Assalamualaikum. Aku ada terbaca kisah Nayla berkaitan broken family. Confession ni aku nak cerita dari kisah aku pulak.
Confession ni mungkin panjang & aku mintak maaf kalau story aku tak best atau tergantung. Aku tak pandai sangat nak buat karangan ni. So here is my story.
Aku merupakan anak kelima dari 7 beradik. Umi & babah aku bercerai masa aku umur 12 tahun sehari selepas keputusan UPSR aku keluar. Start dari situ kami adik beradik dijaga oleh abang long aku.
Abang long aku ni sekolah tak habis sampai darjah 6 je, bukan sebab dia bodoh tapi sebab umi & babah aku ada masalah kewangan time tu.
Jadi abang long aku ambik keputusan berhenti sekolah sebab nak bagi ruang kat adik adik dia.
Terima kasih abang long. Korang tolong doakan abang long aku murah rezeki & panjang umur ok supaya aku boleh balas semua pengorbanan abang long aku.
So ceritanya bermula kat sini, keputusan UPSR aku boleh dikatakan cemerlang tapi disebabkan abang long aku tak tau menahu pasal pendafttaran sekolah jadi hal sekolah aku jadi tergantung sepi.
Nak mohon sekolah sbp (sekolah yang aku nak masuk) tapi tak tau pulak macam mana nak apply jadi time tu aku dah takpa la aku masuk je sekolah kat kampung aku.
Petang tu tiba tiba cikgu matematik aku datang rumah jumpa abang long aku. Rupanya cikgu math aku tu tolong daftarkan sekolah untuk aku. Terima kasih sir, kebaikan sir hanya Allah dapat balas.
So berbalik kepada cerita tadi, malam tu abang long aku panggil aku tanya aku nak masuk ke sekolah ni, aku cakap ikutlah abang long rasa macamana. Abang long aku nangis, dia cakap dia nak aku masuk sana tapi dia takda duit.
Biasalah kan, nak masuk tingkatan 1 ni banyak duit nak kena pakai & sekolah tu pulak dah nak sama level sbp ( buku semua kena beli under kiosk sekolah ).
Aku yang tengok abang long aku nangis, aku pun sebak weh lepastu aku cakap takpa la banglong, masuk je sekolah kat kampung ni, saya okay je, aku pun tak tau macam mana budak umur 12 tahun boleh cakap macam tu.
Tapi malam tu time semua dah tido aku bangun aku nangis weh (tengah taip ni pun meleleh air mata aku ).
Tapi aku masuk jugak sekolah tu, abang long aku tebalkan muka pinjam duit dengan makwe dia (sekarang bini dah) semata mata nak bagi adik dia masuk sekolah. Terima kasih banglong & kaklong.
Hari pendaftaran tu kan, orang lain semua datang dengan ibu bapa tapi aku daftar sesorang je.
Banglong aku hantar sampai depan hostel je sebab dia kejar nak masuk kerja so start kat sini la aku belajar kuatkan diri & belajar berdikari.
Oh sekolah aku ni memang ada hostel tapi tak semua student la duduk hostel, gitteww.
Aku ingat lagi baju sekolah ada sepasang je, itu la yang duk ulang pakai nya. Nila tak tinggal sebab nak nampak macam baju baru kan. Kalau tak nila kuning pulak.
Ada sekali tu terlebih nila, jadi purple kau baju. Nasib ada baju kakak yang lepas lepas dia tak muat, recycle balik je la.
Stokin koyak pakai je tapi pandai pandai la cover. Kasut sepasang tu pakai setahun sampai haus la tapak. Kalau berjalan ada orang kat belakang habis cover jalan slow slow.
Aku pulak aktif sukan, cakap la sukan apa semua aku bedal. Time tu seluar track ada dua helai je. Zaman tu pakai seluar yang licin ada belang tepi tu, jenis seluar kena iron taknak nampak kedut.
Kalau jatuh memang koyak la kat lutut. Court netball pulak jenis bertar, orang lain jatuh tengok lutut luka ke tak aku kalau jatuh tengok seluar koyak ke tak.
Kalau koyak terus sendu hidup, benda mahal weh nak mintak duit dengan banglong malu campur segan.
Mandian, syampu, ubat gigi habis boleh jimat memang jimat. Punya la tak nak nyusahkan banglong.
Sekolah aku kalau budak hostel dua minggu sekali baru balik, banglong aku selalu kalau ada rezeki lebih dia bagi RM15 ke RM20 untuk dua minggu tapi banyaknya RM10 la dua minggu.
Makan apa adanya je la time rehat. Kawan ajak rehat aku buat konon konon kenyang padahal perut dah bergendang habis dah mintak makanan.
Time cuti sekolah orang lain santai santai kat rumah kan, aku tak, aku dah belajar naik bas pergi KL tolong umi aku kerja tapi best sebab dapat upah.
Bos umi tu kesian kot kat aku so dia bagi aku upah RM10 sehari. Duit tu aku simpan nak buat beli barang sekolah.
Masuk tingkatan 2 kurang dah sikit beban banglong aku untuk belanja barang sekolah, time ni beli mana yang betul betul perlu je. Mana yang boleh pakai lagi, aku recycle balik.
Kebetulan aku dapat biasiswa tapi biasiswa tu masuk tengah tahun, so aku bertahan la pakai apa yang ada sampai biasiwa masuk.
Duit masuk je aku akan asingkan separuh untuk aku separuh aku bagi banglong.
Duit tu la aku beli barang keperluan sekolah aku, kasut baru baju baru bag baru. Duit tu jugak la aku beli kfc, time tu snack plate RM10 & bagi aku yang takda duit ni RM10 tu mahal la kan.
Rezeki Allah nak bagi kan sekali nak kurangkan beban banglong, aku dapat biasiswa dari aku tingkatan 2 sampai la tingkatan 4. Start dari umur 13 tahun tu jugak aku tak duduk diam.
Cuti panjang je aku balik kat umi aku, macam macam kerja aku buat tapi kerja kedai makan la banyaknya. Nak cari duit kan, malu tolak tepi.
Time tu dah tak mintak duit dengan banglong sangat dah & time tu babah aku tiba tiba balik bawak bini baru dia.
Kat sini la bermula kehidupan aku sebagai anak yang tersakiti. Babah balik ingatkan nak jalankan tanggungjawab di sebagai bapa tapi rupanya tak.
Babah hidup senang tapi dia kedekut dengan anak anak. Anak anak mintak duit dia taknak layan, dapat maki lagi ada lah.
Time ni aku tingkatan 3, sekolah aku ada buat kem kat luar yang mana kitorang kena bayar dalam RM100 macamtu. Kem tu pulak diwajibkan semua pelajar tingkatan 3 kena datang. Aku mintak duit dengan babah kan tapi babah taknak layan.
Aku sedih gila time tu, kawan kawan pandang lekeh cikgu cikgu pandang serong last last aku tak datang sekolah seminggu. Time tu dah start rasa malu, nak luahkan lagi la malu.
Aku ingat lagi cikgu aku masuk kelas akan ada yang sindir aku sebab aku sorang je tak pergi kem tu, kalau lah cikgu tau aku takda duit nak bayar.
Oh time tu banglong aku dah kahwin, so aku memang tak mintak dah duit dengan dia memandangkan dia pun ada keluarga sendiri nak kena suap.
Keputusan PMR aku memang cukup cukup makan je. Masuk tingkatan 4 aku fight balik, alhamdulillah berkat usaha aku dapat Anugerah Pelajar Cemerlang dalam tingkatan aku. Part ni pun sedih, orang lain naik dengan ibu bapa kan tapi aku naik sesorang.
Masuk tingkatan 5 banyak duit nak pakai, aku takda siapa aku boleh berharap. Nak mintak umi, umi pun struggle nak hidup. Last aku tak mohon hostel, aku duk kat rumah & aku ambik inisiatif jual roti sosej kat budak hostel.
Orang lain busy dengan kelas tambahan aku ponteng, aku balik rumah aku mandi solat lepastu settlekan homework. Petang lepas asar aku jogging, balik jogging aku pergi kedai beli barang barang jualan.
Antara isyak & maghrib aku bawak 3 plastik besar naik motor hantar ke 3 hostel sekolah. Setiap sekolah aku cari sorang. Esok malam baru aku ambik duit. Benda ni berulang sampai aku habis sekolah.
Aku ada adik, dengan duit tu jugak la aku bagi duit belanja kat adik aku. Babah? Dia tau aku meniaga & dia still dengan perangai dia tu. Aku?
Time tu aku tak bercakap dengan babah.
Jumpa aku salam tapi aku tak mesra macam dulu. Ntah nak cakap macam mana tapi aku fikir time tu takda babah pun takpa.
Penghujung tahun aku exam SPM, selalu aku naik moto je pergi sekolah tapi haritu hujan lebat selebatnya.
Aku last paper haritu, kertas perakaunan. Babah ada kat rumah, aku mintak tolong hantar aku. Aku dah lambat, cikgu aku dah call tanya kenapa belum datang.
Time tu haru jugak sampai PKHEM pun call aku. Orang lain dah masuk dewan aku je takda ni. Aku mintak tolong babah tapi babah taknak layan, dia siap cakap aku kan boleh berdikari sendiri pergi la sendiri.
Aku nak nangis tapi aku tahan depan dia, aku pun tak cakap apa apa, aku ambik helmet aku start motor aku gerak.
Nak ke sekolah dari rumah dalam 6km macam tu. Ada 2 traffic light aku kena harung. Tuhan nak uji aku haritu, dua dua traffic light aku kena berhenti.
Dalam hujan lebat tu aku menangis, sedih kenapa hidup aku macam ni. Sampai sekolah dengan baju basah aku masuk dewan, habis je exam aku terus balik rumah. Esok tu aku terus naik bas balik rumah umi. Time tu aku fikir aku nak cari duit je.
Macam tu la story aku dari umur 13 – 17 tahun. Kalau nak cerita lagi macam panjang sangat so aku cut kat sini je. Abang long & kakak kakak aku semua dah bahagia dengan keluarga masing masing.
Umi aku pun dah kahwin lain, babah aku pun dah bercerai dengan perempun yang dia kahwin dulu & dah bahagia dengan keluarga sekarang.
Aku dengan babah? Aku layan babah baik je, aku dah ikhlaskan apa yang babah buat dulu.
Bila makin meningkat usia ni, hidup nak tenang tenang je. Doakan aku berjaya dunia & akhirat ya, doakan jugak aku dilimpahkan rezeki seluas lautan di bumi supaya aku dapat berbagi bagi rezeki dengan orang lain terutamanya family aku.
Semoga doa doanya berbalik kat korang jugak.
– K (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit