hijab

Asalamualaikum. First nak cakap thnks sbb aprrove kan confess ni. Cerita ni mungkin ada kena mengena dngn sesetengah hamba Allah yg baru hendak berhijab

Aku anak kepada ibu yang convert masok islam. So boleh dikatakan aku kurang sikit la didikan tntang perkara agama islam ni. Sebelum ni aku bukanla jenis yang gunakan hijab,,just untuk turun sekolah.Sejak awal tahun 2016 ni aku dh bertekad nak gunakan hijab selengkapnya seperti muslimah yang lain .

Nak di jadikan cerita. Ayah aku ada seorang adik lelaki. Satu satunya pakcik sblah ayah. Time first aku kluar gunakan hijab,, aku diejek oleh famili dia. Sebab? Ntah. maybe sbb dlm famili dia takda yg guna hijab. Time kena ejek tu . Rasa mcm dh taknak guna lagi. Tapi malam tu. Aku dapat mimpi. Aku terjumpa dngn sorang wanita tua. Dia cakap. Klu nak guna hijab. Kau kena tabah. Kau akan jumpa bnyak halangan. Dan salah satu halangan tu dtang daripada bisikan syaitan. Kalau kau dh mulakan sesuatu. Jngn buat setengah jalan. Then aku terbagun time tu. Time malam tu jugak aku rasa aku tak perlu dngar apa kata org yg hasut². Sbb kta sendiri yg tanggong dosa diakhirat nanti.

Selepas beberapa bulan dh gunakan hijab. Alhamdulillah aku mula selesa. Takda rasa hangat mcm sblum ni. Org lain pun mula respect aku. But halangan datang lagi. Haha. Dari org yang sama.

Cerita dia mcmni. Time tu aku nak klua dngn cousin aku. So pakcik aku minta tolong aku belikan barang dia. Sbb dia busy takdapat klua. Okeyla aku tolong. Then time tu,, aku nak bersiapla nak pakai hijab. Then pakcik aku boleh pulak cakap,, takyah la guna hijab guna je helmet. Takdak nya nampak. First tu aku diamkan jela. Taknak gadoh la katakan. Aku terus jugak cari tudong aku. Sbb sblum tu aku letak tudong aku kat atas sofa. skali lagi pakcik aku cakap.ala payah betola nak suroh kau ni beli barang. takpayah pun guna tudong tu. bukannya ada org tengok kau. time tu aku rasa mcm ya Allah knapa la aku ada pakcik mcmni. dia tak sedar ke yang anak² buah or anak dia guna tudong sbb nak tolong ringan kan beban dia kat akhirat nanti? Rupa² tudong aku digunakan oleh anak pakcikku. Sbb kebetulan tudong kami sama.

Time tu aku terfikir. Org² yang macam pakcik aku ni tak pernah terfikir ke apa yg dihasai oleh org yg baru nak guna hijab. Maybe sbb dia lelaki. Dia takpernah lalui saat perempuan meninggkat dewasa.???

So moral of story. Kepada ayah² ibu² pakcik² makcik² kat luar sana. Kalau kauorang ada anak yg baru hendak berhijab. Tolonglah,, jngn patahkan harapan mereka. Bagus apa mereka mula berjinak jinak nak gunakan tudong. Kau org rasa senang ke nak memulakan sesuatu yang baru dlm hidup lagi bnda baru tu bersangkut paut dngn prkara yang berat. Berilah mereka sokongan supaya mereka lebih selesa

-casper