 3 18/13/10 bertahan PON sebab anak,kadang rasa sunyi dulu, ok je masa mula-mula lama mcm2 alasan,sorry sebab x tau mane nak luahkan dan cerita kat sape

    • Bro, rmai kot nasib mcm Kita ni, sbb anak ja bertahan… Cuma aku nk pesan, kalo ada rasa nk pukul Bini sbb xbg, jgn, tu semua bisikan syaitan… Ang jgn redho ja dia smpai akhirat, biaq pahala dia dpt kt Kita… Hahahaha…

    • Bro, rmai kot nasib mcm Kita ni, sbb anak ja bertahan… Cuma aku nk pesan, kalo ada rasa nk pukul Bini sbb xbg, jgn, tu semua bisikan syaitan… Ang jgn redho ja dia smpai akhirat, biaq pahala dia dpt kt Kita… Hahahaha… Kan?

  6. Suami atau isteri yang tak suka nak beri nafkah batin pada pasangan ni biasanya dah kurang kasih sayang, tiada tumpuan pada pasangan, jemu dengan pasangan.

    Cara terbaik adalah berkomunikasi. Melarikan diri dari menghadapi bukanlah solusi yang terbaik.

    Jika sayangkan pasangan dan rumahtangga, mesti berusaha sama2 untuk memperbaiki. Tapi kalau pasangan taknak beri kerjasama, maknanya rumahtangga tu dah tiada serinya untuk dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *