Admin sorry to disturb you again and thank you if you post this.
To someone yang ada masalah sama dengan I… (i think you mentioned about me when you share your life story)
I read your story and I can understand your life. Thanks sebab cakap divorce is not the solution you got for my family. You faced a harder situation than me based on your story, so maybe that’s the way out for you. And maybe jodoh your mom with your dad tak panjang. I tumpang gembira when you said you lebih bahagia sekarang.
Tapi I nak bagitahu few things yang I tak mentioned dalam my confession before, my dad never hit us (me, my siblings and my mom) in any conditions. Ok if I and my siblings nakal yes he will hit us. But he never ever hit my mom. Dia sama ada akan baling barang2 or marah2 or berleter 24/7 bila ada kat rumah but he never hit my mom. So basically he’s quite ok. Cuma barang2 rumah asyik rosak dikerjakan. And yes dia memang selalu marah. Dia selalu cakap “balik rumah ni semak ja” and dia tak pernah melekat kat rumah.
Pagi pergi kerja(masa dia ada kerja) then balik tidur then bangun balik rumah parent dia sampai petang then maghrib baru balik then malam melepak dengan kawan2 syaiton dia then tengah malam baru balik tidur. Basically his time tak selalu di”spend”kan untuk our family except if nak pergi beli barang or baju raya etc..itulah rutin dia everyday. My mom masak tak selalu makan..selalu dia beli luar ja except kalau nak my mom buatkan kopi. Kemas rumah? Tolong my mom? Memang tak la.. dulu rajin jugak dia basuh baju, basuh kasut sekolah I dengan adik I..now nak ketip kuku adik2 I pon dia tak buat dah. Dah pemalas tahap apa ntah.
Second, he never steal money. Sebab tu I tulis “pinjam”. Even though dia tak bagi balik duit tu, bila dia nak ambil dia akan mintak (even kasar la cara dia mintak, macam ugut ja bunyinya, bukan macam meminta) so that we know dia ambil that money. I sendiri pernah tuduh dia curi duit I but actually that time I yang salah letak so that’s my bad.
Next, he once said dia bertahan in that relationship sebab anak-anak ja. Same goes with my mom. Divorce is not the way out. Masa tu dia memang ada menggatal dengan perempuan lain (bukan nak kutuk, but that b*tch dah la hitam, gemuk..ntah apa la yang my dad suka sangat) tapi dia tak pernah go on more than just menggatal (pegang2 tangan and mesej “abang sayang”). Ok I mean dia punya tahap tak sampai ke katil la. Takat gatal2 biasa. No pic lucah (even though my dad pernah tengok porn before ; masa tu I still in school so my dad muda lagi huhu) antara diorang.
Basically my dad punya salah is just sebab dia tak jalankan tanggungjwab dia to my family ja. He never hate us, his own blood and flesh. Memang ada kes dulu masa my mom pregnantkan I her MIL tuduh I bukan anak my dad tapi bila I dilahirkan muka I sejibik macam my dad. So benda tu dah clear and my dad tak pernah cakap I bukan anak dia. Sebab dia memang sukakan budak2 and nak anak banyak. Tapi of course, since his parent cakap “toksah la dok ada anak banyak2 nanti hampa jugak yang susah dah la hampa tu kering” dia ikutkan sahaja.
My mom’s MIL pernah suruh my mom gugurkan adik2 I yang ke 3 and 4 sebab takut my dad hidup susah. Like what?!?! Tapi my mom tak buat so I syukur sangat dapat dua orang adik lagi. My dad pon suka bila dapat anak lagi.
Dia jugak even dengan perangai baik buruk dia, still care about money for his children. My mom cakap tak apalah if dia tak bagi nafkah zahir to my mom asalkan anak2 dia terjaga. So yeah..masalah with my mom is one thing and masalah with his parents is another thing. I kadang2 mohon supaya his parents die fast (bukanlah tak suka my own grandparent tapi our life susah sangat disebabkan diorang) my dad banyak bayarkan hutang2 diorang padahal duduk dua orang ja pon. And supaya adik angkat dia go out from our life. That’s why I berazam nak bawak family I keluar dari tempat tu..tinggalkan semua orang yang selalu sakit hati with us.
About the small house I tak kisah pon selama ni..cuma I nak mentioned in the first confession yang my dad tak pernah usaha nak bagi more than that to my mom..for me, tu dah memang my sweet home..kecik2 pon Alhamdulillah kami ada jugak tempat berteduh. Cuma I tak mahu hidup di kampung yang penuh masalah. Cukuplah masalah kami setakat ni. My dad needs to understand that.
I know this time it seems like I membela my dad but I think you guys bole salah faham kalau I tak betulkan kekeliruan and salah faham ni. Sebab every person ada baik buruk dalam diri dia..my dad, the main problem is sebab dia tak solat and tunaikan kewajipan sebagai husband&hamba Allah and few more tapi still ada perangai dia yang baik..I sememangnya tak mahu ada perpisahan antara my family cuma I berharap hati my dad terbuka untuk berubah that’s all. Dengan perangai dia yang on off baik buruk kami InsyaAllah akan cuba pertahankan. And I hope sangat dia boleh terima any kind of job yang kami carikan untuk dia..jangan jadi perangai pemalas dia tu..Sebab tu I mintak doa semua sebab I seorang maybe ambil masa lama untuk terus berdoa for my dad.
I dah cerita baik and buruk my dad. Terpulanglah nak kata apa. Memang kadang2 sakit bila dia dah datang angin syaiton dia tapi I tahu if dia dapat hidayah InsyaAllah dia akan berubah untuk make sure our family bole survive.
Maaf kalau ada salah faham dengan confession before (like maybe you guys fikir my dad kaki pukul, suka curi duit etc..but he’s not that bad tho) tapi mostly memang perangai dia agak kejam towards my family (contohnya pemalas and suka marah2 and few more dalam confession sebelum ni)..sebab tu I mentioned before, our problems tak la berat tapi banyak jenis. So bila digabungkan dia still akan jadi macam one big problem.
haha I tak tahu la if you guys ada rasa macam I sayangkan dia kan..sebab nak betulkan kekeliruan ni..well, I pon tak tahu sama ada I sayangkan dia or just HORMAT as someone yang pernah menjaga I sampai besar. I know I’m a bad daughter.
*sigh (semoga I pon berubah untuk jadi anak yang lebih baik)
– Miss J
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit