Re: Expectation Kills by Budak Medic

Untuk si budak medic yang confess pasal expectation kills.

Aku boleh relate dengan kau. Dalam family aku, aku sorang je anak perempuan. 3 brothers. And aku jugak la yang paling rajin and outgoing and terlebih aktif dalam family aku sampai tahap parents aku pun dah penat nak melayan aku yang terlalu banyak komitmen sini sana (adik beradik aku lagi prefer duduk rumah main DoTA takpun PS4 takpun layan movies or anime or whatever sampai kena panggil ‘anak dara’ kat rumah tu).

Keputusan akademik aku dari dulu cemerlang. UPSR, PMR & SPM semua aku skor, Alhamdulillah. Kalau ada exam pastu ada slack B ke A- ke mak aku akan bising “Kenapa tak dapat A? Si **** tu boleh je dapat A.” Mak aku nak sangat aku jadi top scorer dalam kelas sampai satu tahap aku dah penat and stress sangat and hampir kena anxiety attack malam sebelum paper Physics/Chemistry SPM sebab aku takut aku takleh dapat A+ yang mak aku nak sangat tu.

Disebabkan keputusan SPM aku 9A+, parents aku expect aku nak sambung Medicine. Tapi maaflah, dalam tiga subjek Science yang aku ambil, Biology la yang aku paling tak suka (bukan apa, aku minat je belajar pasal benda tu semua tapinya aku tak suka menghafal and aku geli tengok darah and benda2 meleleh sini sana). Bila aku nak sambung program yang non-conventional (masa tu minat aku menjurus ke arah Computer Science / Animation / Graphic Design), dyorang tak bagi. Bila aku nak sambung Engineering pun dyorang tak bagi (alasannya aku seorang perempuan. Tapi sekarang bersyukur gaklah tak sambung Engineering sebenarnya). Mak aku kalau boleh nak aku ikut macam dia, buat Accounting. Tapi masalahnya memang aku tak minat Accountancy, nak buat macam mana.

Program yang aku pilih ni mula-mula bukan pilihan parents aku tapi lambat laun dyorang terima juga. Masa aku mula-mula nak apply universities kat US ni, mak ayah aku nak aku masuk Ivy League. Yelah, dah pergi jauh-jauh, masuklah universiti yang gempak-gempak kan? Aku apply jugak la to 1 Ivy League university (sebab yang lain takde program aku), tapi aku kena reject. Sakitnya bukan main lagi. Sebab parents aku macam berharap gila aku dapat masuk Ivy League. Tu baru parents, jangan cakap la pasal cikgu and lecturers and kawan-kawan semua. Sakitnya sampai aku demam lepas dapat rejection letter aku tu.

Rezeki aku kat universiti lain, and as always, parents aku expect aku akan skor and dapat GPA 4.0 or at least la 3.50 every semester. Bukan nak cakap yang aku tak boleh skor kalau aku put in the effort tu, tapi perlu ke sampai cakap “If you don’t get CGPA 3.5 or above masa grad nanti, Mama tak datang la your graduation.” ?

Weh seriously? You can say that to me?

Parents aku selalu bising sebab bagi dyorang, aku tak completely focused on my studies sebab dyorang cakap if aku betul-betul focus, I can easily score a 4.0 every semester. Tapi takkan la aku nak pulun study 24/7 and tak keluar buat benda and experience life in the US kot. Like, I flew halfway across the world to just be a hermit and study and not have a life? You can’t seriously expect me to do that.

Parents aku bising sebab aku terlampau aktif sampai aku ‘ketepikan’ academics aku. Aku kerja part time. Aku volunteer a lot. Aku buat benda ni buat benda tu sampai dyorang pun pening dah. Balik cuti summer ni pun aku cari internship sebab tak nak dok terperuk kat rumah ternak lemak.

Bukan nak cakap yang aku tak fikir langsung pasal studies aku. CGPA aku sekarang maintain je lagi. Masih lepas cutoff point sponsor aku (MARA nak minimum 3.0). Bagi aku, asalkan aku graduate nanti dengan CGPA yang melebihi abang aku punya (dia dapat 3.24 or something like that), aku dah cukup puas hati dah (jangan bagi aku start pasal perbezaan grading scale Malaysia and US semua la).

Masa Sem 1 third year aku, studies aku jatuh teruk sampai one of my classes ada dapat D (nasib baik tak payah repeat kelas tu). GPA aku sem tu jatuh bawah 3.0 (nasib baik MARA punya requirement kena tak boleh below 3.0 untuk dua semester berturut-turut, so aku masih selamat). Sedih and sakitnya aku masa tu ya Allah, tak terkata la. Aku tak bagitahu parents aku pun results aku, sebab aku tahu nanti dyorang membebel. Yelah, kalau tak dapat 3.5 pun dyorang bebel, apatah lagi kalau tak skor 3.0 kan?

Sampai sekarang terngiang-ngiang kat telinga aku yang mak aku cakap taknak datang graduation aku kalau aku tak dapat CGPA 3.5 tu. Aku dah calculate CGPA aku, and kalau ya pun aku ambil 16 credits untuk each semester next year and if aku skor 4.0 for both semesters (highly unlikely untuk semester depan, ada possibility untuk final semester), paling tinggi aku boleh dapat pun is a 3.45 or something. So basically apa-apa pun dia tak perlu datang la kan untuk tengok aku graduate.

Yelah, takat graduate from undergraduate degree je pun. Dah la university aku takde “walk on stage ambil ijazah from dean” semua tu sebab ramai sangat so budak Master’s and Ph.D je yang dapat walk on stage. Lagilah tak perlu untuk parents aku bazir duit fly beribu KM semata-mata untuk tengok aku pakai graduation robe yang aku boleh sewa and pakai kat Malaysia ni.

And semenjak aku balik cuti ni mak aku selalu gak la tanya “nak Mama datang ke next year?” and I’m like “suka hati la, tak datang pun takpe tak kisah” sebab aku dah kecil hati and penat sangat nak cuba puaskan hati dia.

– Takkan dapat 3.50

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit