Derhakakah Aku?

Hi, saya Stella (bukan nama sebenar). Saya menulis untuk meluahkan perasaan sedih saya. Tak tahu sape saya patut luahkan.

Saya dan suami berkahwin lebih 10 tahun dan mempunyai seorang cahaya mata 2 tahun (alhamdulillah). Suami seorang yang bertanggungjawab dan tidak pernah culas mengenai nafkah.

Dia jugak banyak menolong dalam kerja rumah dan sentiasa meluangkan masa bersama anak. Anak kami rapat dengan suami. Perbelanjaan rumah tangga dibiayai sepenuhnya oleh suami.

Saya ada top up sikit2 especially barang dapur or bile nak makan sedap baru saya bayar. Keluarga saya turut menghormati suami atas ilmu agamanya.

Saya rasa bahagia dan kami jarang sangat bergaduh. Jika ada tak puas hati saya akan berterus terang dan alhamdulillah rumahtangga kami sentiasa aman.

Masalah bermula apabila ada rakan sekerja baru, Bedah masuk tempat kerja suami. Bedah baik budaknyer dan muda hampir 10 tahun dari kami. Saya kenal budaknyer dan seorang lemah lembut. Tidaklah cantik tapi tutup aurat dan ayu gitu.

Die selalu meluahkan masalah pada suami dan saya aware tentang itu sebab kadang saya yang reply mesej Bedah. Saya tahu semua password suami (phone or bank).

Saya kerap bertanya pada suami perasaan pada Bedah dan katanya hanya kawan. Silap saya yang pertama sebab biarkannya.

Suatu hari saya melihat mesej Bedah merajuk pada suami kerana tidak melayannya. Saya reply dan mengingatkan bahawa Bedah suami saya telah mempunyai isteri dan harapnya Bedah menjaga batas2.

Selepas itu tiada mesej luahan perasaan dari Bedah tapi suami ada menceritakan Bedah dan dia masih rapat.

Lama kelamaan suami meluahkan dia dipanggil orang atasan kerana scandal dengan Bedah. (Ada rakan sekerja yang lain suka Bedah tapi Bedah tak layan, so tuduh Bedah dan husband ada affair). Saya terkejut dan bertanya pada suami perasaan pada Bedah.

Dan lagi terkejut dan speechless bila suami mengatakan dia turut mempunyai perasaan pada Bedah dan meminta izin untuk berkahwin dengan Bedah untuk mengelakkan fitnah..

Maka terjadila perang besar dan saya mengasingkan tempat tidur kami. Anak kami turut terkesan dan lari mencari ayahnyer setiap pagi.

Selepas perbincangan suami berjanji untuk setia pada saya.

Namun saya tertangkap mesej suami bersama bersayang2 bersama Bedah. Luluh hati saya.

Saya maki suami dan minta dilepaskan namun suami menolak dan mengatakan sangat menyayangi saya. Dia berterus terang menyukai Bedah dan Bedah turut menyukai suami.

Suami menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi dengan bedah. Berhari2 saya maki suami dan bedah dan berperang dengan suami. Saya mesej bedah dan makinya tapi tiada reply. Tapi bedah ada menelefon selepas 2 3 hari.

Bedah menyatakan suami saya memberi harapan padanya sebab tu diterimanya suami. Dan menyatakan dia tidak ad perasaan pada suami sebelum itu.

Punca dia tidak reply mesej saya katanya dia tidak rase dia terlalu teruk seperti yang saya katakan padanya dan dia bimbang dia akan berkasar pada saya sekiranya reply mesej saya.

Pada mula nya dia meletakkan kesalahan pada suami dan hanya meminta maaf setelah berbahas dengan saya dan berjanji tidak mengganggu suami lagi.

Kepercayaan saya pada suami terasa hilang. Saya tekad untuk berpisah tapi suami memujuk dan berjanji sekali lagi.

Selepas beberapa bulan saya sudah berdamai dengan suami tapi hati saya sentiasa was was dengan suami. Saya sentiasa check phone suami dan check bersama Bedah.

Of course nothing there.sekarang saya jadi berkira dengan suami. Sekiranya barang dapur tidak cukup saya akan bgtahu suami minta beli (dulu saya akan beli sendiri menggunakan duit saya).

Suami ada mengadu duit tidak cukup dan saya menyatakan duit tak cukup, ada hati nak kawen lain.

Selepas itu, tiada rungutan mengenai duit dari suami. Dulu saya masak setiap hari untuk berjimat, namun sekarang jika malas saya akan suruh suami beli. Dan saya tidak lagi berjimat mengenai makanan dan request apa sahaja makanan yang saya sukai.

Selama ini saya tidak kisah hidup susah bersama suami dan rase pengorbanan saya tidak dihargai. Saya bersama suami sewaktu suami tidak ada apa2 dan sekarang kami sudah senang dia nk pasang lain.

Suami masih mempunyai perasaan dengan Bedah tapi mereka sudah tidak rapat seperti dulu menurut suami. Saya tidak tahu kebenarannya.

Suami menyatakan dia tidak mahu menipu saya dan masih berhasrat untuk memperisterikan Bedah. Sekarang saya tidak tahu sekiranya saya boleh mempercayai suami lagi atau tidak.

Saya terfikit untuk berpisah, tapi memikirkan kebaikan suami dan anak yang rapat dengan suami, saya jadi sangat sedih. Terlalu banyak kebaikan suami saya selama ini.

Suami kerap menghantar kebaikan poligami tapi hati saya tidak pernah terbuka. Dia menyatakan yakin saya mampu untuk terimanya.

Saya menyatakan pada suami sekiranya dia berkahwin lagi, saya akan pergi bersama anak kami dan saya tidak sekali akan menerimanya.

Kami akan bergaduh sekiranya berbincang mengenai poligami. Sedih hati saya kerana sebelum ni jarang sekali kami bergaduh.

Kadang saya bimbang derhaka saya kerana kadang saya jadi tidak ikhlas untuk melayannya. Apa gune saya berbakti padanyer sedangkan hatinya pada yang lain?

Mungkin saya sedih kerana suami tidak setia. Ditanyakan kekurangan saya katanyer tiada. Saya tahu sekiranya saya memberi izin pada suami berkahwin lain, saya tak kan redha.

Kadang saya menangis sewaktu mahu tidur dan suami sedar tentang itu tapi dia masih dengan keputusannya. Dia langsung tidak memujuk seperti dulu. Kadang saya rase tidak lagi dihargai.

Saya selalu berbincang dengan suami tentang hal ni dan tiap kali akan diakhiri dengan pergaduhan.

Suami menanyakan apa yang lagi tidak cukup dia berikan. Dikatanya dia telah memberi segalanya kepada saya. Saya cuma mahukan keluarga saya. Salahkan saya? Tamakkah saya?

Saya merayu rayu pada suami supaya setia pada saya tapi dia hanya diam dan minta saya bersabar. Saya sudah penat makan hati dan tertunggu bile suami suami akan kahwin lain.

Sampai sekarang saya tertanya2 apa yang harus saya lakukan? Berbincang sudah, mengamuk sudah. Cara baik sudah, kasar pon sudah.

Saya tidak tahu lagi cara untuk mempertahankan rumah tangga kami. Saya sayangkan suami saya tapi tidak mungkin boleh menerima perempuan lain dalam keluarga kami.

– Stella (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *