Manis Menjadi Tawar

Aku Kurma semestinya bukanlah nama sebenar. Hidup aku sebelum berkahwin adalah merantau mencari rezeki dari negeri ke negeri sehingga ke negara orang.

Sedikit pengenalan tentang diri aku. Aku seorang mualaf dan dah convert 4 tahun lebih. Aku kenal suami aku sekarang sejak dari umur aku 19 tahun.

Jarak umur kami sangatlah besar, 14 tahun dan kami terima hubungan kami seadanya walaupun bercinta jarak jauh hampir 15 tahun dan ditentang oleh abang aku dan Alhamdullilah sekarang abang aku dah boleh terima suami aku sebagai adik ipar dan rapat.

Masa aku di negara orang, aku dah mualaf dan sempat belajar ilmu agama sekejap sebelum locked down covid dan “terperangkap” dalam negara orang selama 2 tahun. Masa ni aku bujang lagi.

Aku sempat belajar bersolat dengan kakak-kakak housemates aku. Mereka sangatlah supportive dan memahami. Dapatlah aku mendirikan solat walaupun aku tak begitu pandai tapi aku cuba. Office mates aku pun memahami.

Memang rezeki aku berkenalan dan berjumpa dengan orang yang baik-baik.

Lepas border negara dibuka, aku pun pulang ke selatan tanah air dan menyewa sekejap. Aku masih lagi bekerja di Negara Singa.

Dalam masa tu aku dan boyfriend aku dah planned untuk bernikah secara simple saja di pejabat agama setelah postponed 2 kali sebab covid.

Kami bernikah tanpa majlis, dimana hanya kami berdua yang hadir, itupun atas permintaan boyfriend aku masa tu tapi ibunya dah sedia maklum dan adik-beradiknya dah diupdate melalui whatsapp group family

Aku tak mintak apa-apa wang hantaran sebab nak memudahkan suami aku nanti dan aku pun cakna dengan keadaan semasa dia.

Sebelum PKP dia bekerja dan semasa PKP beliau berhenti bekerja kerana suami aku refused untuk ambil vaksin (bukan anti vaksin cuma jadi takut sebab kawan-kawan beliau ramai meninggal selepas vaksin).

Dengan kemahiran yang ada, suami aku pun bekerja sekitar kampung dan Alhamdullilah rezeki dia tak putus-putus walaupun gajinya tak banyak. Dengan gajinya, dia beli barang keperluan dapur dan makanan di rumah.

Bukan nak angkat suami aku letak dalam bakul, tapi dia memang seorang yang rajin membantu orang-orang kampung dan aktiviti masjid di kampung.

Kebajikan ibu mertua pun dijaga. Oh ya, suami aku tinggal dengan ibunya. Adik-beradiknya semua dah bernikah lebih awal dan tinggal jauh di negeri lain dan ada yang tinggal tak jauh dari rumah mertua.

Bagi aku, suami aku seorang anak yang baik dan seorang suami yang memahami. Lepas bergelar suami isteri, kami PJJ sekejap, hanya 3 bulan dan aku resigned. Aku percaya pada rezeki asalkan ada usaha.

Maka tinggallah aku di rumah ibu mertua. Sebelum bernikah, aku dan suami dah berbincang untuk menyewa sementara di luar sebab adik lelakinya pun tinggal sebumbung.

Aku perlu jaga aurat aku jugak dan semestinya aku cuba. Selama aku belum tinggal sebumbung dengan suami aku, aku memang free hair.

Hubungan aku dengan ibu mertua baik-baik saja. Masa ni aku dah mengandung sebulan lebih dan hanya bekerja freelance saja sejak tinggal bersama suami dan ibu mertua.

Aku pun sayangkan ibu mertua aku sebab beliau mengingatkan aku pada mendiang nenek aku yang membesarkan aku dari kecil. Apa yang ibu mertua aku suka makan, aku belikan. Aku tolong kemas rumah dan memasak walaupun tak pandai sangat.

Ibu mertua aku ada protokol di meja makan dan di dapur. Rasanya semua ibu mertua pun sama. Jadi aku jadi lebih cakna. Kalau nak goreng ikan, dah ada minyak bekas goreng ikan, gunakan saja yang itu (minyak recycle) itupun ikut sukatan sebab pernah ditegur sebelum ni.

Aku dah biasa goreng ikan so aku goreng macam kat rumah/ rumah sewa aku, jadi aku agak terkilan juga untuk sukatan minyak tu sebab pada aku terlalu sikit minyak tu untuk goreng ikan tapi aku ikutkan saja. Bukan saja minyak, cili, gula, garam pun ada catuannya. Aku ikutkan saja.

Part masak nasi, ibu mertua yang tentukan berapa pot dan perlu tanya adik ipar lelaki yang tidur untuk bangun dulu samada dia nak makan atau tak.

Adik ipar bekerja shift. In case aku nak masak untuk makan tengah hari, ibu mertua aku akan stop aku dari masak kalau adik ipar aku tak nak makan.

Dari sini aku macam.. whattttt.. tapi aku layankan saja even aku lapar. Aku naik ke bilik makan biskut yang suami aku beli. Suami aku akan standby biskut-biskut untuk aku sebab sejak aku mengandung, tengah tidur malam pun aku boleh lapar.

Dan kadang kala masakan aku tak dijamah, bagi aku mungkin berbeeza cara masak so tak kena selera. Jadi aku ambil pendekatan untuk beli lauk dari kedai saja.

Adik ipar aku pulak jenis tak ambil port sangat. Dia rasa nak makan apa, nak minum apa dia akan beli. Dia ok je orangnya.

Lepas aku berpindah ke rumah ibu mertua aku, ayah mertua abang aku pernah bertandang sekali sebagai pengenalan. Aku anggap ayah mertua abang aku tu macam ayah aku sendiri sebab aku dah tak ada ayah dan beliau pun sayangkan aku macam anak kandung sendiri.

Masa ayah bertandang tu, ayah ada bagitahu ibu mertua aku yang aku ni menantu baru (mualaf) kalau ada silap salah, tegurlah macam anak sendiri.

Ayah mertua aku suka dengan suami dan ibu mertua. Ayah puji mereka ni baik-baik orangnya. Aku pun berasa lega bila Ayah katakan macam tu.

Lepas selang beberapa hari lepas Ayah bertandang, pagi tu tiba-tiba ibu mertua aku mengamuk masa aku tengah breakfast. Aku terkejut dan terkilan.

Masa tu suami aku pun ada sekali dan suami aku bertanya punca. Ibu mertua aku dengan perasaan marah melampau agaknya sebab suara beliau pun ketar-ketar sambil marah .

Ibu mertua aku ungkit semua perkara dari hari pertama aku datang tinggal di rumah beliau. Dari memasak sampailah part mencuci baju (washing machine). Aku tak sangka semua ni dan aku menangis.

Statement yang keluar dari mulut ibu mertua aku:

“Menantu tetap orang luar, dorang takkan anggapmak mertua ni macam mak sendiri”

Kalau aku tak anggap macam mak sendiri, tak perlulah aku berhabis duit dari poket aku sendiri beli makanan kesukaan beliau. Takkan aku pinjamkan barangan kemas titik peluh aku sendiri untuk beliau pakai.

“Aku pun pernah jadi menantu, pernah tinggal dengan mak mertua. Menantu-menantu aku yang lain bagus”

Kalau bagus, kenapa anak menantu yang disayangi tak berkorban untuk tinggal sebumbung dengan ibu mertua? Kerana komitmen masing-masing?

Aku pun boleh saja paksa suami aku untuk tinggal dengan aku di selatan tanah air sebab gaji aku berganda-ganda lebih besar dari suami aku.

Tapi disebabkan suami aku kata adik beradiknya hanya percaya dan bergantung harap pada dia untuk jaga ibu mertua. Jadi, aku korbankan kerjaya aku.

Ye menantu ibu mertua memang bagus sebab mereka tak pernah tinggal sebumbung berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Datang dan pergi. Habis lama pun seminggu. Mak mertua aku memuji-muji menantu yang lain especially menantu bongsu.

Setakat datang tinggal 1 hari 1 malam memanglah bagus. Betullah orang kata, yang dekat bau tahi, yang jauh bau wangi. Tapi aku tak salahkan biras-biras aku sebab mereka memang tak bersalah.

Sekarang kalau suami aku tak ada, ibu mertua aku takkan bercakap dengan aku walaupun aku cuba bercakap dengan beliau selepas peristiwa tu.

Depan suami aku dia akan bercakap. Bila anak menantu datang, mak mertua sangatlah aktif dan rajin. Bila tak ada sesiapa di rumah, dia terbaring saja. Aku faham beliau dah tua, cepat letih dan begitulah perangai orang tua yang akan jadi kebudak-budakan semula.

Ibu mertua pun suka menyimpan bekas-bekas makanan yang beli di warung sampai penuh dapur. Sebelum ni ada menantunya yang lain datang dan mengemas dapur dengan membuang bekas-bekas tu tapi ibu mertua tak suka dan merajuk, kata suami aku.

Jadi, aku pun tak sentuh sudah dapurnya. Perkakas-perkakas viral dan berkualiti anak-menantu belikan pun, beliau simpan kemas dalam almari sampai bertahi cicak berak dan berhabuk sebab sayang nak guna.

Perkakas yang dah pecah, bocor dan berdaki yang digunakannya. Aku pula jenis geli sikit macam tu. Dah macam kufur nikmat pulak ibu mertua aku bila difikir-fikirkan.

Ibu mertua aku katilnya di ruang tamu, mungkin mudah untuk beliau gerak ke toilet dan ke dapur untuk minum air.

Setiap kali aku turun dari atas hendak ke bawah, aku perasan beliau dah nampak aku tapi beliau buat-buat tidur. Bila aku ke dapur, beliau akan menjeling-jeling sambil mengintai apa aku buat.

Aku jadi tak selesa dan aku dah stop memasak tapi masih beli lauk yang dah siap dimasak. Bab duit, aku tak berkira. Aku gunakan duit simpanan aku sementara aku boleh claim dari kerja freelance aku.

Aku lebih rela makan di luar daripada timbul isu-isu macam ni. Aku pun ada hati dan perasaan. Aku harap rumah yang suami aku nak sewa ni cepat-cepatlah siap.

Aku lapar dan nak memasak apa yang aku suka bila dah berpindah nanti. Aurat pun terjaga. Itu saja.

Kalau ibu mertua aku tak suka aku, aku pun berhak untuk tak suka beliau tapi tak ada lah sampai nak benci.

Aku hormat beliau sebagai orang tua dan ibu kepada suami aku tapi untuk rasa sayang tu dah semakin hilang bila beliau suka merendah-rendahkan suami aku di depan aku pada anak menantunya yang lain.

Semoga pembaca dapat doakan supaya anak dalam kandungan aku ni sihat walafiat, menjadi anak yang soleh solehah, dan memudahkan urusan aku untuk bersalin nanti. Terima kasih sebab sudi membaca luahan hati yang panjang berjela ni..

– Kurma (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *