Aku Kakak Dari Neraka

Salam semua. Nama aku kentang. Aku nak luahkan dekat sini sebab jujur aku penat.

Aku menghadapi masalah sama macam confession Adik Ipar Dari Neraka (https://iiumc.com/kakak-ipar-fake-atau-adik-ipar-dari-neraka/) tu cuma bezanya ni adik aku sendiri bukan adik ipar.

Aku kerja sebagai kerani biasa je gaji aku pun tak banyak pun. Suami aku pun kerja syarikat swasta sebagai engineer tapi yelaa gaji engineer bukan banyak sangat.

Kami pulak ada 3 orang anak. Kami duduk di rumah sewa sebab belum mampu beli rumah sendiri. Yang jadi isu sekarang adik aku tumpang sekali duduk kami.

Adik aku perempuan nama die carrot. Umur die dah 30an tapi masih belum berkahwin. Die kerja executive di syarikat swasta. Gaji pulak agak lumayan sebab die single lagi.

Masuk sekarang dah hampir setahun die duduk rumah aku.

Mulanya dia cakap nak tumpang sekejap sementara cari rumah sewa jadi aku bagi je la die duduk sekali tapi sampai dah setahun masih belum keluar.

Syok agaknya tak perlu spend duit untuk sewa rumah. Semua free kan. Duit berlebih boleh shopping dan makan mahal mahal.

Aku memang agak terkilan dengan perangai dia. Aku ni ada suami. Semua belanja rumah suami aku yang bayar yang sediakan. Die pulak duduk rumah ni tak pernah hulur sesen pon duit dekat kami.

Belikan barang dapur pon tak pernah. Sabun mandi dan ubat gigi pon kami yang sediakan. Aku jadi segan dengan suami aku.. Ibarat kene menanggung lagi satu kepala dalam rumah ni.

Kami belanja bulanan cukup cukup makan je. Mane yang tak cukup aku tolong cover kan untuk suami aku. Adik aku balik keje terbaring je. Aku balik keje kena masak.

Sebab kami tak mampu nak makan luar or order grab selalu. Kalau order kene orderkan sekali untuk carrot tambah kos lagi. Die sikit pon tak pernah nak bayar ape ape.

Kalau masak pon barang sekarang bukan murah. Beli ayam tahan dua kali makan. Beli ikan kene lebihkan sekor untuk dia.

Beli beras pon cepat surut. Tapi dia sikit pon tak nampak semua tu. Aku balik masak sorang die tak pernah tolong. Siap masak datang makan je. Rumah pun die tak pernah tolong kemas.

Weekends kami suami isteri gotong royong kemas rumah dia tido je.. Tengah hari kelua bilik makan aku dah siap masak

Sabun mandi ubat gigi selagi boleh pakai die tak kan tolong topup. Pernah sekali kami lupa beli dia pakai sabun anak aku.

Rumah kami ade 3 bilik. Satu bilik aku suami isteri. Bilik tengah kami buat bilik anak anak aku. Bilik ketiga kami buat stor pakaian. Dia duduk bilik tengah bilik anak kami tu.

Aku bagi duduk sebab ingatkan sekejap je tumpang. Ni dah makan tahun.

Memang aku segan sangat dekat suami aku. Suami aku baik. Tapi sekarang barang dah naik memang betul2 terasa susah. Lagi lagi kene tanggung lagi satu kepala.

Aku tak kisah kalau die keje gaji sikit tak mampu nak sewa rumah. Tapi gaji dia lagi banyak dari aku. Beli barang mahal aku mampu tengok je.

Aku nak beli baju RM50 pon fikir banyak kali. Baju die beli yang 150 sehelai pon rilex je.. Tapi tak nak bayar sewa rumah sendiri.

Belum cerita bab makeup dengan skincare dia. Kalau keluar makan dengan kawan pon makan tempat mahal. Tapi sikit tak pernah belanja laki aku makan. Laki aku yang tanggung die sekali tu.

Aku marah sebab tu laki aku. Bukan tanggungjawab dia nak tanggung adik aku sekali. Kadang kadang aku nak je bagitahu bapak aku kutip balik anak perempuan die yang tak de common sense umpama parasite ni.

Dia selalu tengok kdrama dalam bilik. Berangan nak laki korea agaknye.

Kadang kadang aku doa dia dapat laki pemalas biar dia rasa ape aku rasa. Tapi tula dengan perangai camni aku rasa laki bangladesh pon tak nak kat dia.

Tu je lah aku nak luah. Aku taip ni pon sambil nangis sebab aku dah tak tahan. Ni aku tengah geram laki aku keluar beli barang aku tengah masak nak makan tengah hari sebab harini sabtu.

Aku masak sambil gendong anak sebab adik aku tak nak pon tolong tengokkan anak aku kejap. Duduk bilik tgok kdrama. Kang aku panggil makan die keluar la makan.

Harini masak sotong dengan ikan goreng. Semua tu belanja banyak nak beli bukan murah. Dah lah sedih dah aku adik aku sendiri buat aku macam ni.

Doakan aku ade kekuatan dan murah rezeki kami suami isteri tanggung anak dara tua. Sekian..

– Kentang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *