Assalamualaikum semua. Sekarang ni tengah heboh mengenai konflik seorang artis dan menantu kepada pengarah popular.
Suami sedang mabuk asmara dengan wanita lain dan ibu mertuanya cukup menyokong menantu dan tidak merestui perkahwinan kedua anaknya (kalau betul kawin)
Isu ini mengingatkan aku tentang kisah bekas kakak iparku 10 tahun lepas. Kakak iparku ini bukanlah belajar tinggi, tapi dia cukup rajin bekerja.
Berkahwin dengan abangku 20 tahun lepas dan direstui oleh kedua belah family. Aku tak rapat dengan abang, disebabkan abang aku ini agak sombong, perangai pun tak semengah. Tapi sejak dia berkahwin, aku rapat dengan kakak ipar.
Kakak ipar bekerja sebagai operator pengeluaran sehinggalah dinaikkan pangkat kepada supervisor. Rezeki mereka melimpah ruah.
Abang aku dari takde pape, boleh ada kereta, motor besar. Sehinggalah lahirnya anak sedara sulung aku, aku cukup happy sgt tgk keluarga dorang walaupun abang aku tak pernah bercakap sepatah denganku.
Kakak ipar cukup rapat dengan ibu, mereka kongsi minat yang sama. Setiap hari raya, pasti mereka berdua mengambil tempahan baju.
Kakak ipar dalam masa yang sama bekerja, dan jugak malamnya menjahit baju tempahan. Cukup rajin dan taat kepada ibuku.
Sehinggalah dia mendapat rezeki berkursus di Canada 3 bulan, hidupnya berubah sekelip mata. Abang main cinta dengan gadis muda.
Tak cukup dengan tu, mengaku bujang kononnya bekerja sebagai Peguam, sedangkan dia hanya kerani biasa sahaja.
Budak perempuan tu dapat tahu nombor ibu, dan mereka berjumpa. Ibu menceritakan kisah sebenar mengenai abangku, dan budak tu pun mengambil keputusan meninggalkan abang.
Sejak dari haritu, abang tidak baik dengan ibu. Dia menyalahkan ibu kononnya ibu bercakap jahat dibelakangnya. Kakak ipar dapat tahu, tapi ibu memujuk supaya bertahan demi anak yang masih kecil.
Selepas lahir anak keempat, abangku mendapat rezeki lebih dan berpindah ke Seremban. Kakak iparku masih bekerja sebagai manager di kilang Kulim.
Sehinggalah perangai abang kantoi lagi, kali ini dia bercinta dengan student universiti. Paling tragik bila kantoi depan anak kecilnya. Ibu terus mengarahkan kakak ipar untuk berhenti kerja dan mengikut abang ke Seremban
Bagi aku, ibu cukup selfish. Dah berapa kali kantoi, tu pun yang kami tahu. Yang kami tak tahu tah berapa banyak perempuan yang dia ada. Tapi ibu tetap suruh kakak ipar bersabar, dan behenti kerja. Aku call kakak ipar dan suruh dia berfikir masak2.
Bagi aku, aku sokong kakak iparku bercerai kerana tidak sanggup melihatnya derita buat kali kedua. Sedangkan selama ni dia yang banyak berkorban demi keluarga.
Rezeki abangku murah pun disebabkan kakak ipar dan anak2. Tapi abang aku masih tidak sedar diri. Dah tua, tapi belagak muda. Perempuan skandal dia tu lebih kurang umur dengan anak sulung.
Kerana aku menyokong kakak ipar bercerai, aku dipulau satu keluarga. Ibu marahkan aku kerana menghasut kakak ipar supaya bercerai.
Sebenarnya aku dah lama tahu abang aku bersedudukan dengan perempuan tersebut. Oleh sebab itu, aku sebagai perempuan aku tidak mahu melihat wanita semulia seperti kakak iparku itu dizalimi sesuka hati.
Kakak iparku akhirnya failkan perceraian. Kali ini dia nekad, dan abangku terpaksa menceraikannya.
Cerita ini tidak tamat lagi, setelah mereka bercerai, kekasih muda abangku itu cuba mengambil hati kedua ibu bapaku.
Mula2 dorang tak layan ofcoz. Tapi lama kelamaan mereka mula menerima dia, sedangkan dulu, merekalah yang paling lantang untuk tidak merestui hubungan abangku dan kekasih mudanya.
Mulalah keluar cerita tak baik tentang kakak iparku. Ibu ku mula lupakan jasa2nya. Mula cakap dulu kakak ipar terlalu sosial dan tak suci waktu kawin dengan abang.
Kakak ipar jugak dihina konon takde ijazah, cuma ada STPM sedangkan kekasih baru abang aku tu ada diploma. Mula cakap tak setaraf bagai.
Ibu lupa sebenarnya anak lelakinya sendiri tu pun bukannya baik. Ijazah pun tkde dok habiskan duit bini. Tapi ibu lupa semua tu kerana sayang dan sokong jugak anak lelakinya.
Begitulah seorang ibu dan mentua, menantu tetap orang luar dan anak lelakinya tetap tak salah walaupun dia mengzalimi anak perempuan orang lain.
Sejak dari itu, aku memang tak ambil tahu tentang abang. Aku masih berbaik dengan kakak ipar sehingga sekarang.
Di tahun 2022 ini, kakak iparku berjaya dengan kareernya, nasib baik lagi dia tidak berhenti kerja seperti yang disarankan oleh ibuku.
Anak2nya juga sudah besar. Yang sulung anak lelaki, sudah bekerja dan hidup mereka bertambah stabil. Tak lama lagi akan menimang cucu.
Abang aku?? Kekasih muda pujaan dia dahulu meninggalkannya terkontang kanting. Sekarang ni mengharapkan ehsan dari ayah untuk meneruskan hidup.
Kifarah is real guys. Aku banyak belajar tentang kifarah bila mengingati kisah kakak iparku. Sesungguhnya dia adalah Iron Lady, cukup kuat walaupun tahu ibu menghinanya, dia masih menghormati ibu sehingga sekarang.
Itulah kisah seorang ibu mentua dan menantu. Dahulu ditatang, disayangi, tetapi apabila ada konflik, cukup mudah melupakan jasa menantu dan menangkan anaknya walaupun dah sah2 anaknya itu bersalah.
Tapi itulah kebanyakkan ibu didunia ini. Lebih2 lagi anak lelaki, memang akan ditatang lebih dari anak perempuan.
Seorang ibu boleh memaksa menantu supaya bersabar menghadapi ujian kerana anak lelakinya sendiri buat pasal. Tak fikir langsung perasaan menantu yang jugak wanita sepertinya.
Bagi aku, kakak ipar sudah menunjukkan dia menang dan abang aku kalah. Aku doakan semoga kakak ipar dan anak2 dimurahkan rezeki dan kebahagiaan tidak terhingga hingga keakhir hayat. Aku sayang kakak iparku!
Buat artis tersebut, fikirlah diri sendiri dahulu sebelum kehendak orang lain, walaupun mentua tu sayangkan awak, tapi belum tentu lagi dia akan menyokong awak sampai bila2.
Mentua tetap mentua, dan kita menantu tetap boleh diganti dengan mudahnya..
Fikirkan mental health awak dulu, dan true to your heart.
Sekian…
– Balqis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit