Antara Pramugari atau Cikgu

Salam semua. Saya ada satu kemusykilan yang sangat penting dalam hidup saya. Saya tak tahu nak pilih untuk further bidang mana yang lebih sesuai dengan saya.

Ceritanya begini ayah saya mahu saya untuk sambung DPLI dan seterusnya bekerja sebagai guru.

Ini kerana ibu dan ayah saya adalah seorang guru juga jadi ayah saya beritahu bahawa kerja guru ini banyak kelebihan.

Saya pula tidak suka untuk bekerja sebagai guru kerana saya tidak suka bercakap dan saya sebolehnya nak elak bila diberi mikrofon.

Saya seorang introvert dan saya sangat susah untuk memaksa diri suka kepada perkara yang saya tak suka iaitu bercakap di khalayak ramai.

Oleh itu, saya berminat untuk menghadiri interview menjadi pramugari dan sekarang dalam usaha untuk turun kan sedikit lagi berat badan saya.

Saya adalah seorang yang memakai tudung sejak kecil tapi disebabkan minat ini saya rela untuk buka tudung kerana saya tahu saya tak mampu untuk jadi cikgu.

Selain itu, apa yang saya tahu ialah saya susah untuk kekal lama di satu organisasi. Bila di fikir balik, saya tak pernah kerja lama dia mana-mana syarikat.

Saya sering bertukar tempat kerja kerana susah untuk menyesuaikan diri dia sesuatu tempat kerja dan saya juga mudah bosan.

Tetapi saya tidak ada masalah dalam melakukan pekerjaan itu. Selain itu, saya takda komitmen apa- apa kerana kereta pun ayah saya yang beri. Jadi saya boleh berhenti bila-bila saja.

Nak jadi cikgu ni kena bertahan sekarang-kurangnya 10 tahun dalam perkhidamatan barulah boleh dapat pencen bulanan. Tetapi Saya risau jika saya tak mampu bertahan walau 2 tahun dalam bidang ini.

Saya ada masalah anxiety dan saya ada sedikit paranoid apa orang akan cakap fikir atau gelakkan saya bila saya ditugaskan berucap di hadapan perhimpunan.

Sejak dari university, saya memang tak suka presentation dan kadang-kadang saya tak hadir untuk presentation kerana saya terlalu takut dan paranoid.

Saya juga kurang keyakinan diri yang melampau dan saya tak pandai bercakap langsung tambah- tambah jika ada banyak lelaki di hadapan.

Lagi lah saya jadi blur dan takut untuk bercakap kerana saya rasa saya sangat bodoh dan bila saya cakap orang akan kutuk saya di belakang.

Saya seorang yang ada rupa. Saya kurang keyakinan bukan kerana saya hodoh tetapi mungkin disebabkan childhood trauma yang menjadikan saya seorang introvert melampau.

Saya adalah dari broken family walaupun semua adik- beradik saya berjaya, ibu bapa kami sering bergaduh sejak kecil. Jadi saya membesar menjadi seorang yang pendiam tapi garang.

Saya juga tak pernah ada teman lelaki kerana saya kurang keyakinan diri dan selalu jumpa lelaki yang tak sesuai dengan saya.

Kenapa saya berminat nak jadi pramugari ialah sy boleh berhenti bila-bila dan boleh masuk semula bila-bila asalkan pergi Interview semula.

Namun, minat saya ini kurang mendapat sokongan dari ayah dan abang saya kerana mereka seorang yang agak alim.

Tetapi saya yakin takda paksaan dalam Islam dan dalam hidup ini, saya sendiri yang akan melaluinya setiap hari, bukan orang lain.

Saya rasa peritnya bila tak ada duit sendiri dan kadang-kadang bila saya bekerja di rumah, gaji yang diterima tidak setimpal dengan kerja

Yang di buat walaupun tidak perlu untuk menbuka tudung. Walaupun ayah saya beri Saya satu kereta, saya rsa macam perlu untuk beli jugak satu kereta atas usaha saya sendiri.

Bila saya balik kampung, saya tengok adik beradik, sepupu sepapat semuanya berjaya ada kereta besar-besar, anak-anak tapi saya masih lagi tak ada apa-apa. Saya rasa macam loser sangat tapi saya terima ja semua ni.

Sekarang ni, saya tiap-tiap hari berfikir perlu kah saya ikut cadangan abang, ayah dan orang lain yang menyuruh saya untuk sambung DPLI? Saya cuma takut nanti saya tak boleh paksa untuk minat dan saya berhenti.

Tetapi saya juga risau kalau saya akan hilang terus panduan hidup kalau saya jadi pramugari kerana susah untuk solat dan perlu lebih sosial bak kata adik saya.

Betul ke begitu? Saya rasa saya takkan lupa yang saya ni Islam dan akan sentiasa solat walau apa pun pekerjaan kita. Asalkan saya Ada usaha untuk bekerja dari pada tak bekerja langsung.

Tolong bantu saya, terima kasih.

– Penguin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *