Kadang-kadang aku jealous dengan student-student yang dapat pergi backpacking zaman belajar ni dengan kawan-kawan. Pergi London, Jepun, Korea, Vietnam. Pergi mana-mana lah asalkan backpacking. Kawan-kawan aku ramainya budak-budak JPA and biasiswa-biasiswa korporat yang lain. Aku budak ambil PTPTN je campur mak ayah support. Nak kerja part time zaman belajar ni, mak bapak aku tak bagi sebab mak bapak aku tak nak aku celaru antara kerja dengan belajar. So, aku cuma simpan lah duit sikit sikit nak pergi travel. Tu pun tak banyak lah. Kalau nak pergi Seoul ke Turkey ke memang alamatnya lima enam tahun lagi lah kot. Tapi haritu aku ada sorang kawan. Dia punya bangga gila nak gi backpacking ke luar negara. Aku pun terkejut sebab aku tahu yang dia ni ada masalah duit juga. Tetiba nak gi backpacking. Dah dia nak gi backpacking, aku pun say bubye jelah. Lepas dia balik backpacking, baru lah aku tahu dia dah terkantoi gelapkan duit persatuan sebanyak RM400 lebih. And siasat punya siasat lagi, dia ni pernah nak pinjam duit dengan kawan aku budak perempuan sebelum and selepas balik dari backpacking. Aku takde nak pesan apa, cuma nak pesan. Zaman university ni memang seronok nak pergi buat aktiviti dengan kawan kawan. Nak pergi sana sini, nak pergi situ. Nak upload kat instagram kat fb nak tunjuk yang kita pun cool juga sebab mampu pergi backpacking dengan bawa beg besar besar tapi kita patutnya jangan lupa yang status kita sebagai pelajar. Memang tak salah pun nak travel , nak backpacking tapi jangan terikut ikut dengan cara orang sampai takde duit, makan duit persatuan , pinjam duit kawan . Tu belum part minta duit mak bapak yang tak berapa nak senang kat kampung. Berpijaklah pada bumi yang nyata. Mungkin belum masanya untuk kita merasa semua benda tu.
– -Mad