Kakak Ipar Fake atau Adik Ipar dari Neraka

Assalammualaikum. Kakak ipar fake atau adik ipar dari neraka, (https://iiumc.com/kakak-ipar-fake/). Bila baca confession tu harapnya bukan luahan biras-biras ku.

Ceritanya tak adalah sama cuma saya amat memahami kerana pernah tahu dan selamat dari mengalaminya berlarutan berbanding biras-biras.

Bila kita masuk ke keluarga baru, biasanya untuk orang normal pasti kita tak expect sesuatu yang buruk daripada keluarga pasangan. Kita akan sehabis baik cuba penuhi apa yang mertua inginkan, ambil hati mertua, berbuat baik dengan keluarga baru.

Awal kahwin, mak saya ada pesan berhati-hati lah jangan terlampau berkorban nanti esok-esok makan hati. Ayat mak takde exactly macam ni. Tapi tu lah yang saya faham. Sebagai mempelai baru, kita cuba terima pasangan dan keluarga pasangan dengan sebaiknya.

Sikit sebanyak saya kecil hati dengan pesanan mak, sebabnya saya baru je kahwin tak sampai seminggu, saya sebagai anak dan sebagai isteri yang baru setahun jagung, berusaha untuk buat yang terbaik.

Saya tak nak mak ada expectation buruk pada suami mahupun keluarga suami. Seolah suami dan keluarganya buruk di mata mak.

Namun, mak tetap mak, seorang mak akan sentiasa menjaga dan memelihara anaknya, taknak anaknya merasa apa yang pernah dilaluinya dulu. Mak bercakap dan nasihat mungkin atas pemerhatian mak pada keluarga mertua dan pengalaman mak yang lalu.

Awal perkahwinan, keluarga mertua selalu bertandang dan bermalam di rumah kami. Saya anggap mertua mungkin lebih selesa dengan saya berbanding dengan menantunya yang lain.

Mak mertua saya memang mulut manis. Dia bercerita kisah-kisah pertolongan saudara mara pada keluarganya. Memberi bayangan kami pun kena tolong sama-sama adik beradik suami.

Saya notice red flag bila mana adik ipar saya yang umur 20 tahun menumpang masa cuti semester di rumah saya atas permintaan mak mertua.

Adik ipar duduk berkurung dalam bilik, keluar waktu nak makan sahaja. Tak ada lah berbahasa nak menolong di dapur atau jagakan anak kejap masa saya memasak, masa tu saya baru ada anak seorang yang masih kecil.

Sikap pemalas ni bukan kat adik ipar seorang ni je, saya perasan semua adik perempuannya pemalas. Maaf cakap, ia diajar oleh mak mertua.

Selagi boleh bab makan, sewa, api, air, kalau dapat free dan tak yah bayar, elok macam tu. Mereka suka menumpang dan saya perhatikan langsung mereka tak hulurkan duit kepada saudara mara mereka.

Rapat memang rapat, mesra memang mesra. Namun bab duit ni sangat berat tangan nak menghulur.

Bayangkan anak saya tak pernah dapat duit raya, masa dia umur 7 tahun baru first time dapat duit raya. Nak kata keluarga suami susah, takde lah susah giler. Tapi memang bab duit ni lokek.

Bila dah lama berkahwin, saya notice dan pernah dengar mereka sembang gelak-gelak betapa mereka happy berjaya bodohkan orang lain menyebabkan orang lain belanja keluarkan duit dan mereka happy dapat free.

Pernah juga dengar ayat pasal kira gaji besar orang lain, sama macam confession tu. Nak salahkan mereka yang happy gelakkan kebodohan orang tak boleh juga, sebab diri sendiri yang innocent dan percaya pada apa yang zahir di mata.

Kononnya mereka ni gaji kecil, tak mampu tu, tak mampu nih… Itulah yang biasa diratibkan yang buatkan orang lain termakan apa yang dikatakan. Depan orang lain je mereka cakap macam tu.

Tapi sebenarnya masing-masing menyimpan duit dan mengira duit sesama mereka. Selagi boleh menumpang, mereka akan menumpang dengan tak malunya.

Lepas kejadian adik ipar tu dan lagi satu kejadian di mana mereka berpakat untuk kenakan suami, kiranya nak suami saya keluarkan ongkos semasa tempoh percutian mereka dan menumpang di rumah saya selama seminggu.

Sikit pun mereka tak hulur duit. Padahal mereka tahu masa tu saya baru lepas lahirkan anak keempat dan baru berhenti kerja, suami pula tengah sambung belajar dan gajinya stagnant dua tahun lepas.

Red flag lagi, bila mereka buat tak tahu dekat anak-anak saya yang masih kecil masa duduk kat rumah kami. Tapi pada anak adik ipar saya bukan main mesra dan melayan.

Saya perasan anak-anak biras juga sama tak berapa dilayan selama ni. Saya memasak berhempas pulas di dapur mereka duduk sahaja tunggu makan macam saya pula orang gaji.

Memang sangat lain dengan didikan mak saya. Kami walau pada saudara mara, walau sesama adik beradik, mak memang ajar untuk hulurkan duit. Bila datang rumah orang, ringankan badan membantu.

Suami masa tu suruh saya masak sikit sahaja, masa tu saya tertanya-tanya, nanti saya yang dikatakan mengatur dan mencatu makan semasa mereka duduk rumah saya. yang buruk pasti lah tetap menantu. Suami kata ikut saja cakap dia.

Lauk basah suami yang belikan, dia yang keluarkan dari peti ais untuk defrost portionnya. Saya dah cakap sikit ni bang, nanti saya yang kena mengata. Tak disangka, tuhan nak tunjuk, saya dengar sebiji-sebiji perbualan mereka.

Sangat lah mengejutkan sebab saya tak sangka perangai sebenar mereka ni. Ada juga lah mereka mengata saya ni berlakon masa tengah sedap mereka mengumpat, dalam confession tu dikatanya kakak ipar fake.

Sudahnya lepas peristiwa tu dan lepas clarification dengan suami melalui curahan hati, tahu lah saya perangai mereka.

Kata suami, saya je yang tak tahu, takkan dia nak bagitahu kat saya pula aib keluarga dia. Dia sendiri dah tahu lama sebab tu dia suruh masak sekadarnya saja.

Nama saya diburukkan oleh mertua kepada ipar-ipar dan biras-biras lain yang jenis innocent juga ni lepas pada tu, tapi saya buat tak reti je lah.

Ahli keluarga suami saya ni ramai ya.

Jadi selepas menghadam apa yang mak pesan dulu tu, saya ambil tindakan untuk buat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, bila mak mertua mula bercerita dan bagi bayangan itu ini, semata-mata nak saya menurut permintaannya. Saya tak bagi respon apa-apa.

Contohnya, mak mertua ada sebut-sebut pasal adik-adik ipar lain yang nak menumpang dengan sangat lama sebab nanti nak kerja, nak tu lah, nak ni lah. Tapi tak sebut rumah mana, rumah saya atau rumah biras-biras.

Saya dengar je. Tak ada komen apa-apa. Agaknya mak mertua melihat respon saya yang macam tak ada apa tu, mak mertua berhenti dah bagi bayangan.

Rupanya dua ipar saya sekarang ni menumpang rumah biras saya – mangsa baru mereka hahaha. Sama la macam confession tu, dua-dua mereka dah kerja, bukan kecil lagi ye.

Seorang dah 30 lebih, seorang lagi 40 tahun. Saya tertanya-tanya macam mana lah biras saya hadap, rumah tu dah jadi perkampungan mereka.

Tapi saya tak berani tanya suami, sebab taknak guris hati suami, ye lah perihal keluarga dia kan. Saya juga tak pernah tanya keadaan atau apa-apa benda pasal mereka kat mertua atau kat ipar-ipar sendiri.

Mertua pun seolah memulaukan kami sekeluarga, suami pun tak dapat update apa-apa aktiviti mereka. Tapi yang saya tahu 2 ipar tu duduk for free sampai sekarang.

Mungkin la biras saya baru tersedar sekarang. Mungkin juga bukan biras saya yang tulis tu. Sebab 2 ipar saya tu ada lesen dan kereta, cuma duduk for free. Mereka gelak puas hati dapat habiskan makanan biras saya, which is mereka terlepas cakap lah benda-benda tu kat saya.

Macam saya, it takes me 8-10 years nak betul-betul kenal. Sekarang saya hidup dengan keluarga kecil saya saja. Nak kata baik sangat dengan mereka tak juga, nak kata tak baik pun tak juga.

Saya bercakap macam biasa je. Nak tegur perangai mereka pun saya tak reti, jadi saya ambil langkah jarakkan sikit diri ni. Asalkan kami sekeluarga dapat ketenangan.

– Munirah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *