Joyah Pun Pernah Sepi

Hai, nama aku Joyah. Nama glemer Joy. Masih single. Penat lah cari jodoh, kalau ada yang okay pm la ya hahaha.

Ni confession aku sebelum ni,

https://iiumc.com/apa-yang-aku-kejar-dalam-hidup-ini/

https://iiumc.com/joyah-jumpa-hantu/

Kalau sebelum-sebelum ni banyak aku bercerita macam aku ni happy all the time, of course lah anda semua tahu itu tidak mungkin. Aku banyak judge orang, dan sifat orang suka judge ni sebenarnya dia tak bahagia dengan diri dia. Percaya tak? Ya, aku sedang mengata diri sendiri.

Pasal sepi, aku rasa boleh kata 90% perempuan single boleh relate, dan-dan rasa nak pasang lagu jiwang sambil nangis renung hujan kat tangga.

Rasa kosong, rasa macam apa yang aku tunggu dalam hidup ni. Tunggu jodoh ke? Lepas dah dapat jodoh, what is next? Ke aku tunggu kaya?

Lepas kaya, then what?

Kenapa orang tu boleh happy? Kenapa orang ni boleh capai apa yang dia nak? Kenapa Neelofa got everything in her life? Kenapa itu dan kenapa ini? Why??? Waeyo?!

Macam-macam aku fikir. Ya la, perempuan single macam aku ni kan banyak masa, tak perlu layan anak dan laki.

Jadi kami gunakan masa senggang ni dengan fikir bukan-bukan dan serabutkan kepala otak kami. But this time, just this one exact moment, aku chose to fikir acah-acah deep instead of bukan-bukan.

Ceritanya pada suatu hari, aku pernah terfikir untuk cuti panjang, tapi aku nak spend time dengan family aku, iaitu mama, papa dan abang aku, Kwang Soo. Tapi family aku ni bukanlah sejenis manusia yang boleh plan sangat, confirm tak ikut.

Semuanya kena sudden, kena tiba-tiba baru jadi. Kalau terlalu plan macam-macam, bulan jatuh keriba pun belum tentu jalan. So aku fikir aku nak ambil cuti agak lama, dan sponsor family aku pergi pulau.

Ya, aku memang suka pulau, aku tak suka city. Aku minat cerita korea, tapi aku tak minat melancong ke tempat macam Seoul city yang busy tu.

Mama dan papa dah tak kerja, Cuma ada la passive income dari beberapa sumber yang menjadikan mereka agak senang di usia senja, hingga mampu menanggung seekor biawak bernama Kwang Soo. Kwang Soo pulak kerja bila perlu jer, so memang aku confirm plan ni menjadi.

Hinggalah tiba saatnya aku beritahu mereka pasal sudden plan aku, papa pandang aku dengan raut wajah yang buat aku tahu this is not gonna happen.

Mama, papa, dan Kwang Soo dah ada plan lain. Dorang plan tanpa aku of course, sebab aku memang susah nak dapat cuti dan aku pula selalu beralasan. Dorang nak pergi Aussie, sekali dengan family kak Lisa Blackpink (if korang masih ingat).

Sedihnya aku waktu tu, sebab vacation yang dorang plan tu tak kena date dengan cuti yang aku dah ambil.

Lagi sedih, sayu dan aku rasa terlalu sepi bila aku tengok dorang update gambar-gambar percutian diorang, bergembira ketawa main dengan Koala dan Kangaroos, sedang aku masa tu kena kerja dan kena tinggal sorang.

Aku rasa sepi sebab seolah-olah aku tiada sesiapa di Malaysia ketika itu. Ya aku tahu aku agak berdrama tapi itu yang aku rasa, faham tak?

At the end of the day, you will be alone.

I am all alone. Sama macam dalam kubur esok-esok.

Jadi untuk melunaskan kekecewaan aku, aku ajak la kawan baik aku, Nina untuk pergi bercuti later.

Tapi Nina dah kahwin, ada anak dan ada suami. Banyak benda dia perlu bereskan sebelum suami dia say yes untuk dia ber’me time’. At the end Nina give up dan tolak baik-baik ajakan aku.

And I am alone, again.

Next mangsa aku yang aku sendiri dah boring nak jadikan dia mangsa adalah Jihyo. Tapi Jihyo ni sebenarnya ada perangai aku jugak. Kalau bersungguh ajak, confirm dia eksyen tak nak ikut.

Jadi aku pura-pura bagitahu dia yang aku dan Nina plan nak pergi pulau, aku gebang macam-macam la kat dia.

Saja bagi dia jeles. So tanpa aku jemput, dia sendiri tanya habis tu tak nak ajak dia ke? Hahahaha mengena! Aku pun cakap, nak ikut boleh tapi budget sendiri.

As expected orang kaya macam Jihyo tu memang sejenis manusia sedar diri dan takkan susahkan orang lain. Dia agree je. Tapi esok tu baru aku bagitahu dia Nina sebenarnya tak jadi ikut kahkahkahkah.

Kami ajak beberapa orang lagi kawan kami, dan kami bergembira la macam dunia ni kami yang punya. Tapi tu lah, semua ni sementara je.

Lepas tu kena balik office, kena kerja tidur kerja tidur. Makan dan toilet break in between. So what is next? Kenapa tak puas? Kenapa macam ada something is missing?

Ini membawa kepada perbincangan yang sangat deep antara Jihyo dan aku.

Aku dan dia tengah berkira-kira nak habiskan duit beli barang tak perlu (countless handbags, shoes, tudungs, novels, gadgets, you name it).

Tiba-tiba Jihyo tanya aku, “Lepas kita dapat semua ni, kita puas ke?”

Aku terdiam. Sebab time tu aku dalam fasa fikir apa yang aku cari dan kejar dalam hidup aku. Rasa connected gila mind aku dan Jihyo.

Lepas bayar semua barang kami tu (ya, kami tetap shopping jugak hahaha), aku dan dia saja lepak-lepak depan tasik. Acah-acah deep lagi time tu.

Banyak kami bincang. Semua perbincangan tu lead pada satu conclusion, kita sebenarnya hidup untuk akhirat, untuk beribadah. Sebab tu kita tak pernah puas dalam kebendaan berasaskan dunia ni.

Sebab dunia ni bukan tempat kita akan jumpa kepuasan. Hati kita takkan pernah rasa cukup.

Masa tu lah aku dan Jihyo mula berkira-kira, dengan usia kami yang dah 33 tahun, kenapa kami masih belum akrab dengan Quran? Kenapa susah sangat nak dengar majlis ilmu?

Kenapa telinga masih didendangkan dengan lagu-lagu korea instead of ayat-ayat Quran? Macam mana time kami mati nanti, akan mengucap dua kalimat syahadah atau akan tersebut nyanyian dari mulut ketika sakarat?

Allah! Memang time tu kami betul-betul insaf.

Memang aku sepi. Sepi dari Quran, sepi dari ilmu agama. Jauh dah aku terlalai.

Rasa dah kena plan untuk habiskan masa jugak dengan ibadah-ibadah lain seperti belajar lagi pasal ilmu agama, cuba untuk sedikit sebanyak hafal al-Quran, dan belajar mencintai ilmu agama. Jangan terlalu duniawi, jangan terlalu berbicara hal jodoh.

Pasal jodoh, ya aku masih nak yang kaya. Tapi gitu lah, kalau ada, ada lah. Kalau tak ada, nak buat macam mana.

Makcik bawang jangan nak kata saya tak usaha ek, pangggg karang baru tahu. Jungkook BTS tu salah satu usaha saya tahu tak makcik. Usaha saya elak dari rosakkan hidup saya hahahahaha!

Kesimpulannya, kita semua akan ada moment kita tahu, this is not right. Kita kena berubah. Kita kena hidup cara baru, cara yang Allah lagi redha, lagi sayang.

Kita tahu at the end, kita semua akan dijemput Allah. Cuma cara yang bagaimana, bila, dan kenapa, semua tu masih rahsia hingga tiba saatnya.

Haaa teman-teman, insaf tak dengan episode Joyah kali ni? Mari lah kita ubah jadi lebih baik setiap hari, tak perlu laju-laju. Laju-laju sangat nak pergi mana, kan? Janji slow and steady, and teruskan buat.

Joy tahu, antara yang baca ni ada anak yang sangat soleh/solehah pada orang tua dia. Anak yang bersabar dengan karenah orang tua.

Ada isteri yang terlalu bersabar dengan suami, hingga Allah mahkotakan dia dengan pahala kesabaran yang tiada taranya.

Ada ibu yang penat menjaga anak kecil, sama ada sihat atau tidak.

Ada pejuang dua garis biru yang tak pernah putus asa dan tak pernah bersangka buruk pada takdir Allah.

Ada suami yang berputus nyawa dan kudrat untuk keluarganya, sedang tiada langsung yang memahami malah sering mengkeji tak mensyukuri.

Ada orang yang sedang lelah dalam mencari rezeki untuk kesayangannya.

Ada orang yang sedang lelah menggali ilmu dan menjauhi kebodohan.

Ada orang yang menderita dengan ujian hidupnya, yang tak ada siapa pun faham, sedang dia tahu Allah sentiasa ada untuknya.

Kalian… kalian adalah orang yang makbul doanya, kerana kalian adalah orang yang Allah pilih. Kalian tolong doakan Joy, boleh?

Joy nak jadi wanita mulia yang dekat dengan Allah.

Joy nak jadi ahli al Quran.

Joy nak jadi orang yang rajin bersedekah.

Joy taknak jadi manusia yang sia-sia hidupnya.

Joy nak jadi ahli Syurga, Syurga Firdaus tanpa hisab dan azab.

Dan Joy still nak jodoh, still taknak alone hahaha! Tapi Joy taknak pilihan yang salah. Of course nobody is perfect, I know. Tapi begitulah hidup ni, kalau boleh dapat yang okay, kenapa nak kena tadah yang tak okay? Kan? Ke tak? Hahaha.

Okay bye geng!

– JOYAH (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *