Aku Yang Down Tengah Berpantang

Assalamualaikum. Nama aku Kakya, sudah pasti nama samaran. Aku nak meluahkan apa yang aku alami selepas proses melahirkan anak kedua.

Sedikit latar belakang, Suri rumah sepenuh masa, sudah berkahwin, berumur awal 30 an dan dikurniakan dua orang cahaya mata yang comel belaka. Alhamdulillah.

Maafkan aku kalau penulisan aku tunggang langgang ye sebab aku menulis semasa tengah down. Berbeza dengan melahirkan anak pertama, anak kedua lebih trauma gamaknya.

Berpantang. Aku tak pantang makan pun, tapi sebabkan anak aku ada jaundice, aku just berpantang halia, kunyit, lada hitam dan sebagainya. Lain semua aku makan.

Part pantang makan aku ok je, cuma bila suami kerja, aku jadi kelam kabut sikit nak masak, kadang2 pukul 3 pun aku belum makan tengahari lagi.

Mana taknya, pagi aku akan ke klinik untuk cek kuning anak, balik je dah tengahari,melayan si sulung lagi, anak meragam lagi.

Oh ya, aku berpantang di rumah keluarga. Mak ayah aku sibuk bekerja. Mak aku ada je balik kerja tengahari, cuma dia mungkin kepenatan dan tak sempat masakkan untuk aku. It’s ok aku faham.

Selain dari tu, kerja kerja lain semua aku buat sendiri contoh mandikan anak, basuh baju sidai baju angkat baju, iron baju kerja laki aku.

Tuhan je tahu betapa penat buat semua ni masa tengah berpantang.

Aku start mandikan anak masa hari ke 4. Oh haii, seksa rasanya, kekok dan terasa sakit lah perut, bahagian bawah tu. Aku kalau boleh nak jaga, tak nak angkat berat ermmm.

Yang siapkan air mandi suam pun. Aku jerang air guna cerek je. Kadang orang lain yang jerangkan. Pastu aku lah yang angkat cerek tu masuk bilik air dahla berat, cereknya besar, sepenuh2 air diletaknya.

Hmmm kalau nasib aku baik, kadang ade yang menolong aku. Terima kasih buat yang tolong aku tu

Aku full bf. Hari kedua selepas beranak aku belum berurut lagi. Masa ni aku dah start bengkak susu. Bengkak dan makin bengkak. Sakit dia Tuhan jelah yang tahu.

Aku belum berurut sebab tengah berkira² duit masa tu. Laki aku belum gaji. Dah tak tahan sangat, baru laki aku carikan tukang urut besoknya.

Alhamdulillah dapat tukang urut yang pandai, lega jugak sakit bengkak susu tu. Sakit dia sampai ke kepala ya aduhai boleh pitam rasa. Aku sampai menangis menahan sakitnya.

Sebut pasal full bf, aku menyusu anak sambil duduk, aku tak reti baring. Yang ni dapat posisi selesa,

Alhamdulillah. Kalau tak tu sakitnya pinggang Masha Allah. Aku ade jugak perah susu masuk dalam botol. Tapi anak aku tak nak hisap botol.

Anak sulung dulu, dua dua boleh, bf ngan susu botol. Hmmm saba jela pengorbanan mak mak kan. Cuma aku berharap, support dari orang sekeliling sebenarnya penting untuk mak mak yang baru lepas beranak ni.

Suami aku sangat supportive cuma suami aku sibuk kerja pergi 8 pagi balik 11 malam.

Suami aku cuti 4 hari je masa aku beranak. Lepastu kerja 8 hari non stop ni pun buat aku rasa meroyan sebab rasa macam takde yang pedulikan aku. Dah lah bab ni.

Lepas beranak, benda yang paling trauma sekali mestilah nak berak. Ha ni pun buat aku rasa macam kenapa lah perlu berak.

Nak berak ambil masa yang lama, berpikir pikir dalam jamban kang lama lama takut anak menangis takde yang tengok plak. Hari ketiga baru aku berak.

Berpeluh peluh dalam jamban. Memanglah aku dah makan buah oren semua, tapi perasaan takut tu yang membelenggu kepala otak aku buatkan aku takut nak meneran, takut kang jahit terbukak ke lagi lah naya pak karim oii.

Berak keras walaupun dah makan buah buahan hmmm. Aku tahu ade ubat lawas berak, tapi yelah kali ni aku memang berjimat. Aku tak mintak suami belikan pun sebab dia belum gaji kan. Dah berak baru lega tapi datang plak masalah lain.

BUASIR. Ni lagi sakit nak mati hmmm menangis aku. Anak sulung dulu aku kena jugak tapi tak sesakit kali ni. Kali ni sampai dua kali aku kena buasir. Sekarang ni pun. Aku tak tahan pedih.

Berdiri duduk baring semua tak kena. pedih sangattttttt. Aku tak tahu lah nak buat macammana buasir ni kot korang ada cadangan. Time susukan anak tu pedihnya lahaii.Waktu nak berak lagilah macam nak putus segala urat dalam badan ni.

Then, after sebulan aku bersalin suami aku decide untuk berhenti kerja. Aku macam happy, adelah orang yang tolong aku jaga aku.

Ohh aku dah balik rumah sendiri after sebulan tu. Hmmm, ingatkan dah duduk rumah, dapatlah meringankan beban aku. Kadang² jelah. Selebihnya buat tahi mata je ermmm.

Bangunnya dah tengahari, malam tidurnya lambat. Baik pergi kerja jelah kalau macam tu dari duk rumah. Buat sakit mata aku je tengok dia membuta.

Ni ok lagi. Yang aku tak tahan, trauma beranak pun tak hilang lagi. Dah paksa aku bersama. Yang ni memang mimpi ngeri buat aku, aku memang masih takut.

Terbayang² lagi Waktu kena jahit tu. Sakit kat bawah pun tak hilang lagi. Kenapalah tak boleh bersabar. Aku rasa tersangat down sebab ni lah. Aku tak ready. Aku tak ready.

Banyak benda aku boleh ketepikan, aku boleh korbankan, kenapa dia tak boleh tahan nafsu tu. Sabar jelah dulu. Tunggu aku betul² elok.

Yang ni memang buat aku rase macam terluka la jugak. Aku tak nak. Kalau dia dapat, ha happy la dia, dia tolong aku uruskan anak².

Kalau tak dapat, peduli pun tak, buat muka tahi, besok bangun tengahari. Walhal aku tunggang langgang mandikan anak memasak melayan anak. Hmmmm.

Taubatlah nak beranak lagi. Betul aku cukup terkesan kat hati aku. Kenapalah suami aku tak boleh tunggu sikit je lagi. Aku dengan buasirnya lagi aduhaii jangan sampai aku meroyan.

Aku sakit tahu tak. Kadang aku rasa cam nak bunuh diri Waktu aku serabut tu. Aku takde kawan sangat, aku tak rapat dengan family. Aku takde tempat nak meluahkan. Aku nak lari dari semua ni tak boleh. Aku terperap je dalam rumah.

Maaflah kalau apa yang aku coretkan semuanya yang negatif aje. Aku tahu besar pahala buat ibu isteri yang ikhlas. Tapi tengok keadaan la.

Aku pun perlu orang support aku terutama dari orang yang aku sayang.

Maaf suami andai aku dah tawar hati hanya sebab tu je sebab aku belum bersedia kau dah paksa. Berdosa ke aku. Entahlah. Aku yang rasa aku yang sakit .kau Tak tahu. Kau pergilah kerja balik, tu yang lebih baik.

– Kakya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *