Orang Tua Yang Membuangku

Hai, nama aku N.F. Aku berumur 30 tahun. Sejak kecil, aku tinggal bersama nenek ku. Ibu bapa ku sudah bercerai.

Ibu ku terpaksa tinggalkan aku bersama nenek, sebab dia mahu bekerja, cuma apabila aku sudah mula memasuki alam persekolahan, barulah ibu pulang dan tinggal bersama kami.

Aku tidak pernah bertemu dengan ayah ku, secara jujurnya aku sangat cemburu apabila melihat kawan-kawan bermesra dengan ayah mereka. Aku jadi iri, bahkan aku pernah menangis kerana terlalu inginkan rasa kasih sayang dari seorang ayah.

Sewaktu kecil, aku sering bertanya kepada ibu dan nenek ku di mana ayah aku berada. Tetapi, setiap kali aku bertanya akan hal itu, aku akan di marahi oleh mereka.

Mereka seolah-olah tidak mahu aku bertanya tentang ayah aku. Nenek ku selalu bilang dengan nada yang marah, “Untuk apa mencari orang yang lari meninggalkan isteri dan anaknya? Sehingga ibuku harus mengambil fasakh untuk bercerai.”

Sejak dari itu, aku tidak lagi berani untuk bertanya. Sedikit demi sedikit, aku mulai membenci ayah ku, aku benci dia kerana meninggalkan aku dan tidak pernah bahkan sekali pun datang menjenguk ku.

Sehinggalah tahun ini, aku bertunang dengan jejaka pilihan hati, tunangku memahami situasi ku, dan dia mahu kami bersama-sama mencari ayah untuk menjadi wali di pernikahanku yang akan berlangsung beberapa bulan lagi.

Aku tidak mempunyai gambar ataupun maklumat tentang ayah, yang aku tahu ayah aku orang sarawak dan tinggal di Melaka.

Jadi, aku berinisiatif untuk mendapatkan alamat terakhir ayah di JPN. Aku berjaya mendapatkan maklumat ayah dan pegawai itu berkata ayah ku masih hidup.

Aku cuba membuat postingan yang bertulis aku sedang mencari ayah di group Melaka di facebook.

Alhamdulillah ada 2 orang hamba Allah memberikan maklumat tentang ayah aku, aku cuba menghubungi nombor telefon yang di berikan oleh hamba Allah tersebut,

Dia bilang itu nombor telefon ayah aku, tapi apabila aku menghubungi nombor itu, lelaki yang aku hubungi itu memberitahu ku, dia bukan orang yang aku cari.

Jadi akupun berfikir, mungkin dia sudah tukar nombor lain kut.

Tidak lama setelah itu, aku di hubungi oleh seorang wanita. Dia membaca postingan ku di facebook, dan memberitahu ku dia kenalan ayah ku, aku merasa gembira kerana akhirnya aku dapat bertemu dengan ayah.

Dia memberitahu ku, ayah sudah berkahwin lain, dan mempunyai lima orang anak. Dan kehidupan mereka bahagia dan senang. Semuanya sudah besar.

Wanita itu bertanya tujuanku mencari ayah, aku memberitahu, selain untuk meminta ayah menjadi wali, aku sangat ingin bertemu dengannya, aku ingin merasa kasih seorang ayah.

Namun perkataan wanita tu selanjutnya, menghancurkan hati aku sehancur-hancurnya. Wanita itu bilang ibu ku banyak membuat ayah aku menderita, menghancurkan hidup ayah,

Dia juga bilang ayah ingin bertemuku, tapi di halang oleh keluarga ku, sehingga ayah lari membawa diri ke Melaka, dan yang paling membuat ku remuk, dia mengatakan yang ayah tidak boleh menjadi wali ku, kerana aku anak tidak sah taraf.

Dan dia juga hairan kenapa aku boleh berbinti kan nama ayah sedangkan aku lahir selang sebulan ayah dan ibu bernikah.

Aku menangis semahu-mahunya. Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa kecewanya aku. Aku menelefon tunangku untuk menceritakan apa yang telah terjadi.

Tunang ku meminta aku bersabar dan menerima takdir yang telah tertulis. Dia juga memujuk ku, dengan mengatakan ini bukan salah ku dan tetap ingin menikahi ku.

Aku bersyukur, di pertemukan dengan lelaki yang baik yang menerima aku apa adanya. Tunang ku bilang, kita jangan dengar cerita sepihak, dan dia mengajakku untuk bertemu Pak Ngah ku, untuk mengetahui apa yang sebenarnya terjadi.

Hujung minggu lalu, kami bertemu Pak Ngah, pak ngah menceritakan semuanya. Dia bilang aku ini memang anak sah taraf. Kalau aku anak tidak sah taraf, bagaimana boleh aku berbintikan ayah, seharusnya aku berbintikan Abdullah. Betul tak?

Pak Ngah mengatakan, setelah aku lahir, ayah terus meninggalkan kami. Mereka pernah mencari ayah, tapi ayah akan melarikan diri setiap kali keluarga ibu mencari nya. Pak ngah memberi banyak nasihat kepada kami, dan aku sedikit lega setelah memgetahui status ku sebenar.

Masih ingat nombor yang aku hubungi tetapi dia bilang dia bukan ayah ku? Dia menghubungi aku lagi, dia bilang dia tidak mahu menjadi wali ku dan meminta untuk aku tidak menganggunya kerana dia sudah bahagia dengan family baru.

Oh jadi betullah itu ayah? Ternyata dia tidak mahu menerima ku sebagai anaknya. Dan wanita itu, aku syak isteri baru ayah.

Aku terpikir, mungkin mereka mengadakan cerita kerana tidak mahu aku berhubung dengan ayah, dan ayah telah lama membuang ku dalam hidupnya.

Sampai sebegitu bencinya aku di mata ayah. Tak salah lah kan, aku pernah membenci ayah dulu?

Tak mengapa, orang tak sudi. Aku terima. Dan aku bersyukur ada orang yang masih menyanyangi aku. Doa kan kami, agar urusan pernikahanku di permudah kan ya?

– N.F (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *