Kencing Manis Mengganggu Hubungan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Buat tatapan semua,

Surat ini ku layangkan bagi sama² kita renungkan kenapa kencing manis ini menganggu hubungan.

Saya wanita sederhana cantik baru menjejak awal 30 an dan berkahwin dengan suami yang berbeza 12 tahun. Mempunyai seorang anak lelaki yang berusia 6 tahun.

Dua tahun lepas suami menghidapi kencing manis.

Kita nak control orang kencing manis ni bukan senang, nak minta jangan minum manis, ambik benda manis, makan ubat bukan senang dan apa yang ditakuti takut luka dan merebak ke anggota

Tapi buat masa sekarang luka masih boleh sembuh dan tiada luka yang lama. Jadinya suami ni akan ambik lewa bab makan dan ubat.

Selepas dua tahun ni yang paling ketara bab hubungan. Hubungan dah tak jadi normal dan bayangkan perkahwinan masih baru dan saya masih muda

Tapi disebabkan pemakanan tak jaga, dan tak fikir panjang kesan kencing manis ni memang menganggu. Dah berbuih cara digunakan tapi dia macam dah give up dan tak kisah

Kesannya semua moody, saya moody dan suami moody. Iyalah nafkah batin tak sampai, dia mahu tapi tak mampu, saya mahu tapi dia dah tak macam dulu.

Bila keadaan ini berlaku yang tidak bergaduh pun jadi bergaduh, yang perlu mengalah pun jadi degil tak nak dengar kata.

Maybe bagi sesetengah orang nafkah batin tak penting dan tak perlu difokuskan sebab boleh beralih ke arah lain.

Setakat ini imam masih kuat dan tiada godaan yang datang menjemput, tapi kalau ada godaan begitu bagaimana?

Saya wanita berkerjaya dan saya sentiasa pegang kepercayaan yang suami berikan dan tidak lagi terfikir yang bukan² tapi saya penat kalau isu ini dibiarkan sepi.

Saya bincang dengan suami, saya terus terang bila saya berkeinginan tapi malangnya….. dia tak cuba nak baiki dia rasa tiada jalan untuk baiki masalah batin itu

Saya berharap sangat kita pembaca ada pengalaman berhadapan dengan orang kencing manis dan bagaimana cara dia pulihkan diri supaya isu² batin ni boleh mantain sehingga tua sudilah kongsikan tips tersebut, saya amat menghargainya.

Saya memerlukan pelbagai pandangan untuk saya bantu diri dan bantu suami.

Jumpa kaunselor mungkin alternatif terakhir saya akan fikirkan sebab saya yakin suami saya tak akan jumpa dan saya juga belum bersedia.

Doakan saya supaya dijauhkan dari godaan, dari bisikan syaitan dan dari tipuan duniawi dan mampu memperbaiki hubungan kami yang masih baru tapi sudah suram ini.

Terima kasih..

– Ya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *