Ada Apa Dengan Masa Depan?

Assalamualaikum w.b.t buat pembaca IIUM Confesssion sekalian. Semoga karangan ini menemui kalian dalam keadaan baik baik sahaja dan sihat walafiat di samping keluarga tercinta serta hidup diberkati Ilahi.

Untuk aku sebagai tuan tanah, alhamdulillah dalam keadaan okay okay sahajor.

Sedikit pengenalan ringkas dari aku ialah, aku Haz, berumur 30 tahun, masih bujang dan sedang dalam pengajian PhD ku di tahun tiga, bidang sains marin. Doakan aku semoga berjaya selesaikan pengajianku yer.

Okay back to the story. Sebenarnya aku terfikir untuk menulis perkongsian ini rentetan dari posting facebook seorang kawanku yang dah lama kami tak berhubung. Dan aku pun baru perasan yang aku tak ‘friend’ pun dengan dia.

What can I summarize about her is that, she’s gifted. Even banyak tidur dalam kelas pun, beliau still no. 1 dalam maktab (MRSM) dan eventually, she’s the best student for SPM 2010 di maktab. Straight 11A’s.

Beberapa bulan lepas ada la jugak aku teringatkan dia. Tapi disebabkan oleh posting beliau tak menyinggah dekat timeline aku, aku anggap beliau menyepi (humble) dan bagi aku itu sangat bagus.

Akan tetapi, semalam, aku terjumpa komen beliau di salah seorang kawan aku punya posting. Aku pun apa lagi, sebagai stalker berjaya, terus la ke page profile beliau. Masyaallah.. Subhanallah.. beliau rupanya dah ada anak.

Aku tahu beliau dah kawen. Tapi aku tak tahu yang beliau dah ada anak. Dan profile beliau sangat hebat. A daughter, a wife, a doctor, an a’bid (hamba). Dan suami beliau adalah juga seorang doctor perubatan yang aku rasa beliau kenal sewaktu pengajian beliau di UK.

Okay cukup sampai situ penceritaan aku berkenaan beliau. Berbalik kepada hidup aku, aku mula sedar beberapa perkara. Untuk kau ada masa depan yang cerah, ada beberapa faktor yang menyumbang ke arah itu secara generalnya.

Apa yang aku boleh fikirkan ialah faktor persekitaran, peranan ibu bapa dan keluarga, kewangan keluarga, semangat jitu dari diri sendiri, dan rezeki dari Allah Taala.

Tapi secara spesifik, faktor faktor itu tidak akan sama dengan setiap individu. Kebiasaannya, ia merupakan gabungan beberapa faktor yang akhirnya membentuk diri dan masa depan.

Dalam kes aku (kita ketepikan dulu diri aku), aku nampak kawan kawan aku (dari zaman maktab sehinggalah PhD) yang parentsnya educated (secara tak langsung kaya – baca sebagai berkemampuan),

Anak anak mereka (kawan aku) pun serba sedikit mampu melangkah lebih jauh mengikut keinginan sama ada diri sendiri atau parents. Dan duit serta jalan tidak pernah menjadi masalah sebab mereka educated dan tahu saluran yang betul.

Manakala, bagi aku yang parents aku bukan dari golongan educated (sikit pun aku tak terkilan akan fakta ini.

In fact, aku bersyukur dan terima seadanya keadaan keluarga aku dan pekerjaan mak aku, iaitu sebagai seorang pekedai runcit berjaya.

Bapak aku dah meninggal waktu umur aku 19 tahun), terdapat cabaran dan halangan yang jauh lagi hebat menunggu kami anak beranak untuk menggarap masa depan kami.

Betul.. masa depan kita, Allah yang pegang. Tapi kita wajib berusaha, berikhtiar, berdoa dan bertawakkal.

Aku cukup percaya dengan qada’ dan qadar serta rezeki yang Allah dah tentukan untuk setiap hambaNya. Sebab? Buktinya terjadi pada diri sendiri. Sewaktu arwah abah masih ada, beliau sangat mementingkan pendidikan kami anak beranak.

Mak aku sepenuhnya berikan kepercayaan dan tanggungjawab itu kepada beliau.

Mak aku cuma fokus kepada keperluan penyediaan makan dan minum serta bisnes kedai runcit. Itu pun sudah menjadi tanggungjawab yang besar bagi seorang wanita bergelar ibu, isteri dan usahawanita.

Maka, selepas abah meninggal, pendidikan is no longer jadi keutamaan kami adik beradik. Mak aku tiada pilihan lain selain meneruskan bisnes yang ada.

Alhamdulillah kami masih bertahan sehingga kini. Namun, macam aku cakap kat atas, pendidikan is no longer jadi keutamaan kami.

Adik adik bawah aku, berhenti di tahap degree dan sijil politeknik.

Aku? Entah dari mana kekuatan dan semangat yang datang, terus mendaki sehingga di base camp 5 (out of 10) meneruskan pengajian sehingga peringkat PhD. Aku pun berasal dari straight 11A’s SPM juga, tapi, rezeki aku lain lain.

Persekitaran yang kurang memberansangkan untuk study, sumber kewangan yang terhad, dan ketiadaan guidance membuatkan aku terpaksa melupakan cita cita aku ke arah masa depan yang aku impikan (juga ingin menjadi seorang doktor perubatan).

Sumpah demi Allah ini semua adalah perancangan dari Allah. Apa aku nak dalam hidup aku ni pun aku belum pasti. Aku masih mencari.

Pada aku, aku kini masih tiada apa apa yang boleh dibanggakan dalam hidup sendiri dan orang lain. Aku masih bujang, belum ada kereta dan rumah sendiri, dan masih lagi belajar, belum bekerja yang mempunyai gaji yang tetap.

Tapi one thing yang aku boleh bangga dengan diri sendiri ialah aku ada kesedaran untuk menabung demi masa depan. Macam ada ada kesedaran? Dari pengalaman hidup aku yang bertahun asik tak cukup duit.

Alhamdulillah berkat berjimat cermat zaman uni, aku boleh saving duit biasiswa aku sampai 30k lebih. Itu aku tak tahu orang lain yang either masih belajar dan telah bekerja punya saving macam mana. Tolak kau buat ASB Finance, berapa sahaja yang kau boleh simpan?

Alhamdulillah part saving aku tak risau. Aku risau part masa depan aku selepas aku tamat belajar nanti. Rezeki kerjaya, kawen, kereta, dan rumah impian.

Jujur aku risau part tu. Tapi aku tahu yang Allah sentiasa ada dengan aku. Di sisi aku, aku cuma perlu terus berusaha, berdoa dan bertawakkal.

Kini, aku dah tahu apa yang aku nak dalam hidup aku. Aku nak jadi someone yang educated dan berkerjaya, berkemampuan untuk bantu anak anak aku menggarap masa depan mereka.

Aku nak bagi peluang, ruang dan sokongan (moral dan financial) dekat anak anak aku untuk pilih jalan hidup yang mereka nak. Aku tak nak mereka tercicir hanya disebabkan oleh aku tak cakna dengan education dorang.

Sekiranya ditakdirkan mereka tidak minat belajar, at least, mereka ada saluran dan guidance yang betul untuk mereka tuju. Bukan tercicir tak tentu hala bawa diri ke sana ke mari bersama kawan kawan yang juga tengah mencari arah tuju.

Bagi aku, pendidikan adalah sangat penting. Iya, pendidikan adalah bukan segala galanya. Tapi it is a good back up.

– Haz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *