Rasa Bodoh Dalam Semua Perkara

Salam, aku menulis sebab terlalu tertekan dan rasa kosong. Pernah tak korang rasa macam aku, mungkin aku je.

Aku cuma nak meluah sebab kalau nak luah dengan orang sekeliling aku, semua dalam keadaan tertekan. Pendek kata, hampir semua circle aku tekanan.

Kalau aku luah makin menambah beban fikiran dorang, jadi eloklah aku luah pada korang.

Sedikit tentang aku, aku perempuan umur 32 tahun bekerja sendiri.

Selama aku hidup 32 tahun ni, aku boleh dikatakan takda pencapaian dalam hidup sebagai manusia normal.

Aku takda pendapatan tetap, takda keluarga bahagia, tak kahwin lagi, takda kereta atau motor malah takda lesen. Terukkan?

Sejak kecil parents aku dah bercerai, senang cerita cerai gaduh dan abaikan anak-anak.

Aku banyak pindah randah jadi banyak juga berdikari, tapi aku hairan kenapa dulu aku boleh bertahan sampai aku masih hidup sekarang ni.

Aku tak salahkan sesiapa, aku yang tak pandai uruskan hidup aku. Aku pelajar yang boleh dikatakan cemerlang di sekolah sampai universiti, tapi hidup di dunia luar aku gagal.

Bukan tak cuba, banyak kali aku cuba tapi semua akhirnya temu jalan buntu.

Contoh lesen kereta 2 kali aku ambil, pertama kali, tak habis sebab tak cukup duit tempoh tamat (Aku cuba cari duit tapi keperluan asas untuk makan pun tak cukup)

Pastu kali kedua aku gagal jpj pastu takda duit nak bayar waktu tu dan aku perlu balik kampung ada kecemasan. Aku memang useless aku rasa nasib tak menyebelahi aku.

Tentang kerja habis study aku ada apply dan pernah kerja tetap dalam 4 tahun tapi aku rasa macam impostor syndrome. Macam aku hidup berpura-pura.

Contoh kalau dalam kerja kita perlu buat keputusan kan? Aku buat lepas tu aku ragu-ragu.

Yang masalahnya bila aku banyak kali kena suruh buat tugasan lebih dari yang aku mampu dan bukan pangkat aku. Kira kena buat kerja atasan tapi aku still kuli.

Kerja dengan slides bos aku yang buat, dia present dan takda kredit pun pada aku. Orang-orang bawah nampak aku jilat bos sebab selalu nampak berbincang banyak benda, pastu orang-orang atas pergunakan aku.

Ye aku tahu aku lemah tu aku kena pijak. Lepas tu baru aku decide bekerja sendiri, boleh tapi tulah takda pendapatan tetap, nak buat apa-apa akaun aku tak stabil lagi.

Tentang jodoh, entahlah dari kecil aku berusaha sehabis baik tak bercinta sebab prinsip. Keluarga aku biasa-biasa, tak alim tak jahat. Cuma tulah parents aku berceraikan takda siapa pun peduli aku buat apa.

Tak bercinta tu prinsip aku sendiri, sebab aku tahu aku tak boleh bawa waktu tu. Sampailah aku ke universiti, terbawa-bawa prinsip aku tu.

Tapi yelah, aku tak macam sesetengah keluarga, tak perlu berusaha adalah tu nanti orang carikan orang kenenkan. Jadi nak tak nak akhirnya aku kena berusaha juga cari bila usia dah matang.

Hidup ni bukan cerita dongeng takda jodoh datang bergolek-golek lagi-lagi orang macam aku.

Tapi bila aku berusaha semua tak kesampaian mostly sebab background keluarga aku (dorang anggap bercerai berai jadi bukan dari keluarga baik2), tak sekufu, tua sangat dan banyak lagilah.

Kadang-kadang aku sedih dan tefikir mungkin prinsip aku dulu memakan diri sendiri, kalau aku cari waktu sekolah atau universiti dulu takdalah jadi macam ni.

Dunia luar memang betul-betul keras. Sekarang semua orang memilih yelah hidup bukan sehari dua mesti nak pilih yang baik-baik, keluarga jelas gitu. Takpalah aku faham.

Boleh tak yang keluarga cerai gaduh komen, macamana korang cari dan kahwin? Kalau ada yang cakap relaks, ye aku faham aku just curious je. Sebab alasan di atas tu selalu sangat aku dapat.

Dan lagi sekali arranged married takda dalam senarai aku sebab semua orang sibuk hal masing-masing.

Ikutkan aku tak terdesak pun nak kawin sekarang ni tapi aku rasa 10 tahun lagi mungkin aku akan rasa lebih sedih dari sekarang ni.

Buktinya prinsip yang aku pegang dulu aku rasa elok je waktu tu tapi akhirnya di usia sekarang aku terfikir-fikir sepatutnya aku cari lebih awal.

Aku sebenarnya betul-betul rasa down sebab bila aku berusaha tak kiralah sekuat mana pun nanti hujung-hujung akan sakit. Aku nak fix hidup aku tapi tak tahu nak start dari mana.

Aku sedih sebab dari kecil aku memang tak bahagia pastu sekarang pun aku tak dapat membahagiakan diri sendiri.

Kecamlah atau nasihat tapi jangan yang keras-keras boleh sebab aku betul-betul sensitif sekarang ni.

Aku rasa macm nak refund diri sendiri nak tukar yang lain. Nak lahir dari keluarga yang terus lengkap bahagia senang sikit. Kalau rasa-rasa kenal buat buat tak kenal ye. Terima kasih.

– Yang tak penting (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Hidup ni memang keras.. xpe x kahwin pon , boleh cari bahagia cara lain.. prinsip yg awak bawa tu dah melindungi awk drpd banyak perkara lalai dan merosakkan diri.. kalau Allah belum bagi dan x bagi, Allah tengah lindungi awk drpd benda yg awak x boleh handle.. awak teruskan hidup awk macam biasa je, mungkin awak rasa kosong, tp ingatlah awak xganggu sape2 pon dengan hidup awk sekarang ni.. x kahwin pon ada bahagianya 🙂..

  2. Salam sis,

    Soal lesen kenderaan sis, saya pernah ada co worker yang alami pekara yang sama, dia jarang berbual dengan saya, satu hari dia cerita pekara yang sama macam sis, 2x gagal lesen, saya pesan, enough stop, naik grab jer, tumpang kereta kawan, bayar kawan, everything should run naturally, if its not natural its against nature. kalau 2x tak boleh, just stop, dia jawab dia bukan jenis yang mudah putus ada. Saya patut encourage dia bukan suruh dia stop.

    Dia ambil kali ke tiga dalam keadaan yang susah payah, berhabis duit, repeat itu ini, bergasak dengan JPJ bagai, yes finally dia berjaya, hari pertama dia drive, dia excident dan hampir meninggal. Itu lah first dan last dia drive, taubat dia tak nak drive lagi. Pergi kerja naik kawan, kawan tak ada, naik grab santai santai jer.

    Pesan saya mudah jer everything should run naturally, if its ain’t natural its against the nature. Kalau dipaksa memang habis. Kalau sesama islam saya akan kata, Allah SWT bagi musibah kecil untuk elak musibah yang lebih besar, terima kasih kat Allah SWT, dalam kegagalan ada berjayanya. Kita tak tahu, dan tak akan pernah tahu. Mustahil apa yang Dia buat pada kita nih sia sia belaka, mustahil.

    Soal jodoh pun sama sis, rasanya dah letih membaca masalah orang orang. Red flags dah berbakul pun masih proceed kahwin, alasan sebab umur, malu dengan masyarakat, takut kahwin lambat tak dapat anak, terlalu bimbang dengan pekara yang tak wujud. Benda yang wujud tak nak pula fokus, jadi bujang nih banyak free time, bebas, boleh bergaul dengan orang ramai, join charity club, boleh travel, boleh join sport club, join zumba, join kelab pertanian, kelab kreatif, apa apa sahaja club yang diminati, serba serbi boleh, ada masa, ada tenaga, ada ilmu, ada freedom, eh tak nak di fokus ke situ, nak juga sabotaj akal dan fikiran fokus kat benda tak wujud. Jangan kebiasaan ajar diri kita macam tuh.

    Soal sis bekerja, selalu dapat banyak tugasan, sebab sis high value, tak ada boss yang akan bagi tugasan penting yang boleh membahayakan kedudukan company pada orang benak. Hancur lah company. Sis ada leadership, natural leader, problem solver, silapnya sia kerja ditempat yang salah, instead of cari tempat kerja yang setimpal dengan talent sis, eh sis play victim pulak, cakap dibuli. You own the room, once you enter the room everybody eyes on you. Ramai perempuan nak vibes macam nih, macam yang saya kata diatas, if its ain’t natural its against the nature. You’re natural leader so accept it. Kemana mana you pergi, people see it, they feel it, they know it, you always hold the biggest responsibility and you nails it, so don’t avoid, embrace it. One more thing, girl boss tak drive, mereka ada driver sendiri. Practice it, visualize it with your grab driver, before it become your reality. People will laugh because their destiny is driving macam lembu hari hari they won’t understand it.

    Focus pada diri sis sendiri, cukup tak sayang sis pada diri sis, atau berkurang banyak lately, selalu tak bersyukur sis masih bernafas lagi, orang kat hospital nak bernafas guna tabung oksigen sis oi, makan sehat tak untuk badan, baca buku elok tak untuk kesihatan akal fikiran. Tonton movie yang bagus ke untuk terus motivate diri, sambung ke tak silaturrahim dengan orang orang bisnes dan kreatif group yang ada leadership macam sis, pilih tak lokasi yang betul untuk healing. Pilih tak kawan yang baik untuk bersosial, ada tapis tak. Nanti ikhlas ke tak kalau ditakdirkan kahwin arranged, lelaki full of green flag. Sanggup ke.

    Once you against the nature, the nature will set you backward, just to save you from any harm, so let it flow beautifully for you. Allah SWT pemilik masa, manusia hanya punya jam. Allah SWT pemilik dunia, manusia hanya punya globe plastik. Syaitan tak akan mengganggu manusia kalau dalam diri manusia tuh tak tersimpan benda yang berharga. You’re very high value woman, accept it and life your live according it.

    Tutup salam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *