Hanya Kerana Sarapan

Salam guys.. Hehehe.. semoga kalian semua sentiasa dalam keadaan sihat dan dimurahkan rezeki.

Kita nak sharing sikit boleh.. hehehe..

Okies.. kita ni baik dengan sorang akak ni kat office. Nama dia Rosalinda Marcos Abiyanto Cucur Udang atau nama samaran Kak Amy.

Aku memang baik gila gila dengan dia.. yelah sebab dia je teman aku borak bahasa Melayu kat opis. Baik tu sampai tahap dia kenal backgroud aku and aku kenal backgroud dia. Aku ni kalau baik dengan orang aku memang tak berkira.

Aku selalu belikan dia ole ole, bagi hadiah kat anak anak dia, selalu beli sarapan kat dia dari Malaysia (incase aku singgah beli sarapan), selalu jadi tukang beli ubat dia kat Malaysia, and selalu juga bagi hadiah kat dia. Hadiah apa.. biarlah Najib je yang tahu.. tiberrr..

Pendek kata aku memang selalu ingat dia and tak ada istilah berkira dengan dia.

Aku sepanjang berkawan dengan dia, memang aku tak ada perspective buruk kat dia. Every thing dia buat aku support. Dia minta tolong apa apa aku tak pernah berat tulang..

Dia pon sama, tak pernah berkira dengan aku. So far, we are fair and being good each others.

Kak Amy selalu lah citer kat aku yang dia tak suka dengan sorang senior engineer ni.. nama dia KusKusSemangat. Selalulah dia komplen pasal budak ni.

Kira nya kalu dengar citer Kak Amy ni, memang tahap dia nak report and jatuhkan si KusKusSemangat ni lah. Sebab KusKusSemangat ni kadang kadang annoying sikit..

Tapi aku ni jenis tak ambik port sangat dengan KusKusSemangat ni.. as long as dia tak cium pipi aku sudah.

Okies panjang pulak mukadimah aku ni.

Pastu aku ni kan pergi kerja naik moto dengan abang Zul Ariffin. Every morning we both struggling nak sampai awal kat tempat kerja and nak harung heavy traffic jam kat kastam. Biasanya jam 5.00am abang Zul datang ambik aku.. punya lah awal sebab nak elak jam kastam.

So biasanya abang Zul ni akan beli sarapan siap siap sebelum ambik aku.. aku ni lak yang menumpang teduh kat belakang kena tahu adab dan common sense.. kena ikut timing dia and jangan ngada ngada nak request bukan bukan.

Jadi aku cuma beli sarapan jika abang Zul singgah mana mana kedai lepas fetch aku. Kiranya aku beli sarapan bukan hari hari lah.

Okies, nak dipendekkan citer..

Satu hari, Kak Amy ni bagilah aku Sgd50. Dia kata:

“Sgd50 ni kau belikan sarapan akak and at the same time kau bayarkan untuk abang Zul sekali”

Aku terus terpinga pinga.. sebab aku ni menumpang abang Zul, and pagi pagikan kami rush nak cepat. Bila dia bagi duit macam ni seolah olah jadi komitmen pulak nak kena beli sarapan dia hari hari.

Kak Amy siap tanya aku, Sgd50 tu kalu tukar ringgit berapa lama bole bertahan.

Aku terus make a clarification,

“Akak, macam mana kalu abang Zul dah beli sarapan dulu sebelum ambik saya”

Kak Amy balas:

“Kalu macam tu kau belikan sarapan akak time kau beli sarapan dengan abang Zul lah”

Dengan kata lain bukan hari hari lah aku kena beli sarapan dia.

Aku memang tak bagitahu abang Zul plan kak Amy ni sebab dia tak nak abang Zul tahu yang dia nak belanja abang Zul. Kenapa dia nak belanja abang Zul sebab abang Zul mengadu kat aku pasal maybe dia dah tak bole OT..

jadi kuranglah pendapatan dia. Aku ni pon share lah masalah abang Zul ni pada kak Amy. Tu yang dia niat nak tolong tapi nak kena beli sarapan dia sekali.

Next, keesokkannya abang Zul datang ambik aku and dia dah beli sarapan dia. Aku tak cakap banyak and kami terus berlalu pergi ke kastam tanpa singgah mana mana.

On the way tu, 5.02am aku mesej kak Amy aku bagitahu yang abang Zul dah beli sarapan dia sendiri. Kak Amy pon balas OK..

Tujuan aku mesej ni supaya kak Amy tak berharap sarapan dari aku and supaya dia bole bawa sarapan sendiri kat Singapore.

Aku sampai office aku buat apa yang patut and aku tidur.. jam 7.30 loceng berdendang mari berdendang.. berdendang di seluruh alam.. eh silap.. tu lagu Siti.

Aku bangun jam 7.30am and Kak Amy meja dia kat belakang aku.. out of sudden kak Amy pekik pekik kat aku..

“HAAAA NI KENAPA NI.. KAU TAK BILANG ABANG ZUL KE SEMALAM YANG KAU NAK BELI SARAPAN”

Maaf cakap ya.. aku baru bangun tidur jadi muka aku agak Fasha Sandha sikit kat situ.. lagi baru bangun kena pekik pekik macam tu..

Aku pun jawab..

“Saya tak bagitahu akak sebab takut abang Zul lambat”

Aku blurrrrrr nak jawab apa sebab baru bangun tidur..

“HABIS KIRANYA KAU TAK BOLE BELI LAH?”

“Bukan tak boleh beli,tak bole hari hari”

“OUH OKAY!!!” sambil memalingkan muka dengan wajah bengang Nora Danish.

Beberapa saat kemudian dia panggil aku dengan nada tinggi.

Aku undur kerusi ke meja dia terus dia bilang:

“KAU BAGI BALIK 50 AKAK, NANTI AKAK TOLONG ABANG ZUL DENGAN CARA LAIN”

“NANTI KAU BELIKAN AKAK LUNCH” sambil hulur 4 dollar and nada tinggi Ernie Zakri

“Ok akak”

“KAU BELI KAN NASI BIASA” dengan nada tinggi Ziana Zain

“Ok ok akak” sambil aku tolak kerusi aku ke meja aku..

Aku pun beli lah lunch dia and letak makanan tu atas meja dia (tempat yang aku selalu letak bila belikan lunch dia).

Aku memang tak borak dengan kak Amy sebab tahu mood dia spoil aritu.. jadi aku diam jelah.. kan aku tegur kena pekik lagi..

Sekali terjadi lah perkara perkara di bawah..

Terus aku hilang trust kat dia.

1) Kak Amy cerita buruk + fitnah aku kat sorang staff lagi sorang. Dia kata aku pernah tumpang kereta toyota wish dia and sewaktu dalam kereta aku tercakap yang kereta toyota ni tin kosong.. apa ke gila aku nak kutuk brand toyota..

2) Kak Amy complain pasal meja aku bersepah. Aku letak passport atas meja. Weiii tu meja aku.. yang kau nak sibuk apasal..

3) Dia jaja cerita kat sorang lagi staff dia kata aku jealous dengan abang Zul (sebab kak Amy nak tolong abang Zul)… jealous apa ke benda setan.. kalu aku jealous aku tak share lah pulak masalah abang Zul tu kat ko.

4) Dia post kat FB dia tulis “AKU DAH 18 TAHUN KERJA SINI,KALAU KAU NAK KURANG AJAR DENGAN AKU MARI”…

Dia tulis macam ni sebab masa dia suruh beli lunch tu dia kata aku just jawab emmmm… dah tu time tu ko tengah hangin, tak kan ko nak aku response dengan nyanyi lagu Siti Nurhaliza.. “andainya engkau ku miliki… terdahulu.. sebelumnya”.. macam tu ke ko nak.

5) Dia kata aku buat muka.. weiiii tak cukup ke muka Fasha Sandha aku terbitkan masa ko pekik aku time aku baru bangun tidur. Ko expect apa muka orang bangun tidur.. muka Miss Universe ke??

6) Dia tak makan pon makanan lunch yang aku tolong beli tu.. dia kata “Amad letak makanan tu atas meja tanpa cakap apa apa.. dia ingat akak ni kucing ke”.. dah tu ko nak aku letak kat lantai ke.. or ko nak aku suap kat mulut ko.

7) Pada hari kejadian, sampai ke petang dia hangin mengamuk.. hempas hempas barang.. buka tutup drawer kuat kuat.

8) Provokasi.. selalu sangat sekarang dia potong jalan aku lagi lagi kalu time aku borak dengan orang lain or aku ada urusan dengan orang lain.. kadang kadang suka perli sinis berlapik kat belakang.

9) Suddenly dia baik gila dengan KuskusSemangat.. cakap pon habis lembut.. bukan main… dulu ko kutuk orang tu macam macam.. orang bunyi minum air sikit ko dah hangin.

Apa yang aku bole conclude.. ko marah sangat sebab aku tak beli kan sarapan ko.. ko bukan kisah sangat pon pasal sarapan abang Zul tu. Apa benda siak orang macam ni..

Sampai hari ni aku ada isu trust dengan orang bila mana orang yang aku paling percaya tibe tibe buat aku macam ni. So ni lah antara benda yang aku hadap hari hari demi mencari rezeki di tempat orang.

Selain tempuh jem awal pagi, spend masa yang lama untuk travel, kena raba dalam bas.. eh tiberrrr.. terpaksa juga hadap perangai manusia yang macam ni yang kedudukannya cuma beberapa sentimeter je kat belakang aku.

#DoneluahanHati

– Ahmad Samion (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *