Assalamualaikum
Terima kasih admin sanggup post karangan aku ini kat laman ini
Kat sini, aku nak bercakap sikit tentang beberapa manusia yang korang jumpa atau akan jumpa bila di universiti atau kolej. Mereka ini sangat tipikal sebab semuanya umur lebih kurang, jadi perangai pun lebih kurang sama je semua. Aku bercakap ini berdasarkan pengalaman sendiri setelah belajar di beberapa universiti & kolej, merantau di setiap universiti menetap lama di situ, sambung belajar di luar negara dan sebagainya.
1. Gamers
Mereka ni golongan yang paling banyak korang jumpa. Tak kisah lah game apa diorang ni main samada DOTA, CS GO etc. Golongan ni banyak di universiti sebab waktu zaman inilah diorang ni bebas dari kongkongan ibu bapa, zaman mula ada laptop sendiri, duit pun sendiri yang jaga. Boleh kata tiap malam mereka ni main game tu. Siap ada buat tournament lagi kat university walaupun bukan official. Ada juga yang sampai bertaruh siapa menang.
2. Berpersatuan
Golongan ini selalu bersama persatuan diorang samada buat kerja atau dengan usrah. Kadang2 golongan ni korang susah nak jumpa sebab diorang selalunya sibuk dengan kerja persatuan/jemaah diorang. Ada kawan aku keluar pagi pergi kelas, petang sibuk persatuan, malam dengan usrah dia. Sampai nak bersembang pun susah.
3. Kaki buku
Nama pun tempat menuntut ilmu, memang ada la manusia ini. Duduk dengan buku/lecture note tiap masa. Lepas kelas, terus pergi ulangkaji, malam buat homework. Weekend pun masih study lagi. Kadang2 ada yang pergi cafe pun bawa buku.
4. Merayap
Aku gabungkan shoppers, kaki wayang etc dalam ni. Mereka ni selalu keluar berjalan tak kira masa. Tak boleh nak duduk bilik 30minit je dah confirm hilang. Tanya2 pergi mana, dia jawab “jalan-jalan”, “shopping mall”, “tengok wayang”, “window shopping”. Sampaikan semua tempat kat kawasan tu dia dah tau dah.
Bukan la aku sengaja nak melabelkan manusia2 ni. Nama pun IIUM Confession, mestilah aku nak confess something.
Aku sebenarnya tergolong kepada orang kedua tu. Ye, aku selalu berpersatuan. Semua kolej & universiti yang aku belajar, semuanya aku ada pegang jawatan dalam sesebuah persatuan. Sampaikan ada satu masa tu aku pegang 3 jawatan besar serentak. Anak buah bawah aku pun ada pegang jawatan banyak. Jadi, ada sampai satu masa tu aku confuse dia cakap pasal kerja yang mana. Ada juga masa kerja tak dapat jalan sebab kitorang semua sibuk dengan kerja lain.
Aku tulis kat sini bukanlah nak riak, bukan pula nak promote diri sendiri. Tujuan aku tulis sini & aku label manusia2 kat atas tu sebab aku penat. Penat pegang jawatan banyak2 ni. Penat buat kerja banyak semua persatuan.
Mesti korang fikir kalau penat, kenapa tak letak je jawatan minta orang lain ganti? Sebab tak ada orang lain yang dapat ganti. Mana orang lain? Semuanya tergolong kat golongan lain. Mereka2 yang suka berpersatuan ini sikit saja tak ramai. Nak pass kerja kat orang lain, silap2 dia pun dah bertimbun kerja dia.
Bila aku ajak orang lain tolong, semuanya sibuk dengan ‘hal’ masing-masing. Siang malam main DOTA. Siang malam berkepit dengan buku. Siang malam entah ke mana jalan. Waktu aku nak ajak diorang mesti kata sibuk la, ada hal la, ada meeting. Tengok-tengok duduk menghadap game je. Main game tu bukan bawa banyak manfaat pun. Kalau ada pun sikit je manfaat dia.
Aku faham orang tak nak pegang jawatan itu sebab tanggungjawab tu besar. Habis tu, tak ke beban aku pegang semua jawatan besar-besar ni. Sanggup lari dari semuanya sebab tak nak ada tanggungjawab apa-apa. Nanti korang kahwin ada juga pegang tanggungjawab. Nanti korang dah berkerjaya ada juga pegang tanggungjawab. Masa ni la korang nak asah kepimpinan korang.
Rata-rata aku tengok, pelajar luar negara pun dua kali lima je. Main game pun makin teruk. Mentang-mentang Internet kat luar negara sana lagi laju dari Malaysia. Dapat pula duduk di negara yang banyak keluarkan game, makin lama la melekat dengan game tu.
Kalau aku nak lepaskan jawatan tu, nanti akan dibiarkan kosong macam tu je. Aku ni bukanlah orang yang baik sangat tapi aku mengutamakan komuniti. Kalau takde orang amik amanah tu, aku kesian takde benda boleh berjalan sebab semua lari. Terpaksa la aku yang amik. Bukan nak kata aku sorang je layak, tapi aku sorang je sanggup pikul beban.
Aku pun masih lagi bergelar pelajar. Aku pun sibuk nak study. Aku pun ada impian nak berjaya dapat sijil ijazah, masters, PhD etc. Tapi aku tengok korang yang berkepit dengan buku ni result atas sikit je dari aku, beza berapa je pointer dengan aku. Kalau la universiti dan kolej ni tempat belajar akademik saja, baik tak payah adakan persatuan atau program-program semua tu. Maksudnya universiti ini nak kita kembangkan potensi kita di luar bidang akademik saja.
Walaupun aku join usrah, aku pun terasa stress. Stress nak bawa semua benda. Stress nak imbangkan kerja dan belajar. Belum masuk lagi masalah keluarga, taknak sembang hal tu sebab kat sini pun dah banyak dengar masalah keluarga ni. Ada masa waktu exam aku jatuh sebab malam tu sempat ulangkaji sikit je. Homework pun kadang-kadang buat last minute, ikut dan je sempat buat tu.
Nasihat aku, sekali sekala join la sekurang-kurangnya satu. Jangan takut sangat untuk pegang jawatan atau ambil tanggungjawab. Tanggungjawab ni buatkan kau jadi lebih bertanggungjawab dan lebih professional. Tak ada la waktu mula berkerja nanti terkial-kial nak buat apa.
Aku percaya yang manfaat semua ini akan berbalik pada diri kau sendiri. Tu la antara sebab aku bertahan dengan apa yang ada sekarang.
Assalamualaikum