Coastar Blog

Aku dedikasikan cerpen atau certot yang tak seberapa ni kepada kawan kawan Coastar Fellowship aku. Sorry aku lupa pasal ‘asssignment’ ni.

Aku sekarang busy dengan life aku as PhD student yang hampir nak kena rotan dengan SV dan Co-Sv aku sebab aku aktif sangat dengan program luar. Huhu. Sampai kena warning la cerita dia.

Okay stop it, Haz. That’s another story. Okay.. First of all, sorry aku tak share ‘life or academic experiences’ aku pada korang waktu kita ber’workshop’ selama seminggu dulu.

Aku hanya cerita ‘To Do List’ aku sahaja waktu tu. Nak diulang semula To Do List aku kat sini, aku dah tak ingat dah. Tapi yang pasti, semua dah settled. Alhamdulillah. Rare kan share To Do List. Hahaha.

Bagi aku, cerita on Life or academic experiences adalah agak private untuk dishare dan aku sememangnya tak reti bercerita.

Aku memang tak engineer life aku untuk bercerita verbally pada ‘stranger’ (sorry kerana anggap korang sebagai stranger). Aku perlu masa untuk mengenali korang. Plus BI aku agak hauk.

Malu nak speaking Panjang Panjang depan omputeh. Aku lagi suka meluah cerita aku melalui penulisan. Itu pun bergantung kepada mood dan masa aku. Well, sekarang kita mula cerpen k. Sorry termelalut panjang intronya.

Assalamualaikum, semua. Tajuk yang aku pilih adalah sangat simple, which is macam essay budak darjah 6. Tapi membawa 1001 makna bagi kita sebagai orang dewasa.

Cita cita kita waktu kecik dulu, aku berani jamin 90% adalah dah tak sama atau relevant dengan apa yang tengah kita ada atau hadapi sekarang. Same thing goes to me.

Aku, Haz, hanyalah budak kampung yang berasal dari negeri pantai timur “serambi Mekah” atau “Tanah serendah sekebun bunga”.

Aku anak kedua dari 6 adik beradik dan pernah punya tanggungjawab yang agak berat tapi tak seberat kakak sulong aku, terhadap keluarga kecil aku.

Tak payah tanya tanggungjawab apa, semua orang patut tahu tanggungjawab terhadap mak ayah dan adik adik kat bawah.

Selepas kehilangan arwah ayah tahun 2012, waktu aku berumur 19 tahun, hidup aku dan keluarga totally berubah. Begitu juga dengan cita cita aku.

Ia berubah bagaikan angin lalu. No longer bercita cita sebagai seorang doktor perubatan, walaupun result SPM aku not bad (#doneriak).

Mungkin sebab aku dah penat hadap situasi hospital waktu jaga arwah dulu. So result UPU aku, memang aku dah tolak tepi untuk medic.

Alhamdulillah sesuai dengan pointer asasi aku yang tak seberapa, tapi still 3.5 ke atas, aku diterima masuk ke UM* dalam bidang Biologi Marin.

Jujur aku bulat mata waktu mengisi UPU kos “Biologi Marin’ atau “Sains Marin”. Ia bagaikan akan bawa aku ke dunia yang lain, lain dari yang lain. Dan ternyata ia benar sama sekali.

Bermula dengan 3 tahun kos degree in Marine Biology, aku pretty much enjoy my life as marine student. Kami banyak berkerja lapangan di Pulau pulau dan berbakau bakau di kawasan bakau.

Memang batch kami quite heaven la masa tu dengan peruntukan pun alhamdulillah masih banyak oleh fakulti (walau ada jugak kena guna duit sendiri untuk field trip).

So long short story, takda apa sangat lah dengan degree aku ni. Aku just enjoy macam kawan kawan yang lain.

Alhamdulillah degree aku agak heaven jugak dengan PTPTN yang lastly diconvert jadi biasiswa (#doneriak) dan biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) yang sponsor aku sepanjang degree aku.

Terima kasih BTAR atas ruang dan peluang yang diberikan. Pendek kata, degree aku takda masalah. Totally heaven. Duit biasiswa pun aku siap buat lesen scuba lagi kat Perhentian Besar. Hihi.

Macam biasa, di penghujung semester degree, kita semua kena berintern kan. So, aku berintern lah di IOES, Bachok, Kelantan dan stay dengan senior senior chinese semua. Malay berapa ketul ja kat situ. Dari situ, aku mula minat buat research.

Thanks kepada senior senior chinese yang berjaya menunjukkan contoh teladan yang sangat baik kepada aku selaku junior intern kat sana.

Jujur aku terinspired by u guys yang tak kenal erti penat lelah pagi petang siang malam buat research.

Mungkin SV intern aku nampak potensi aku distu, so, beliau offer aku untuk sambung kat situ. Tapi somehow aku kena tolak offer tu sebab aku dah janji dengan SV FYP untuk sambung master bawah beliau.

Again, dipendekkan cerita, berbekalkan keinnocent aku tentang dunia postgrad, aku sambung la master aku bawah supervision beliau, dengan berbekalkan biasiswa dari KPT (MyMaster). Credit untuk KPT sebab percayakan aku dan bagi aku peluang biasiswa.

Alhamdulillah banyak yang aku belajar sepanjang aku dibawah bimbingan Sv master aku. Yang pasti, perjalanan master aku tu, is a blood, tears and sweat journey. Sorry aku tak boleh nak cerita detail pasal tu. Its too private.

Conclusionnya, perjalanan master aku sangat tough bagi aku sampai ada 1 semester tu, aku dapat result ‘Tidak Memuaskan’ dan aku hampir diterminate. Salah ada pada kedua-dua pihak. Full stop.

Benda ni sumpah demi Allah aku tak reveal pada family aku pun. Sampai sekarang. 5 tahun aku simpan rahsia ni kemas dalam hati aku. Aku just share dan bercerita pada kawan kawan terdekat aku sahaja.

Waktu ni, aku boleh katakan sebagai zaman kejatuhan aku. Memang sampai berguling guling longkang lah jatuh aku waktu tu, sampai elaun RA aku kena tarik,

Aku kena kerja part time kat kedai makan dari kul 5 petang sampai 1 pagi, nangis pagi petang siang malam sampai bengkak mata, lintas jalan tak tengok kiri kanan dengan niat nak mati kena langgar,

Pulun lab microscope all out selama 2 bulan non stop pagi petang siang malam sampai mentol microscope banyak kali terbakar dan aku kena marah ngan staf, mata terlelap di lense microscope jadi benda biasa sebab tak cukup rehat,

Aku dengan zombie kampung pisang takda beza, comparekan hidup aku dengan binatang yang aku fikir lagi bertuah dari aku waktu tu (bodoh kan bila fikir balik), kena ready untuk jawab dengan ‘guarantee’ biasiswa aku,

Cari projek lain dengan SV lain sebab aku terikat dengan biasiswa, gi jumpa Kaunselor sebab aku rasa aku dah mental pressure sangat dengan study aku dan macam macam lagi ‘hell’nya waktu tu.

Sumpah demi Allah perjalanan master aku sangat memeritkan. Even kalau teringat sekarang pun, masih boleh rasa goosebumpnya dan tertanya tanya, macam mana aku boleh jadi sekuat itu untuk hadapi situasi neraka tu dan survive sampai sekarang? Fuhh… berpeluh memikirkannya.

Masa tu jugak lah aku macam baru teringat kat tuhan dan tercari cari tuhan. Sebelum tu, macam setan sikit life aku. Again, dipendekkan cerita, aku survive dan berjaya habiskan master aku.

Credit untuk family, kawan kawan, pensyarah pensyarah dan semua yang mengenali aku dan banyak menyokong journey aku waktu tu. Aku sangat terhutang budi pada korang. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.

Habis dengan master, selesai sahaja hantar thesis, terus aku whatsapp kawan kawan lama, dan pensyarah pensyarah, menyampaikan bahawa aku dah hantar thesis, kalau ada kerja kosong, boleh roger aku.

Alhamdulillah tak lama selepas tu, aku dapat panggilan ‘kerja’ sebagai RA di uni aku untuk satu projek berkaitan marine invertebrate.

Memang heaven la peluang yang diberikan sampai boleh pegi cruise selat melaka dan terengganu, dan sampai pergi Kuantan Port lah ceritanya. Syukur alhamdulillah ada Prof yang sudi kutip aku bekerja waktu tu.

Dapat la aku kumpul duit untuk next plan aku yang masih takda hala tuju. Dipendekkan cerita (macam panjang pulak ceritanya yer), aku berRA lah selama setahun selepas aku hantar thesis aku tu dan aku pretty much enjoy my life in academic line waktu tu.

Selepas tempoh setahun RA, aku decide untuk sambung PhD. Kenapa? Sebab aku masih minat belajar dan aku rasa rugi kalau otak aku ni aku tak guna ke jalan yang sepatutnya. Jujur aku cakap aku hanya ada otak sebagai kelebihan aku.

The rest? Skills? All are out. Huhu. Aku takda skill lain yang aku jumpa dalam diri aku selain dari jadi manusia biasa. Hurmm..

Korang.. aku penat otak menulis. Kalau rasa nak suruh sambung, sila roger k. Tapi aku perlu masa la sikit. Untuk cari mood dan masa. Huhu..

– Haz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *