Cara Nak Tangani Tawar Hati

Aku terbaca luahan hati Senah (https://iiumc.com/fikir-perasaan-sendiri-tapi-tak-fikir-perasaan-orang-lain/) yang anak 5, dah kahwin 12 tahun yang menjawab luahan hati confessor lelaki yang tawar hati.

Bila baca luahan-luahan tu aku rasa macam komplikated tapi aku buat rumusan. Komunikasi dan pemahaman.

Pelik kan? Waktu kita berkapel dulu, syok2 bercakap fon tengah bercerita, minta izin siap kalau nak pergi tandas untuk kencing. Tapi bila dah kahwin, nampak suami melangkah ke toilet pun dah rasa benci.

Yela sekali dia masuk alam sana, 1 jam masih tak keluar lagi dengan kita huyung hayang settlekan makanan anak2, kemas rumah, mandikan anak2,dan siapkan lipat baju. Dia pula sedap2 je keluar dah settle lap2 punggung.

Waduhhh…

Tapi 7 tahun mengajar aku. Aku pun manusia dan aku boleh jadi manusia seperti dia. Nah abang. Sayang book slot zumba 2 kali minggu ni.

Abang nak keluar lepak or main bola sila cari masa lain. Nah abang. Saya book OT 2 malam minggu ni. Dahulukan slot saya sebab saya cari duit, abang perhabis duit.

Minta izin seminggu sekali ke spa.

Minta duit nak beli lauk dengan balasan kita akan masak dan tak perlu membazir beli di luar.

Tak payah susahkan diri hari2 kemas rumah, lipat baju. Biar sampai rumah berbau hanyir dan bersemut. Dia merungut. Itu kerja kita sama2, jadi jom kita buat sama2.

Waktu memasak, anak merengek dan bergaduh, suami buat dek. Dah la tak nak menolong di dapur dengan alasan tak pandai masak, okay fine. Gunakan kuasa suara menempah pintu neraka.

Weh abahmu! Nak jadi biawak ke tak nak tengokkan anak2 tu? Tolong lah mandikan anak2, solat dengan mereka. Baik tak payah membaja kalau tak reti nak jaga anak!!

Buat muka stress sambil pegang pisau panjang dekat dengan tangan kita. Buat bunyi kuat sikit waktu potong ayam tu.

Percayalah. Ianya menjadi.

Nanti bertaubatlah dan minta maaf lah balik bila dia seperti berubah sedikit.

Dulu2 masa awal2 buat, umpama lempar air ke cermin. Tak jadi apa. Tapi konsisten buat lah seminggu sekali

Lelaki ni ada yang dilahirkan untuk sentiasa memegang rahim ibu. Nak berpaut pada tali pusat ibu 24 jam.

Manja dan sentiasa nak jadi single tapi suka nak membaja sebab dia ada nature nak menyusahkan hidup perempuan comel dijaga ibubapa lain.

Jadi bukan mudah nak bentuk lelaki macam ni. Kita tak nampak nature dia masa kapel tau. Pandai mereka berlakon. Baru hidup seminggu,

Spender dia pun kita kena sental. Mana part cakap nak jaga anak dara orang tu kan?

Jadi bersabar lah dan jadi kreatif dalam membentuk lelaki/aka anak jantan orang ni. Sekarang bukan zaman Nabi dimana lelaki membentuk wanita menjadi ahli syurga dan membina keluarga bahagia.

Sekarang dunia mencabar di mana fitnah merata-rata. Sol buat hal habis semua orang nak ikut.

Kata2 ulama orang tak pandang dah. Mana ada dah tv orang2 muda ni pasang al hijrah pagi2. Zaman abah aku je buat camtu.

So aku cuba terapkan benda tu pagi2 pasang ceramah agama manalah tahu ada perkataan menusuk kalbu laki aku untuk membimbing aku balik setelah aku cuba straightkan dia.

Alhamdulillah.. Kerja rumah kami buat bila kami nak sahaja. Aku dah mula sikap berkira-kira.

Ha minggu ni aku dah tolong buang sampah, minggu depan ko lah pulak. Sidai baju n angkat baju bukan tugas aku dah sebab aku hanya lipat baju.

Satu je belum dapat dibaiki lagi. Jamban yang tempat dia suka membuang tu masih aku lagi kena sental. 7 tahun dah ni.

Ha tunggu lah aku tunggu nampak kotor sikit lagi aku nak buat panggilan pintu derhaka balik dah. Pesan slow2 dah sebulan sekali tapi tak nak dengar.

Memang tunggu masa ye?

– Penyokong Senah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *