Okay, Kak Odah nak story pasal suamiku kawen lagi satu. Kak Odah bagi jer dia nak nikah walaupun kalau nak ikutkan dia tak mampu pun.
Tapi Odah malas nak layan, sebab lagi ditegah kang dia buat ntah apa-apa lagi sakit hati. So nak nikah, nikah la. Odah tak kisah. Syaratnya jangan lupa diri sudah.
Dengan bini baru pandai-pandailah kumpul reta sendiri, jangan roger-roger Odah kalau terselit.
Maka kami hiduplah bermadu. Obviously mula-mula memang drama 352 episod juga.
Tapi Odah fikir malaslaa nak layan lagi drama berebut laki ni, i kasi je mereka kahwin. Settle satu masalah. Odah tak pernah ambil tahu hal madu.
Odah pi umrah dengan suami, tinggalkan madu sebab dia takde duit nak beli tiket kapal tobang. Huhu Odah buat keras jer tak layan, takkan kita plak nak lanje dia kan??
Odah doa depan kaabah, kasilaa Rokiah (bukan nama sebenar madu macam Odah) hahahaha. Kiah ni janda anak satu tau.
Rasanya dengan harapan nikah dengan suami Odah yang ada syarikat kontraktor ni dapat tumpanh senanglah gamaknya tapi dia silap dia dapat tumpang bayang jer sebab company tu Odah punya. Laki Odah ni kerja dengan Odah. Tu cita dia.
Setahun lepas balik umrah tu, Kiah ni sakit tau dak, warded. Peparu dia bocor ke hape.
Anak dia, laki Odah soh tolong asuhkan tapi Odah ingatkan klausa perjanjian 3.2 mengatakan Odah takkan amek port kalau berlaku apa-apa masalah dalam keluarga suami dengan Kiah.
So terkial-kial la suami anta anak tiri dia gi balik kampung umah mentua. Bab ni kita kena tegas, nampak kejam tapi tu la kaedahnya supaya kepala tak kena pijak. Sebab dah kena pijak sekalikan, dia nikah dengan si Kiah.
So masa Kiah dalam proses recovery dia tak dapat berkhidmat sangat dengan suami kan, sebaliknya suami laa kena berkhidmat dengan Kiah.
Kadang-kadang tu Odah yang untung sebab suami lepak rumah I. Bijakkan i. Siapa suruh gatal nak bersuamikan orang punyakan???
Dalam masa yang sama kantoi laaa ropanya suami Kiah yang mana laki Odah ni ada makwe lagi satu. Hahahaha!!! Odah nak kabo alhamdulillah gais!!! Ntahlaaa, Odah macam dah imune plak.
Kiah mengadu kat Odah yang suami ada makwe baru. I cakap, jangan dilarang. Eloklah dapat kawan lagi sorang kah, kah kah!!!!!
3 bulan lepas tu nikah. KIAH kan dah semput, sikit-sikit semput. Apa salahnya ada kawan baru nama Wani, sebab muda remaja. Manis.
Kiah kawan dengan Wani ni. Hahahaha! Saje bako line Kiah! Rasain sama kamu Kiah. Ambil lagi orang punya. Bestkan????
So kalau tak nak kena penyakit jantung, darah tinggi, migrain. Suami nak nikah, kasi je.
Jangan persoalkan dia tak mampu, tak layan kita baik ke apa etc. Biar dia menjawab sok kalau dia tak laksanakan tugas dia, tak berlaku adil ke apa.
Kita yang masih hidup ni teruskan kehidupan usaha upgrade diri kita jadi lebih baik. Redha. Perkataan ni nampak simple tapi nak sampai level redha ni you all kena tempuh sikit cobaan.
Kalau boleh kawal diri, alhamdulillah bila kita redha setiap perbuatan kita ada keberkatan insha allah akan dipermudahkan. Kalau suami tu aniaya kita, biar dia menjawab esok lusa.
Kalau tak kat dunia, akhirat sok dia dapat balasan. Kalau dia dah tak suka kita, dia akan lepaskan kita dengan cara baik. Baru gentlemen.
Jangan bergantung harap pada manusia kerana manusia itu akan lukakan hati dan perasaan kita dengan kejamnya.
Cintailah Allah dengan lebih mendalam, pasti ada bahagia walaupun pada mulanya kita derita. Sabar, tabah kuatkan semangat.
Cinta manusia kalau dikejar dia lari. Biarkan je dia lari esok lusa dia cari kita balik dan jangan paksa orang sayang kita.
Sekian.
– Odah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit