Aku yang single, kau yang panas #ehh

Tahun depan cukup usia aku suku abad dan masih single, atau dalam erti kata lain masih forever alone. Hahahaa. Tapi aku hidup gembira. Tak pernah pulak aku mengadu pada sesiapa bahawa aku rasa sunyi sepi, batak nak kahwin muda ikut trend etc. Dengan usia macam ni, di kepala aku hanya terfikir nak berbakti pada umi ayah dan keluarga. Tiap kali berdoa, aku mesti selitkan sekali supaya Allah panjangkan usia umi dan ayah aku supaya aku mampu memberi kesenangan dengan hasil titik peluh aku sepanjang mereka masih hidup. Even kami bukanlah dari keluarga yang susah, tapi aku cuba sebaik mungkin. Ayah aku kerja pegawai kerajaan, bergaji besar. Begitu jugak dengan umi aku. Tapi aku nak mereka rasa hasil usaha aku sendiri. Cuma buat masa ni aku masih tak mampu sebab tengah sambung master di IPTA. Tapi alhamdulillah, aku berjaya mendapat biasiswa untuk tampung yuran dan belanja bulanan tanpa meminta pada umi dan ayah. Sempat aku hulur pada umi untuk belanja rumah walaupun tak seberapa. Okay habis mukadimah perkenalan mengenai aku.

Aku seorang yang happy go lucky. Kawan-kawan susah nak tengok aku sedih atau stress. Pergi mana-mana, mesti akan tegur orang. Tak kisahlah kau junior atau senior fakulti, lecturer, assistant, semua aku tegur dan senyum mana yang kenal. Aku susah nak bersedih. Kecuali stress pasal exam, itu memang obvious nampak kat muka dan perangai pun lain macam. Tapi lately ni aku stress dan depress dengan kata-kata sahabat aku sorang ni. Sahabat baik aku. Aku namakan dia A. Kami ibarat belangkas. Pergi mana-mana kalau orang tengok aku berjalan sorang, mesti akan tanya “mana A?”. Begitu jugak sebaliknya.

A selalu cakap yang aku takkan kahwin atau lambat kahwin. Paling awal pun umur 40. Sebabnya aku terlalu fikirkan masa depan. Aku tak berapa ambik pusing bab-bab couple ni. Ya, aku tak pernah ber-couple. Pernah hampir menjurus ke arah itu, tapi alhamdulillah Allah masih jaga hati aku. Aku bagitau dia yang aku taknak menjadi fitnah dan buah mulut orang bila nampak kami terlalu rapat. Sudahnya lelaki tu jumpa perempuan lain dah aku masih aku yang dulu. Dan mengenai A, ya dia dah berpunya. Dan lelaki pilihan dia sekarang bukan yang pertama dalam hidup dia.

Aku masih berpegang teguh kata-kata bahawa couple itu haram. Takde istilah couple islamik dalam kamus aku. Kalau kau ajet-ajet nak couple islamik kejut subuh, remind solat dan puasa, ber-on-the-phone tiap malam, tu couple taik kucing! Even adik aku sendiri pun aku marah dan perli bila dia bersungguh dengan awek dia. Spender pun mak tanggung lagi, ada hati nak menggatal. Belajar agama, ajet-ajet pakai jubah ikut sunnah (ikut sunnah tak salah, tapi kau merosakkan sunnah tu dengan perangai kau) tapi hati kau masih duk ingat maksiat. Masih berzina hati. Kaw-kaw aku perli dia masa raya hari tu. Lagi-lagi kat tv3 hari tu duk tayang cerita 7 petala cinta.Lagi seronok aku bertazkirah. Acah-acah couple islamik konon. Puihh. Terdiam adik aku masa aku berceramah pasal ni.

Okay berbalik kepada sahabat aku tadi, si A. Tiap kali topik pakwe-makwe keluar dalam kalangan sahabat aku, mesti dia akan mention aku sekali. Antara kata-kata dia kat aku ialah ;

“Awan, kau dah dekat 25 ni, takde pakwe, mesti kahwin lambat nanti”

“Cari la pakwe sorang. Nanti kau andartu, umur 40 baru nak kahwin. Orang lain dah ada anak cucu apa semua”

“Entah-entah kau tak kahwin nanti weh. Umur 50 pun takde sape nak sebab memilih sangat”

“Cari la sorang. Kahwin. Nanti umur kau dah 40, susah nak beranak”

Betul kata-kata kau tu. Tapi Ya Allah. Sedihnya hidup kau sebab selalu risau aku kahwin ke tak. Aku yang single ni, takde pulak nak sentap-sentap takde siapa dalam hidup lagi. Tapi aku sentap dengan kata-kata kau A. Aku bersabar selama kita kawan, sebab aku anggap kau kawan baik. Kawan aku bercerita, buat lawak bodoh dan kawan dunia akhirat. Aku tahan tiap kali kau cakap pasal jodoh depan aku. Tak pernah keluar dari mulut aku pun kata-kata mengguris hati kau pasal jodoh ni. Lagi-lagi bila kau dah serius dengan lelaki. Tak pernah pulak aku cakap, “eh couple kan haram dalam islam. walaupun hanya bermesej, berwhatsapp sekali pun. kau rasa Allah redha tak perhubungan kau tu yang jelas-jelas haram di sisi agama?” Tak pernah terkeluar pun kata-kata ni dari mulut aku. Tak pernah.

Tapi kau, sewenangnya mempertikai takdir Allah buat aku. Allah masih jaga hati aku. Aku gembira dengan cara aku. Dan aku yakin dengan takdir Allah. Tapi kau, hampir setiap hari mempertikaikan takdir aku. Takdir yang jelas terbaik buat masa ni. Aku tak sempurna. Tak sempurna dari segi akhlak, solat, bacaan al-quran dan ibadah-ibadah lain. Allah Maha Tahu. Kalau dia bagi aku terjebak dalam kancah acah-acah couple islamik ni, mungkin aku lagi jauh tersasar. Kalau sebelum ni aku solat lewat waktu, mungkin bila terlalu asyik dengan pakwe, aku langsung tak solat. Kalau sebelum ni aku bertudung bidang 50, mungkin bila terlalu asyik dengan pakwe, langsung tiada tudung kat kepala.

Allah masih lagi jaga hati aku. Buat kau A, sudah-sudahlah mengherdik orang yang tak berpunya lagi. Bukan kau yang mencorakkan rentak hidup aku 20 tahun akan datang. Dan buat manusia diluar sana yang berperangai dan lagaknya seperti A, kau belum tahu kesudahan dan pengakhiran cerita kau. Ber-couple, belum tentu berkahwin. Berkahwin, belum tentu bahagia. Mungkin dengan ketidakbahagiaan kau tu, Allah nak tebus balik dosa dan maksiat kau buat sebelum halalnya perhubungan kau itu.

Aku juga manusia biasa, aku bukan Tuhan, aku tidak maksum. Hanya sebagai peringatan.

– Awan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit