Assalamualaikum semua. Firstly, nak apologies kalau bahasa aku mix english malay. Aku cuba sampaikan sesimple and semudah yang mungkin.
As subject above, aku nak cerita tentang kebersihan. Short introduction, i’m a wife, have 3 kids, a good husband and alhamdulilah a good family in law as well. Husband aku asal negeri atas2. Aku duduk KL.
Ok so begini, family in law aku ni sangat sangat la elok. Aku tak da nak complaint apa. Semua manusia ada good and bad. Aku tak terkecuali.
Syukur dapat MIL, FIL , SIL n BIL yang ok. Tak ada apa apa masalah. Dengan biras pn ok. Cuma, mereka kurang bab kebersihan. So aku serba salah nak buat confession ni.
Sebabkan aku sayang sangat in law aku, hal ni aku tak cerita dekat sapa hatta kawan baik atas sesiapa saja la cuma aku nak share sini sebab anonymous and aku harap sangat jadi la teladan pengajaran kepada semua.
Aku dah berkahwin dalam 10 tahun. Masa awal2 aku kahwin, in law aku baru buat renovation rumah diaorang. Memang cantik kemas semua lah.
Cuma aku perasan banyak sangat kotak2 coklat macam kau nak pindah rumah tu. Sangat banyak. So aku tanya suami aku “ bang, tu apa dalam tu” suami aku kata “ tu semua barang2 ibu”. So dekat sini aku notice, MIL aku hoarder.
Banyak sangat barang barang yang tak guna bertahun tahun tapi disimpan. Jadi barang makin banyak, disimpan di dalam kotak kotak dan bab mengemas pun akan kelaut china selatan selat utara la jawabnya
The things with MIL, dia sangat baik dengan cucu menantu. Dia pandai masak, segala jenis masakan, western, baking, melayu, thai, sambal indon, pakistan, kek, eh segala macam mak nenek dia boleh buat. Tak berkira.
Cuma, dapurnya memang macam tongkang pecah. Dia hanya akan memasak sahaja.
Tu aku tak kisah, aku and biras lain akan settlekan kalau kami balik kampung (by the way kami tak tinggal dengan mertua). Kalau kami tak ada, aku rasa either FIL or BIL yang buat.
Cumaa bila MIL aku ni hoarder, kau susah nak mengemas didapur. Kenapa? Haa sebab, plastic packaging yang kedai buat bungkus makanan tu pun dia simpan.
Bawah 10 ok lagi ni dah sampai nak dekat beratus aku rasa. Sudu kfc, mcd, cawan plastic ke semua dia simpan.
Tujuan nya, tak tahu la cik non. Sebab sifat hoarder ada 1 perangai susah membuang. Jadi menyukarkan kerja pembersihan. Dapur lantai sekarang warna hitam. Sebab apa2 yang jatuh tu, memadai disapu saja tanpa dimop.
Hal yang sama juga la di toilet. Kau nak kencing dengan aman, kau tutup la mata. Warna warna hitam mendekorasi tiles putih bersih suci murni.
Ha no need interior designer. Ni au natural namanya. Ada ada masa kene tutup hidung sekali. Ok korang mesti tanya kan, kenapa kitorang tak kemas.
Korang faham tak perasaan kalau orang lain kemaskan rumah korang. Kau akan rasa segan sendiri kan.
So ceritanya MIL aku ni kadang bila aku dah start kemas kemas dia akan “ eh dak papa aih, ibu buat buat nanti “ tapi aku tau memang possibility tu tak tahu tahun bila.
So kadang kadang aku basuh kan jugak toilet tu bila dia keluar sebab tak nak bagi dia stop aku and dia rasa segan.
Pernah aku utarakan pandangan aku bahawa maybe kita boleh panggil service cleaning sebab kita faham mereka dah berusia, dan tak larat cuma FIL aku tak bagi.
Maybe nak bagi orang lain kemas rumah mereka pun mereka rasa segan.
Kotak piza 2 tahun lepas pun masih ada didapur. Tak tahu la apa tujuannya. SIL aku pun, haihh baik budak nya cuma again, bab kebersihan.
Kalau keluar , boleh tahan bergaya tapi biliknya, astaga. Anak aku num 3 yang kecik sekali, umur dalam 5 tahun suka la masuk bilik cik dik dia untuk main makeup2 tak pun saja lepak lepak.
Kadang bila anak aku bukak pintu je, allah semerbak bau kepam sampai ke luar. Tu belum masuk keindahan tersusun segala barang.
Anak aku budak kedik, polos dan innocent percakapannya jadi dia pernah tanya pada cik dik “acik, kenapa bilik acik ada bau, macam asham la. Lepas tu kenapa ada cicak mati dekat hujung sana? Air milo dalam cawan ni kenapa ada buih buih?”
Haa apa kau nak menjawab dengan soalan budak kecik tu. Sengih je la SIL aku.
Taik kucing, kencing kucing benda biasa. Kalau orang datang, conceptnya bukan mengemas, lebih kepada sorokkan je asal tak nampak dimata tetamu.
Toilet bau hancing, senang saja jirus air 1 baldi, hilang la nanti tu. Baju pergi kenduri kedut2, gosok depan je, belakang kira halal sebab orang pandang depan saja.
Faham tak point aku? Dia more kepada temporary solution dan bukan untuk cari gali the root cause.
Dia macam ni la, kebersihan ni dituntut bukan untuk orang lain. Untuk keselesaan diri. Untuk kita rasa selesa, dihindari penyakit.
Kebersihan bermula dari rumah. Then dalam cerita ni adakah aku manusia yang paling pembersih? Nehi nehi.
Aku ni seperti ibu2 lain, ada masa masa nya pemalas. Cuma tidak boleh terlalu selesa dalam bermalasan. Bila dah sampai tahap dapur berkulat, berdaki, hitam, kita kene perbetulkan.
Sebab itulah tempat kita buat makanan. Tandas, tempat yang sememangnya sedia ada kotor, jangan dikotorkan lagi. Bila mana kebersihan ni dipandang enteng, anak anak akan rasa it’s ok.
Not a big deal. Maybe rumah orang lain lagi teruk. Aku pun ada malas malas aku. Ada hari baju bertimbun tak lipat. Tapi basuh toilet seminggu sekali, sapu mop rumah, bersihkan dapur lepas makan, semua tu aku usahakan buat sebersih yang boleh.
Masa mula mula aku kahwin dengan suami pun, nampak sikap sambil lewa. Tapi lepas aku slow2 ajar dia untuk lebih teliti dengan organization rumah, kebersihan, now walaupun dia tak cakap, tapi aku boleh nampak dia sendiri tak selesa dengan rumah parent dia sendiri.
Cuma yela tak terluah sebab keluarga sendiri. Jadi dalam posting2 fb yang muka cantik tapi tak jaga kebersihan tu wujud ya sebab aku dah saksikan sendiri.
Macam aku kata, semua manusia ada kelebihan kekurangan. Aku anggap ni salah satu kekurangan mereka cuma bab kebersihan kalau boleh jangan amik ringan. Tak perlu jadi bersih tahap OCD, lap 1 tempat sampai 10 kali. Memadai bersih di mata, tiada bau.
Satu lagi, aku rasa isu nya juga bermula kalau kau ada sifat hoarder (suka simpan barang sayang nak buang).
Once kau start ada hoarder isu, rumah kau pun akan jadi tak bersih. Sebab banyak barang barang yang tak penting memenuhkan rumah jadi susah nak mengemas.
Amalkan buat spring cleaning. Setahun sekali atau 6 bulan sekali. Masa mengemas tu, tanya diri kau, bila last kau pakai baju/ kasut or apa2 jela.
Kalau lebih 2 tahun kau tak sentuh dah, buang. Baju tak boleh pakai, sedekahkan. Jangan ada perasaan, sayang la boleh pakai nanti nanti.
Ok la aku rasa itu saja lah yang aku nak share kan dengan kalian kalian semua.
Aku sayang sangat dengan family in law aku and aku rasa dah terlambat sangat untuk mereka berubah jadi aku cuma harap yang membaca ni boleh lebih menitik beratkan hal kebersihan supaya boleh jadi contoh yang baik dekat anak anak.
Sekian terima kasih..
Dari saya,
– Peah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit