Suami Keliru

Assalamualaikum admin. Mohon jasa baik admin untuk post supaya saya dapat ketenangan.

Saya lelaki. Married with kids.

Sepanjang bernikah. Saya tidak pernah sekalipun mengabaikan tanggungjawab saya sebagai suami.

Tempat tinggal.

Makan pakai.

Cuma saya jauh hati dengan isteri.

Kami berdua bekerja bidang professional.

Bekerja office dalam office hour.

Rutin harian kami,

Pagi dia akan masak dan pack barang-barang anak.

Saya akan siapkan anak. Mandikan dan pakaikan baju. Load barang-barang dalam dua-dua kereta. Keluarkan dua-dua kereta dari porch. Buang sampah.

Once dia dah bersiap, dia just drive kereta and drop anak dekat pengasuh dan terus ke office (~10 mins drive). Saya continue journey saya ke office (~45 mins drive).

Balik kerja, saya akan terus kutip baju basuh. Sementara run mesin basuh, saya sediakan dinner.

Dia mandi dan bersiap.

Then selepas dinner, saya pula mandikan anak dan bersiap.

Lepas maghrib, saya akan rush untuk 2nd job saya buat daripada rumah. Dia akan attend anak dan tidur.

Around 10pm saya selesai kerja di rumah, saya terus load baju masuk dryer.

And run 2nd time mesin basuh baju (kami run minimum 2x sehari, sekali untuk baju kami suami isteri, sekali utk baju anak. Asingkan sebab penggunaan sabun yang tidak sama.).

Sometimes akan run lebih dari 2x sehari kalau ada cadar/ selimut/ kain lap2 perlu dibasuh.

Sementara run mesin basuh baju dan dryer, saya akan prep brg utk dia masak bekal anak esok paginya.

Sambil2 prep, saya clear sinki. Clear baju yang dah keluarkan dari dryer tadi.

Demi Allah saya penat. Tapi saya faham wife pon penat.

By 11.30pm settle solat apa semua, saya masuk nak tidur untuk rehat.

Wife akan terjaga tidur. And demand saya urutkan dia sbb dia penat katanya.

After settle urut dia, dia continue tidur dan expect saya tukar pampers anak before saya tidur.

Lepas settle tukar pampers anak,

By ~1 am saya akan tidur.

Esok bangun and continue rutin sama.

So masalah dekat mana?

Masalah dekat wife yg expect everything saya buat is simple and tidak memenatkan.

While, dia yang menyusukan anak and tidur dengan anak is very tiring.

Saya tak puas hati sebab kami berdua penat.

Tapi bila wife tidak acknowledge penat saya. It is frustrating.

Saya confuse apa lagi tak cukup.

Pernah sekali lepas masak semua, hidang atas meja dan sebagaimya. Dia tengah isi nasi dalam pinggan.

Saya duduk dan minta tolong dia isikan nasi dekat pinggan saya dah alang2 dia tengah buat.

Dia tutup periuk nasi. Terus duduk continue makan.

Saya gelak ingat dia bergurau. Rupanya tidak. Alasan dia tak nak biasakan diri jadi hamba suami.

Allah…

Tak tahu jadi hamba suami macam mana kalau masak pon saya yang buat. Dan apa saya suruh tu sekadar minta tolong isikan nasi semata.

Lepas makan, dia sekadar tinggal dalam sinki. Atau kalau mood baik, dia basuh pinggan dia semata-mata.

Bila balik kampung dia, ada masa mak mungkin tak sihat untuk masak. Atau ada makan-makan keluarga.

Dan berpakat masing-masing adik beradik masak sikit sorang untuk jamu tetamu.

Sungguh saya segan kami tak buat apa. Sayalah yang akan buatkan on behalf kami laki bini.

Saya yang akan beli barang dan masak.

Bila balik kampung saya, saya dan adik-adik akan buat.

Sekadar makluman, family saya buka sejenis family yang lelaki tipikal. Ayah, pakcik makcik semua jenis buat kerja rumah bersama-sama suami isteri.

Jadi ini kebiasaan saya dan keluarga belah saya.

Cuma saya malu, adik-adik ipar lelaki pon ada sama-sama buat kalau ada kenduri kendara. Sama-sama masak, bancuh air dan lain-lain.

Tapi isteri saya buat sibuk dukung anak tak bantu apa.

Sedangkan luar waktu kenduri kendara atau jamuan, dia menyusukan anak dan pass dekat saya untuk entertain anak. Alasan anak nak dekat saya.

Sampai masak, basuh baju, kencing pon sambil dukung anak.

Tolong pembaca dan admin.

Tenangkan saya. What should I do to rectify this. Saya dah semakin lost. Talak tu terlalu mahal harganya untuk saya.

Tidak mudah saya nak jatuhkan.

Tapi tidak mustahil untuk saya lepaskan.

Sekali saya lepaskan, tidak mungkin saya kutip balik.

Jangan advise nikah lain, cerai dan sbgnya. Itu mengundang masalah bukan menyelesaikan.

Nasihat, bincang, marah. Semua saya dh buat. Tapi itulah tu. Isteri liberal kah isteri saya ni?

– Suami Atas Kertas (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

19 Comments

  1. sabar, sebab anak kecik2 lagi kot.. nanti dh besar xpyh dah nak tukar pampers, dukung n buat susu.. anak dh besar xpyh tambah baby lagi.. pastu ajar anak2 sama2 buat kerja, insyallah, nnt kuranglah beban awak.. tlg jgn jadi kuli anak.. bab isteri tu, slow2 didik n cakap, jgn marah kang jd benda lain pulak sbb tgk gaya bini u mcm kaki bangkang n lawan je.. perempuan mcm ni susah, kena tggu suami mati baru naik kt tt ‘suami terhebat’ padahal masa hidup dia buli husband kaw kaw

  2. klu mcm tu xperlu msk utk dinner, beli sahaja. breakfast pagi pun buat yg simple2 cth roti. berkenaan baju bajan buatlah jadual…bergilir setiap hari

  3. kunci nya abg kene bersuara.. .. komunikasi tu penting dalam berumahtangga.. pendam & cakap dalam hati xde siape tahu.. kdg ade orang jenis kene tegur baru tahu perbuatan die tu salah .. klo isteri abang jenis nk menang maaf ckp lah angkat jela kaki cmtu dari bertahan

    • Isteri awak cakap taknak jadi hamba suami. Tapi awak pulak jadi hamba isteri.. boleh pulak ye..? Start hari ni, tak payah la buat lagi benda kecik macam alihkan kereta, prep bahan utk sarapan, urut bdn dia. Kahwin ni give & take. Tapi dari cerita awak ni awak je yang memberi… Bincang la baik2, kalau takleh bincang, gaduhkan aje

  4. Bawa isteri solat jemaah sama-sama Tuan. Puji dan ucap terima kasih padanya setiap hari. Masa dia tidur tu, Tuan baca surah Toha;1-5 dan tiupkan pada ubun-ubunnya. Moga-moga dia lembut hati. Jangan lupa duit nafkah pada dia, kadang isteri hilang hormat bila dia turut keluarkan duit utk belanja rumah tangga. Saya doakan Tuan dikeluarkan dari isu ini. Solat hajat dan tahajjud jangan dilupa.

  5. Kena bahagi keje pastu kalau dia x buat ko jgn buatkan plak. Pompuan ni kalau da banyak lemak susah nk buang. Better ko diskass ngan wife masa muda dan anak tak ramai lg

  6. Macam serupa kisahnya… Kami pun sama2 p&p, gred sama tp agensi berbeza. Dari segi title, dia lg besar… Tapi alhamdulillah segalanya berubah lepas kami pjj, wife dah pandai berdikari dan faham apa itu erti penat yang sebenar… Mungkin itu hikmah hijrah kami… Semoga tabah dan baik2 semuanya bro..

  7. Tahniah, sbb Tuan adalah ciri idaman ramai wanita diluar sana..

    Namun, leader yang hebat mampu menyelesaikan masalah dgn komunikasi.

    Penting untuk bincang dari hati ke hati. kAdang pasangan tak faham. kita sendiri pon tak boleh baca apa yang ada dlm hati dia. inikan dia nak baca apa yang dalam hati kita.

    Bercakap dan berbicaralah dengan bahasa yang dia boleh faham, bukan dengan bahasa kita yang twrlalu advance. Jika pemikiran dia keanak anak kan…. bicaralah mengikut level dia.. Jangan terlalu tinggi, sampai tak boleh faham.

    2. Doa.. doa Allah permudahan dan menyelesaikan masalah ini.

    3. Berdamailah dgn takdir, jodoh yang telah ditetapkan. Doa moga tuan dapat hikmah dari apa yang ditakdirkan.

    andai tips ini membantu… doakan sy kembali.. tenkiuu.

  8. Sepanjang confession ni sy tertarik dengan perkataan ‘expectation’.

    Expectation isteri pd saudara dan expectation pd diri sendiri dn expectation saudara pd isteri.

    Utk expectation isteri,bincang.
    Utk expectation yg dua lagi tu silelah rendahkan.

    Meh sy bg tips utk kurangkan penat pd saudara.

    Suami sy buat juga semua kerja rumah spt apa yg saudara buat ni.

    Ni nasihat suami sy,man to man: kena tahu limitasi diri.Lelaki ni mmg objective oriented tapi silalah sayangi diri.Bila penat, berehatlah.
    Kalau rasa tak nak buat, btau isteri dan tak perlu buat.
    What’s the worst could happen? Isteri jd monster ke bila saudara tak dpt siapkan task simple?tak diceritakan pula kt sini.

    Nasihat saya pula sbg isteri:
    Bila suami cakap dia penat, sy suruh dia tinggalkan.Tak perlu buat.
    Saya yakinkan dia, bila ade masa nnt sy tolong atau saya akn ckp bila masa free dan tak penat,buatlah.

    Contoh kerja rumah yg boleh ditangguhkan, basuh baju.Tak perlulah saudara basuh setiap hari.Buat sekali seminggu pon ok dah.

    Persiapan bahan masakan boleh buat seminggu sekali.Ambil la masa 1 hari weekend prepare.

    Basuh pinggan kalau peeennat sgt nk basuh mlm tu,awal pagi bangun basuhlah.Tapi suami sy akn susun pinggan kotor dgn kemas wpon tak basuh lg dan pastikan sampah mknan dah buang.

    Kemas rumah?pejam mata utk sehari dua.Kalau ada duit lebih,hire cleaner 2 minggu sekali.

    Saya juga tgh lalui fasa menyusu, mmg penat, penatnya tu mmg lagi penat dr membersih dan mengemop lantai dapur.
    tp tidaklah alasan penat tu dijadikan modal utk jd pemalas smpai basuh pinggan pon tak boleh dan simple task spt tukarkan pampers anak pon tak boleh.

    Jadi, saudara tegaskanlah disini, task simple mcm tu dan berkaitan dgn anak, silakan isteri saudara buat!Jika mmg diperlukan bantuan, buatlah sama2.

    Satu lg yg mungkin boleh dibincangkan dgn isteri adalah ttg kesihatan mental.Dari gaya penulisan saudara ni, awak dah burnout.
    Boleh lah ‘ugut’ isteri tu takkan smpai saudara dah depress baru dia nak tolong buat kerja rumah sama-sama.

    trust me,bila da tahap mcm tu,susah nak berfungsi dah.(didoakan saudara tidak sampai tahap itu)

    Dalam hal ni mmg nampak isteri tu ambik kesempatan dan kurang empati terhadap saudara. Nak sedarkan cik puan tu mmg kena hati kering.

    Kalau dah berbincnag dan saudara pon sudah tegaskan tugas apa yg patut dia take over utk kurangkan kepenatan tapi dia masih bolayan.Saudara boleh cuba tak tdo dgn dia selama 3 hari,spy dpt beri pengajaran sket.

    Didoakan agar Allah lembutkan hari isteri dan rajinkan beliau.Dan moga dipermudahkan urusan saudara sekeluarga.

  9. Zaman sekarang kalau kau berjaya dan kerja dalam bidang professional, ada kemungkinan ada orang dengki dengan family kau. Ramai orang tak sedar yang mereka dh kene sihir pemisah. Tujuan yg aku nampak kenapa orang nak sihir pemisah adalah sbb dengki lah apa lagi. Sakit hati tengok orang lain hidup senang. So aku nasihatkan, pergilah cuba dapatkan rawatan perubatan islam. Cuma yang susahnya adalah bila ko dengan pasangan kau dah ada orang yang hantar sihir pemisah. Bukan senang nak pergi buat rawatan. Ada saja halangan untuk tak pergi. Jadi kene kuatkan diri pergi check sbb skrng dh akhir zaman. Banyak orang dengki. Kadang² dalam family dan kawan rapat yg hantarkan sihir pemisah ni.

  10. Ujian spt ini kerapnya ke atas seorang isteri. Sungguh istimewa dirimu seorg lelaki terpilih utk harungi. Kunci atas segala mcm ujian hanyalah sabar. Bukanlah manusia yg akan balas setiap penat lelah titik peluh kita tp Allah maha adil akan balas walau sebesar zarah usaha & effortmu. Percayalah, yg terjadi atas izinNya. Allah ingin mu menikmati balas yg indah kelak. Kalau bukan di dunia, di syurga. Manusia yg zalim juga Allah akan balas. Allah maha membalas. Ssorg itu mendpt isteri sebegitu juga atas izinNya. Yakinlah balasan atas segala berkat kesabaran, Allah akan balas dgn syurga yg terpaling indah. Di sana tiada keluh kesah, juga akan mendapat isteri terbaik dan tiada lg penat. Pd tgkat emosi terendah ku, aku hanya igt mati. Dan nanti moga balasannya syurga yg bahagia selama-lamanya. Byk video ig, tiktok, youtube pasal sabar yg boleh dgr utk tenangkan hati❤️

  11. Luahkan letih lelah, sesal, bebalmu dalam solat. Luah padaNya. Zikir tgkatkan sayang Ya rahman ya rahim ya wadud ya syakur cambahkankanlah ksh syg isteriku trhadap aku & anak2(zikir doa ustazah asma ajar). Doa & solat hajat juga utk Allah lembutkan hati isteri utk memahami.

  12. Sama mcm menantu sy. Tak bekerja tp byk kerja rumah, suami dia yg buat. Anak sy balik kerja mandikan anak, suap anak dll. Isteri dia (menantu sy) biasanya tak masak n mereka selalu mkn di luar. Gaji anak sy 3k, tiada sewa rumah dan ansuran kereta tp still tak cukup. Baru2 ni anak sy pinjam duit pakcik dia sbb isteri nk beli IPhone. Dlm hal ni, mungkin anak sy juga bersalah sbb tak berani nk tegur isteri. Atau mungkin dh tegur tp jenis bekeng. Anak belum umur setahun tp dia sibuk suruh suami dia belikan rantai emas n rantai dia sendiri. Masalah nya bila tak cukup duit anak sy buat muka sedih pinjam ayah dia, hutang yg tak pernah berbayar. Dia anak sulung, ada adik2 yg masih belajar, sepatutnya jgn bebankan org tua. Tp demi isteri kayangan, sanggup ketepikan keluarga. Sedih tp terpaksa tengok je la.

  13. Bwk isteri pergi bercuti bang, spend time ms sama, kalu blh ambik 2bilik asing dgn anak… me time bersm… pastu slow2 cucuk luah perasaan ke isteri… insya Allah

  14. Isteri awak cakap taknak jadi hamba suami. Tapi awak pulak jadi hamba isteri.. boleh pulak ye..? Start hari ni, tak payah la buat lagi benda kecik macam alihkan kereta, prep bahan utk sarapan, urut bdn dia.

    Kahwin ni give & take. Tapi dari cerita awak ni awak je yang memberi… Bincang la baik2, kalau takleh bincang, gaduhkan aje

  15. dia x tahu…yang tolong suami cedokkan nasi tula keberkatan nak masuk syurga…kadang pmpn mcm ni mmg xboleh nak kata apa…dia faham agama cara dia..kita dah didik..tp..nk ubah..mmg kne ubah diri dlu..

  16. besar ujian ko ni dik… biasa mmg gitu laaa, dapat suami baik, isteri pulak mangkok hanyun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *