Ibu Bapa Toksik

Sebagai seorang anak, kita mendambakan kasih sayang daripada orang tua kita. Ini kerana orang tua itulah “safe place” kita.

Tapi, tidak semua yang bertuah memiliki orang tua yang benar-benar menyayangi dan menghargai anak mereka.

Sekiranya kita mengadu kepada ahli keluarga terdekat atau pun orang sekeliling, kebiasaannya disuruh bersabar dengan kerenah orang tua/ kena hormat orang tua kerana nanti tidak bau syurga.

Tapi, bagaimana pula dengan orang tua yang mendera anak-anak mereka?

Aku Helen, 30-an, penjawat awam. Abah aku pesara (bekas pengurus bank) manakala ibu aku pula suri rumah. Kami 4 beradik, aku anak kedua dan satu-satunya perempuan.

Dari kecil lagi, ibu memang arah aku seorang sahaja untuk buat kerja-kerja rumah seperti menyapu, buang sampah, cuci kasut adik-adik, gosok baju etc etc.

Manakala adik-beradik lelaki hanya bermain game atau cuma berehat-rehat di bilik.

Semasa aku berusia 7 tahun, aku pernah lari dari rumah kerana dimarah teruk oleh ibu (aku kurang pasti sebab utama dimarah tapi ada kaitan dengan bersihkan rumah).

Apabila di usia remaja (antara 13-18 tahun), di sinilah bermulanya episod physical & verbal abuses. Ibuku pernah menarik rambutku dan menghantuk kepalaku di dinding. Diriku seolah-olah tempatnya melepas geram.

Hampir setiap hari semasa dalam perjalanan menghantar aku ke sekolah pun, mulutnya tidak akan berhenti memarahi aku.

Untuk pengetahuan, aku bukanlah anak yang bermasalah/ liar. Aku memang duduk dirumah sahaja dan buat apa sahaja yang ibuku arahkan.

Ada sekali aku mengadu kepada abah aku perihal aku sentiasa dimarah tanpa sebab yang munasabah dan dipukul ketika abahku bekerja, tapi tiada apa-apa perubahan.

Malah, ibuku mengugut aku sekiranya aku mengadu kepada abahku lagi. Memang aku tertekan waktu ini tapi tiada apa yang mampu aku buat melainkan mendiamkan diri sahaja.

Adik-beradik lelaki tidak dimarah jauh sekali dipukul. Ibuku juga sering mengejek aku dengan menggelar “ustazah” gara-gara aku bertudung manakala dia tidak. Rambutku yang ikal pun sering menjadi bahan ejekan ibu dan abangku.

Mereka selalu mengata rambutku menyerupai hantu atau mereka memanggilku dengan nama-nama artis negro yang berambut afro.

Fast forward ke alam pekerjaan.. Dalam adik-beradik, hanya aku seorang sahaja yang mempunyai segulung ijazah. Yang lain? Tiada. Jadi, sudah boleh bayangkan apa masalah yang aku bakal hadapi kan?

Semasa permulaan kerja, ibuku meminta aku membayar RM2000 setiap bulan kepadanya dan bayar segala bil-bil dirumah memandangkan aku memandu kereta abah dan tinggal di rumah keluarga.

Ketika ini, aku bekerja di daerah kelahiranku manakala keluargku tinggal di daerah lain (atas tuntutan kerja abah aku).

Ada suatu ketika, aku mengadu pada ibu yang aku penat sangat kerja. Ibu aku balas ‘Dah kau yang mau kerja macam tu kan. Pandai-pandailah kau’ dan menukar topik perbualan. Apabila mahu membeli kereta, aku sedikit pun tidak diberi peluang untuk memilih.

Tiba-tiba suatu hari ibuku memberitahu dia sudah pun menempah kereta X dan menyuruh aku menanda tangan segala dokumen di bank. Ya, aku pergi ke bank dan signed segala dokumen.

Setelah berpindah ke daerah yang berdekatan dengan mereka dan memiliki kereta sendiri, ibuku pula meminta RM1000 setiap bulan. Ya, aku beri. Ada sekali dua bila aku tidak dapat bagi, ibu akan memarahi aku tanpa bertanya apa pun masalah aku.

Kemuncaknya, aku ditampar oleh ibu dan abah jadi penonton sahaja. Sejak dari situ aku nekad untuk berpindah ke daerah yang jauh daripada mereka.

Ketika itu mereka tidak pernah sekalipun menelefon untuk bertanya khabar (hanya akan menghubungi aku bila aku tidak mengirim duit sahaja).

Dan kini, wang KWSP abahku hampir habis dan aku pula disuruh membuat pinjaman peribadi sebanyak ratus ribu. Semestinya aku menolak.

Bagi aku, orang tua patut bijak mengurus kewangan dan tidak sepatutnya membebankan anak-anak dengan pinjaman peribadi.

Buat masa ini, aku block call & whatsapp daripada ibu bapa aku. Ini kerana aku sudah tidak tahan dengan perangai mereka.

Sekiranya dilabel anak derhaka, aku tidak kisah kerana orang tidak faham dan tidak rasa apa yang aku rasa. Bukan aku tidak mahu berbakti atau menjaga mereka, tapi tengoklah bagaimana aku dilayan selama ini…

– Helen (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Hi Helen,
    saya ada few thoughts yang saya rasa tak baik la untuk awak buat tapi cuma curious je.

    pernah tak awak terfikir untuk luahkan segala apa yang awak dah pendam dari umur 7 tahun ni? awak bukan je kena abuse emotionally tapi also physically. saya faham awak cuba menjadi anak yang solehah dan sebaik mungkin untuk parents awak. tapi sekarang awak dah 30an mungkin masa awak umur 13 tahun they dont take u seriously but now awak ada life awak sendiri, bukan macam lembu dicucuk hidung dah yang kena ikut je apa orang tua cakap. kadang-kadang orang tua ni pon sama lost je macam kita dan tak semestinya dia makan garam dulu dia betul semua. kalau saya di posisi awak dan saya memang betul2 dah taktahan besides ur parents pon dont seem to appreciate you kan. you unblock whatsapp tu, tulis je dalam group family, awak boleh mulakan dgn mukadimmah awak mintak maaf dan dah cuba yg terbaik lepastu awak luahkan semua yg awak rasa, pengorbanan awak, kesedihan dan kekecewaan awak etc but in a nicest way possible la awak jangan maki-maki pulak, no need to follow their footsetps. lepas dah send awak block semula. awak tak perlu tunggu respons diorang, cukup la terluah semua beban yg awak tanggung. stop bagi duit jugak, biar ibu awak nampak yang anak tak guna dkt mata dia tu la yang bersusah payah untuk keluarga, let them have a deep think about it. kadang macam tu je cara kita nak ajar balik orang mcm ni. a narcissist. kalau ibu bapa awak dah sedar dan insaf dan cuba fix hubungan, awak jgn lari pulak, terima je dan semoga bahagia untuk awak.

    this is just my thoughts la sbb i geram baca posting ni. but every decision is on you la. stay strong helen.

  2. toxic nya parent you! run baby run, you tolong lah jaga diri u baik2 kt tempat org dan hidup untuk diri you.. wehhh, baran btl aku baca confession psl mak ayah dia ni

  3. Tindakan yg tepat, jauhi mereka yg toksik biarpon ahli keluarga sendiri. Tolong jgn buat pinjaman tu, takut nanti saudari yg terjebak. Buat baik berpada pada, buat jahat jgn sekali. Lagipon saudari bukanye satu2nye anak mereka. Selama ni saudari terlalu baik & berlembut dgn mereka sbb tu mereka mengawal & memijak kepala saudari. Skrg saudari sudah sedar, Alhamdulillah….

  4. Takpe, lari sejauh mungkin. diorang masih ade lagi 3 orang anak yang diorang sayang sangat tu.

  5. Helen, it’s okay to live by yourself. Maybe boleh cut duit perbelanjaan you give for them. Bayarkan bil je sbb boleh tengok dlm apps. Yg lain2 takyah bagi dah. Make your current house a home. Hias cantik2. Harap you enjoy your life and be happy. Hidup you memang dah lonely dari dulu, takde siapa nk dengar luahan you kan. So takpe je kalau semakin kurang orang boleh contact you. Cheer up! Xoxo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *