Kesakitan Yang Terpaksa Ditelan dan Didiamkan

I’m single, never married. Dari keluarga yang “have have” but broken dan dikenali kat tempat asal aku.

Aku takde childhood yang menarik dengan parents aku. Aku bawa diri, merantau, cari duit sendiri, susah payah sendiri. Ada masalah pun jarang sangat aku bagitahu family aku.

Aku kenal dengan seorang perempuan ni, almost 3 tahun jugak dengan dia, lagi berumur dari aku, a divorcee with 2 lovely kids, berkerja sendiri, dia ada bisnes. Ada turun naik, kadang okay kadang takde sales.

Aku selalu tolong kerja-kerja dia. Happy sangat dengan dia. Memang sejenis yang aku cari selama ni.

Setiap bulan, selain untuk ibu aku, aku asingkan income aku untuk dia and the kids. Aku tak bagi secara terus duit kat dia tapi aku support expenses dia, macam bill dia, barang dapur dia, barang rumah dia, hadiah.

Then jalan-jalan mana pun aku support. Dia tak pernah minta pun, tapi sebab aku sayang and aku ingat pernah dia tolong aku masa aku kena buang kerja dulu.

Almost everything aku buat, sakit ke sihat semua aku ada. Sebab I know how hard to be single mom nak uruskan semua bende. Sedikit sebanyak aku tolong uruskan. Anak minta apa pun susah aku nk refuse even takes time tapi aku buatkan jugak.

Bukan apa, aku ni jenis sukakan budak. Anak-anak saudara aku pun rapat dengan aku, ramai- ramai anak saudara aku pun semua aku pernah mandikan, basuh berak, bagi makan sebab tu.

I know to handle kids but her kids ni special, sebab bagi aku rasa macam mana jadi seorang ayah. Sayang sangat sampai ibunya pernah cakap aku ni nak anak-anak lebih bukan nak dia sangat. Hahaha.

Silap aku satu je laa. Aku pernah buat hal, keluar dengan perempuan lain tak bagitau dia, perempuan tu pula entah macam mana tergilakan aku sangat sampai fitnah aku macam-macam.

Masa tu memang diambang pengakhiran dah, tapi entah macam mana, mungkin Allah bagi aku rezeki lagi kitorang berbaik. Lagipun hubungan ni bukan sia-sia, family masing2 pun dah kenal.

This year sepatutnya aku dah “ikat” dia, aku dah plan cuma tak sempat nak berbincang sebab ada benda jadi dan kitorang break.

Selepas break tu baru aku tahu rupanya dia ada lelaki lain yang support dia, selalu bagi duit kat dia, bagi hadiah macam-macam.

Benda ni sebelum aku buat hal lagi dah jadi, dah lama. Aku dah hidu dari awal lagi sebenarnya tapi aku sayang dia sangat, aku tak nak bergaduh.

Aku pun tak faham kenapa laki tu sanggup bagi macam-macam, bukan sikit tapi banyak jugak laa bila aku check balik.

Tapi dia bagitahu aku tu just kawan. Dia cakap dia tak pernah curangi aku pun but after break dengan aku, sekejap je pergi jumpa lelaki lain.

Selama ni aku bangga gila dengan dia, hidup sendiri jauh dari family, buat bisnes, laksanakan tanggungjawab. Aku selalu “up” pasal dia kat family aku, cerita yang best je. Memang aku anggap dia wanita yang kuat, serba boleh, ibu terbaik.

Aku pula susah nak move on, even dia dah dengan orang lain sekarang, dah tak jadi apa-apa aku still bayar lagi bill dia, still bagi hadiah macam biasa. Aku pun tak tahu kenapa.

Nak kata dia susah pun, setiap bulan laki tu bagi duit. Mungkin sebab jauh dalam hati ni, aku still in denial. Still nak tipu diri sendiri kan.

Kalau dia yakin lelaki tu lagi baik dr aku yang almost 3 year dengan dia and anak-anak dia, yang dia tahu macam mana dengan anak-anaknya, terserah laa, dia berhak memilih.

Takde sape pun tahu pasal ni, even family aku pun tak tahu lagi, dorang still lagi tanya perkembangan kami berdua.

Kadang aku sedih sebab hampir tiga tahun aku dengan dia dan berakhir sia-sia. Aku pun takde laa muda sangat dah masuk 30 tapi still kalah dengan mainan cinta.

Semua benda aku pernah buat kat dia, aku tak pernah buat kat orang lain.

Yang aku lalui dengan dia memang special sangat, mungkin bagi dia tak seberapa pun, dia makan garam dahulu dari aku. Sebab tu laa aku sakit sangat sebab semua ni macam baru untuk aku.

Sedih sangat benda dh bertahun senang je orang lupa. Kadang aku text dia, anak dia nak tanya khabar pun tak respon. Mungkin diajar untuk macam tu.

Sedih rasa, yang kecil tu macam-macam laa dengan aku, aku mandikan, basuh berak, aku peluk, aku tidurkan, aku suap makan. Mana la aku tak rindu. Anak-anak dia semua manja dengan aku.

Niat aku satu je, aku nak hidup dengan dia, nak jaga dia dengan anak-anak tapi Allah maha mengetahui, andai aku bukan yang terbaik, aku serahkan pada Allah.

Aku ambil keputusan untuk pindah dari sini selepas aku selesaikan beberapa kerja kat sini, sebab nak lupakan semua ni.

Aku pernah janji dengan anak-anak dia dahulu, kalau aku dah takde apa-apa dengan ibu mereka, aku tetap ada untuk dorang. Yes, kat mana aku pun lepas ni, aku tetap ada untuk dorang dan dorang tetap ada dalam hati aku.

Terpaksa aku telan semua kesakitan ni dan diamkan sahaja. Tak pernah aku buka mulut pasal ni pada sesiapa sekalipun.

Aku pilih diam untuk mengekalkan perasaan sayang daripada aku mengadu pada orang menunjukkan kesian sangat diri aku. Well kat sini aku tak kisah pun, korang tak kenal aku.

Dah susah dah aku nak jump into new relationship lepas ni, aku dah tak percaya semua ni. Macam mengarut je semua.

Even orang dah start tanya bila aku nk kahwin, aku pun tak nampak dah aku akan kahwin nanti. Saving aku untuk nak kahwin pun aku malas dah nak simpan.

Korang yang baca ni, jangan pulak downgrade kan single mom / janda. Diorang ni kuat demi anak-anak. Diorang juga berhak pilih yang terbaik untuk hidup diorang even terpaksa sakitkan sesiapa sekalipun.

Aku pun ada salah yang aku buat. Aku pun banyak kurang, banyak cacat. Apa yang dia buat pun berpunca dari aku juga. A

ku menulis kat sini sebab aku tak pernah ceritakan pada sesiapa pasal ni. Sekadar meluah.

Thanks sudi baca.

Aku doakan para pembaca semua diberkati Allah.

– Mr Wrong (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Awk adalah seorang insan yg baik & berhati mulia.. sya juga seorang ibu tunggal, tp ank2 dah besar dah, n saya x bercdg pon nk kawen ln, sbb sya spt x bole ‘mengharap’ apa2, tambah pula stigma org kita yg slalu memandang ‘serong’ kpd org yg diceraikn, lainlah klaw ‘balu’.. dlu saya pernah ‘baik’ dgn seorang rakan sekerja, slalu tolong saya, ank2 saya pon ok klaw nk kemana2 dgn dia, tp dia baik tu mse isterinya sambung blajar (full time) di ipta, lps bininya abis blajar dia tak brapa nk baik dgn saya, bila sya tnya mcmna akhirnya hubungan dgn saya, dia kata dia x mampu klaw nk ambil saya jd isteri, so saya pon fhm n jauhkn diri dari dia, tp sesekali dia ada tolong juga, cth msa anak saya dpt masuk U, dia ada jugak tlg byrkn yuran ank saya.. saya harap awk akn bertemu juga jodoh yg sesuai, dan ingat, spya tidak ‘curang’, sbb bila pompuan ni dah x percaya, sampai sudah dia akn ingat peristiwa itu.. wasalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *