Aku tak taulah admin nak approved ke tak nak cerita aku, tapi inilah jalan hidup aku. Aku anak perempuan sulung daripada 5 beradik. aku belajar di sebuah universiti luar negara dalam bidang pergigian dan sekarang cuti 4 bulan.
Apa yang aku nak ceritakan ialah pasal mak aku. mak aku ni jenis lepas cakap dengan anak-anak tak kisahlah dengan aku ataupun dengan adik aku yang paling kecik sekali. selalu jugak bila mak aku tak puas hati dengan apa yang kitorang buat dia akan keluarkan ayat macam
1. otak kamu fikir macam mana aah?
2. otak kamu kat mana?
3. akal kamu kat mana?
4. kamu tak boleh fikir ke?
5. bodoh betul!
6. banganglah kau ni
bukan dengan kitorang je, dengan ayah kitorang pun kena kadang2. orang kata ayat orang melaka ni kasar, yelah kot. apa yang aku nak sampaikan ialah sebenarnya kadang-kadang apa yang mak kita selalu sebut tulah yang menyebabkan kita jadi macam ni. aku tak taula bagi korang ayat macam tu kasar ke tak, tapi bagi aku yang dibesarkan dalam keluarga yang solat 5 waktu, ayat tu tak sepatutnya dikeluarkan pun.
seorang ibu harus bersifat lembut dan tegas dalam mendidik anak2. aku budak usrah. setiap kali adik beradik usrah aku cerita pasal mak ayah diorang, aku rasa rendah diri sangat. bukan sebab aku takda kenangan manis2 dengan keluarga aku, banyak. tapi bila sentuh soal tarbiah daripada mak ayah diorang, aku down. aku cuba tak bandingkan mak aku dengan diorang sebab aku ada kawan yang takda mak. tapi aku tak boleh, aku selalu menangis waktu malam setiap kali aku teringat ayat mak aku. aku rasa akulah anak paling tak guna.
pernah waktu aku darjah enam, mak aku suruh pakai satu tudung ni warna biru cair ke sekolah untuk sambutan hari raya, aku tak nak sebab tudung tu pendek. mak aku give up pujuk aku, dia terus tinggikan suara depan ayah aku dia cakap ‘JADILAH KAU ANAK DERHAKA, DEGIL!’ Aku dah 21 tahun, tapi aku ingat lagi kejadian tu.
masa aku dapat anugerah kecemerlangan form 5 pun macam tu. mak aku cakap benda yang sama hanya sebab aku tak nak pakai satu baju ni. aku rasa doa mak aku dah jadi sumpahan atas aku,admin.
bila cuti sem ni, akulah yang kena buat semua kerja rumah. dari sidai baju, masak, lipat baju, sapu sampah depan umah semuanya aku. bila mak aku tak suka apa aku masak dia cakap dengan nada tinggi dia “takda orang masak macam tu! bubuh macam2 dalam tu sampai tah hape2 rasa.” aku kecik hati,admin. aku rasa mak aku tak pernah bangga dengan aku. dahlah setiap hari diorang makan diorang tinggalkan je segala pinggan mangkuk bertimbun dalam sinki. pagi2 akulah yang nak kena buat semua tu. aku bukan bibik, aku pun manusia. aku ada perasaan bila aku penat aku perlukan rehat tapi orang buat aku macam tu. aku cuba pujuk hati, apalah sangat penat aku ni nak banding mak ayah cari duit untuk kami adik beradik.
kadang2 bila aku tak salah, aku cuba explain dekat mak aku. mak aku tak pernah bagi aku peluang, kalau aku tak salah pun mak aku tetap akan salahkan aku. dia akan tak pandang muka aku, tak bercakap sampai aku kurung diri aku dalam bilik. lepas mak pergi kerja baru aku turun kemas apa yang patut. pukul 5 mak nak nak balik aku dah siap2 masuk bilik aku baca buku. esok pagi baru aku keluar bilik. mak tak jenguk2 aku dekat bilik mak marah agaknya.
aku dah biasa hidup dipersalahkan. depan2 adik aku mak aku hambur aku dengan kata2 kasar, manalah aku nak letak maruah aku sebagai seorang kakak bila adik2 aku pandang aku sayu macam tu. aku rasa malu sangat-sangat. aku menyesal balik,admin. baik aku study je dekat sana tak payah balik contact je guna fb skype segala tu. tapi sebab aku rindu sangat2 admin, aku balik jugak. benda yang sama ni jadi lagi dalam hidup aku.
untuk mak, maafkan kaklong sebab tak pernah dapat jadi anak yang sempurna mak. kadang2 kaklong cuma nak bagitahu kaklong tak salah, tapi mak tak nak dengar. mak tak pernah bagi peluang. mak rasa kaklong melawan. mak nak tau tak, ramainya kawan2 kaklong yang jadi ANAK DERHAKA lawan cakap mak ayah diorang sebab tak pernah diberi peluang untuk bercakap dan suarakan apa yang ada dalam hati? jadi diorang memberontak. remaja harini jadi memberontak sebab keluarga sebenarnya, bukan orang lain.
kaklong pun manusia mak. umur 21 tahun sekalipun kaklong masih cuba belajar untuk jadi orang baik, orang yang tahu serba serbi dalam kerja rumah dan pelajaran. jadi kalau kaklong tersilap maafkanlah kaklong dan bagilah peluang dekat kaklong untuk berubah. kaklong dah give up dengan dunia ni mak. kaklong rasa takda apa2 dah.kaklong dalam satu stage nak jadi anak derhaka sebab kaklong rasa rebel sangat2. kaklong rasa hati kaklong dah mati untuk fight for our family. kaklong harap kaklong mati je mak sebab kaklong tak boleh hidup dalam tekanan ayat2 mak. kaklong rasa sakit sangat2 mak. lahirnya kaklong satu kesilapan.
mak, kalau mak nak tau, sepanjang kaklong belajar luar negara, tak pernah sehari pun kaklong tak doakan mak ayah keluar balik kerja dengan selamat. kaklong risau sangat2 kalau jadi apa2 dekat mak ayah dan adik2. tapi nikah balasan untuk seorang ‘anak derhaka’ yang selalu mendoakan orang tuanya mak? maafkan kaklong, kaklong rasa jalan terbaik adalah mati agar kaklong tak hidup menjadi anak derhaka di mata mak. ampunkan kaklong mak. kaklong manusia, kaklong lemah kalau mak ayah kaklong hukum kaklong macam ni.
terima kasih admin.
– Anak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit