Awak, saya ikhlas nak kawan dgn awak. Maaflah kalau saya tak cantik macam kawan saya. Saya tak putih macam dia. Muka saya kusam, banyak jerawat. Mungkin awak tertarik dengan kawan saya. Awak tanya pada saya bahawa kawan saya ada bestfriend atau tidak. Soalan itu sungguh melukakan hati kecil ini.
Entahlah, saya hanya tak mahu kehilangan seorang yg merupakan semangat saya belajar. Masih segar di ingatan saya ketika saya masih form 4. Keputusan peperiksaan tidak menyebelahi saya. Saya lemah dalam pelajaran. Dengan izin Allah, sungguh perancangan Allah itu sangat indah. Dia mempertemukan saya dan awak. Pada saat itu, saya bukanlah seorang yang suka belajar. Selalu bermain, bermedia sosial sepanjang masa. Berbeza dengan awak yang rajin belajar. Awak bukan jenis yang membuang masa, jauh sekali bermedia sosial. Ketika itu saya amat lemah dalam pelajaran. Dalam kelas sains tulen pula itu.
Apabila saya mellihat keputusan peperiksaan awak begitu menyerlah, saya tanam azam untuk cuba beat awak dalam exam. Alhamdulillah, saya berubah menjadi seorang yg suka study (budak nerd/belajar). Awak merupakan titik tolak perubahan saya. Awak jualah pembakar semangat saya. Sehubungan dengan itu, saya semakin minat untuk belajar dan terus belajar.
Waktu itu saya perasan, result awak makin jatuh. Hal itu merisaukan saya. Saya masih ingat lagi awak mengadu mengenainya. Saya mula memberi semangat kepada awak. Dengan perlahan result awak semakin baik. Walaupun kita terlalu jarang berjumpa, pertemuan pada hari ini cukup menggembirakan saya. Ketika saya mendekati awak pada waktu itu, awak menyambut saya dengan gembira. Waktu itu, kebetulan kawan saya pun ada sekali.
Awalnya awak dan kawan saya agak janggal. Kawan saya pula sangat periang dan peramah. Sangat kontra dengan personaliti saya yang pendiam dan tak banyak bercakap serta tidak pandai bergaul. Saya menyedarinya, awak mula mesra dengan kawan saya. Terlintas di hati saya rasa menyesal bawa kawan saya. Awak mengatakan kawan saya comel, periang. Hati kecil saya bersangka sangka yg awak seakan-akan mahu jadi rapat dengan kawan saya.
Awak, bukankah kita dah lama sangat tak jumpa. Saban hari rindu kepada awak tak pernah hilang. Awak, dapat berjumpa merupakan satu kepuasan saya, sekurangnya rindu di hati terubat. Awak, ingat tak, kita jarang jumpa, hanya berhubung melalui telefon, awak pernah menyatakan yg saya satunya adalah sahabat baik awak. Begitu juga dengan saya menyatakan perkara yg sama.
Awak ingat tak, melalui telefon, awak kerap mengatakan mahu sekali berjumpa dengan saya, saya hanya terdiam dan saya hanya mengatakan bahawa saya segan. Awak kata nak jumpa tahun depan. Katanya mahu keluar sama-sama. Saya hanya akur dan bersetuju. Dalam hati saya meronta-ronta mahu sekali berjumpa awak.
Tapi sekali lagi, saya tiada keyakinan diri saya kerana rupa fizikal. Tapi pada hari ini langit tak selalunya cerah, seakan-akan apa yg awak katakan dulu hanyalah tinggal perkataan sahaja. Dari riak muka memang nampak awak agak mesra dengan saya. Tapi dalam hati siapa yang tahu. Hati kecil saya bersangka-sangka, mungkin rupa fizikal saya agak buruk jika dibandingkan dengan kawan saya. Mungkin awak tak selesa bercakap dengan saya.
Ketika berjumpa pada saat itu, Awak bertanyakan tentang hal kawan saya. Saya selaku seorang sahabat yg rapat dgn awak, rasa cemburu. Entahlah saya mahu jadi sahabat awak yang terbaik. Saya hanya takut kawan saya merampas kedudukan(sahabat rapat awak) saya ini.
Saya balik rumah dalam kesedihan. Macam biasa, ibu cuba menceriakan saya yang sedih tapi tidak saya endahkan. Saya masuk bilik dan mata saya mula berkaca. Air mata saya turun laju ke lantai ditemani suara tangisan. Awak, saya berada di depan mata awak. Adakah awak nampak saya.
Awak, berkawan dengan sesiapa itu adalah hak awak. Bagi saya, awaklah sahabat dunia akhirat saya. Saya sangat sayang awak kerana Allah. Saya mula terima semua ini dengan hati yang terbuka. Saya hanya mampu berdoa agar persahabatan kita kekal. Inilah kisah persahabatan saya. (persahabatan perempuan adalah rumit)
– alice
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit