Toksik Kerja Sebagai Pensyarah Muda

Salam, namaku Kocan. Aku merupakan seorang pensyarah muda lepasan PhD. Baru sahaja tamat PhD tahun lepas pada umur yang kurang 30 tahun.

Aku boleh dikategorikan sebagai pensyarah muda di tempat aku kerana rata-rata yang ada di Fakulti aku sudah 40 tahun ke atas.

Aku memilih kerjaya pensyarah selepas PhD kerana minatku dalam bidang penyelidikan sains.

Ini adalah luahan hati aku yang merupakan seorang pensyarah muda di sebuah institusi terkemuka di negara ini.

Mulanya aku ingatkan kerjaya seorang Pensyarah adalah diberikan kebebasan akademik dan dihormati di universiti. Tapi sangkaan ku silap apabila telah hampir 6 bulan berada di sini.

Aku sering dibuli oleh Professor yang senior untuk menyiapkan kertas kerja mereka untuk permohonan geran.

Mereka langsung tidak menyumbang apa-apa kepada penulisan tersebut, malah mendapat nama pula apabila mendapat geran.

Aku walaupun merupakan penulis kepada geran tersebut tidak mendapat menjadi ketua projek biarpun aku yang menulis segala-galanya.

Sering kali aku seperti diugut jika tidak mahu menulis geran tersebut, mereka tidak akan bekerjasama lagi dengan aku dan menyebabkan kenaikan pangkat aku ke peringkat lebih tinggi terjejas.

Ini telah menyebabkan aku berasa tertekan kerana kadang-kadang kerja hakiki yang sepatutnya aku lakukan seperti menulis geran untuk diri sendiri dan pengajaran terjejas.

Kadang-kadang aku tidak bersedia apabila masuk ke kelas kerana tiada masa untuk praktis pengajaran sebelum mengajar pelajar.

Budaya buli pensyarah senior kepada pensyarah muda bukanlah sesuatu yang baharu. Malah telah lama berada dalam budaya di universiti di Malaysia sejak sekian lamanya.

Bila dilaporkan kepada pihak atasan, mereka akan berkata yang bahawa perkara tersebut adalah perkara biasa sahaja. Lama-lama nanti akan biasa.

Aku sempat bertanya kepada seorang senior aku mengenai masalah ini.

Dia cakap aku sepatutnya pandai memilih dengan siapa aku akan bekerjasama nanti di masa depan. Elakkan bekerjasama dengan prof yang toksik dan freerider.

Tapi itulah. Aku susah untuk berkata tidak kepada jemputan untuk bekerjasama dalam akademia.

Adakah aku terlalu baik sehingga senang dibuli?

Sekian luahan aku yang membosankan di hari yang panas ni.

– Kocan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. 1. Semasa prof senior tu minta bantuan, TT lihat apa yang boleh TT dapat. Apply geran adakalanya memang perlu kepada prof senior. Kalau TT boleh jadi co author, itu pun bagus. Cari peluang untuk dapatkan networking.

    2. Belajar berkata ‘tidak’. Ada teknik to say NO. Belajarlah. Masa depan TT masih sangat panjang dan berada pada usia yang sangat bertenaga, bermotivasi. Anggap sahaja semua itu sebagai a steep learning curve sekiranya terpaksa berada di tempat kerja yang sama. Pengalaman saya bekerja di pusat penyelidikan kerajaan pun sama sahaja seperti yang TT hadapi. Yang senior akan suruh yang junior dengan pengalaman dan pengetahuan kosong untuk tulis proposal bagi mereka. Hahaha.

  2. Jgnlah ingat dpt PhD dah pandai. Umor 30 tahun, pengalaman masih kurang. Belajar isi borang dulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *