Perlukah Noktah? II

Untuk part I, (https://iiumc.com/perlukah-noktah/).

Sambungan dari Perlukah Noktah? Kalau nak tahu dari asal kisah.

Sedang aku sibuk bekerja. Aku dapat work from home dalam tempoh covid ni. Dari sini bermula satu2 terbuka.

Surat sampai dekat rumah. Dan aku terus buka walaupun nama suami. Aku memang buka sebab surat yang sampai rumah selalunya tentang urusan rumah termasuk bil semua.

Tapi aku pelik tertera dalam isi surat tu berkenaan kedai pajak gadai. Item gelang berat sekian sekian dan jumlah sekian.

Terkejut sangat scammer mana hantar ni. Aku telefon dulu kedai tu nak pastikan kewujudan kedai ni siap google. memang wujud tak jauh dari rumah jugak.

Perkara yang aku tanya dulu dgn kedai ni kenapa surat ni tiba2 sampai rumah. Sebab takda gadai apa2 pun. Dan kenapa nama suami yang tertera siap nombor ic lagi. Pelik sangat. Tapi kedai cakap buat apa mahu tipu.

Ini details semua kita dapat sebab penama tu datang kedai gadai barang lah. Aku musykil sangat. Dengan tenang aku telefon suami. Aku tanya tentang hal surat ni.

Dia pun cakap tak ada gadai apa2 dan taktahu menahu tentang ni semua. Suami cakap dia akan pegi buat report polis sebab ni melibatkan details dia semua. Aku ok saja lah sebab aku pun tak fikir apa.

Aku masih tak puas hati aku call kedai tu balik. Dan kedai cakap benda sama. dia cakap nak report polis silakan. Sebab dorang ada cctv. Aku tersentak. Aku berdiam. kemudian laki aku pulanh rumah beserta report polis yang dia dah buat.

Macam biasa aku masih cuba teruskan kerja work from home yang ada. Lepas maghrib kami masih berbincang tentang hal ni. Aku cuba minta dia berterus terang sebab hati aku memang tak sedap. Walaupun selama ni aku memang rasa sesuatu tapi aku sendiri taktahu apa.

Tak lama kemudian suami aku berterus terang tentang perkara petang tadi. Dia memang ada gadaikan gelang yang mertua aku bagi tu. Aku macam tergamam. Untuk tutup hutang dia pada kawan. Sebab tu dia gadai sebab kawan dah mendesak.

Aku tergamam lagi. Dan aku terus beremosi. Aku sedih sangat2. Sedih kenapa dia tak berlaku jujur dari awal. Sebab selama ni aku risau sangat bila gelang ni hilang sebab satu2nya hadiah dari mertua.

Aku bukan lah jenis banyak barang kemas takat cincin kwin, tunang dan gelang dari mertua saja lah yang ada. Bila sah jadi macam ni aku cuba kawal emosi tapi aku gagal sebab aku terlalu kecewa.

Paling aku sakit dan sedih dia sanggup buat report palsu yang dia olah sendiri kat office dia. Copy dari jenis report yang ada dan dia isi olah dengan cara dia. Aku pun tak terfikir sampai ke situ dia akan buat untuk terus menipu aku.

Meja pinggan semua terbalik pecah aku buat sebab terlalu emosi. Aku jadi tertekan dengan hidup aku lepas kawin dan bila suami buat hal macam ni aku tak boleh terima. Anak kecik baru setahun menangis2 sebab takut dengan amukan aku dirumah.

Suami peluk anak. Aku cuba tenang dan aku terus menangis dalam tidur. Esok paginya aku terlalu sakit kepala mata aku bengkak. Aku tak larat nak bangun. Anak terus dia hantar ke taska macam biasa. Aku minta dia hantarkan aku ke klinik sebab aku tak tahan.

Dapat MC aku sambung rehat semula. Tapi aku tak berhenti mengalir air mata. Sebab aku terlalu sakit tiap kali tengok muka dia. Dia minta maaf sampai melutut. Aku biarkan saja.

Dia terangkan pada mak mertua/ mak dia atas apa yang jadi. nasihat diberikan pada dia untuk cuba pujuk aku dan juga terima bebelan dari maknya. Aku ? Masih macam tu makan tak ada selera. Tengok dia apatah lagi.

Tengahari ke petang aku makan saja apa dia beli. Aku tekad cuba untuk malas fikir. Slowly aku cuba macam biasa. Dan aku minta jangan tipu aku lagi.

Hidup seperti biasa bulan ke bulan. Bahagia semula berjalan selepas perintah kawalan dihentikan. Seronok dan indah hidup normal semula.

Hujung tahun 2021 bonus 3 bulan banyaknya dapatlah aku tambah kelengkapan dalam rumah kami. Peti ais , langsir baru , beg baru dan phone baru untuk aku ini semua lepas bertahun lamanya aku menyimpan membeli barang untuk diri sendiri.

Alhamdulilah! Anak pun membesar dengan baik. Semuanya baik saja sampailah suami ajak berpindah untuk ikut bersama. Projek baru dan company baru bakal offer lebih lagi dari sekarang. Aku gembira boleh dekat dengan keluarga bila berpindah nanti.

Bulan ke bulan aku cuba cari kerja baru dan berjaya dapat tawaran. Rumah sewa pun sudah cari. Dengan ini kami plan untuk sewakan rumah kami termasuk semua barang rumah dan kami pula menyewa kosong nangi.

Motorku sejak zaman belajar yang bertahun umurnya aku jual dan jadikan deposit muk untuk motor baru suamiku. Senangkan dia bekerja nanti.

Dan kereta merah dijual kembali. Berpindah ke kota metropolitan kos sara hidup lebih tinggi. Yang aku sangkakan semuanya baik saja bakal menimpa kami sekeluarga.

April 2022 kami selamat di tempat baru. Aku juga dah mula kerja ditempat baru. Paling yang aku tak sangka. Aku hamil ! Untuk anak kedua.

Seronok sangat tapi aku risau. Kandungan kedua kali ni awal pendarahan banyak sampai aku MC kat tempt baru. Syukur company ni tak masalah. Dorang terima saja.

Aku ingat aku keguguran tapi rezeki tu masih ada. Alhamdulilah sihat saja. Minggu ke minggu. Suami masih tak bekerja.

Katanya belom dapat offer letter lagi. Bila tanya semula company yang dia nak masuk tu tak dapat projek ni. So tak ada panggilan untuk dia masuk sebab tak ada kekosongan. Anak aku masih hantar ke taska sebab aku fikir suami aku bakal kerja.

Semua persiapan dibuat awal. Tapi apa kan daya masuk bulan kedua mengharapkan gaji aku tidak sebesar mana untuk tambung kos perbelanjaan memang tak cukup.

Duit KWSP yang keluar dah beli tambah perabot dirumah sikit saja. baki mana yang bole di simpan aku simpan di asb.

Aku minta juga suami buat yang sama. Selesaikan bil mana yang ada agar mudah urusan kita nanti.

Bulan kedua dia masih tak bekerja dan masuk bulan ketiga masih tak ada panggilan dari mana2 company untuk offer interview ataupun masuk kerja. Runsing! Dengan ini aku decide untuk berhenti kerja.

Biar dia nampak kalau aku tak bekerja baru mungkin dia akan lebih usaha. Surat aku hantar ke manager. macam2 soalan ditany aku hanya kata nak fokus pada kehamilan aku kini.

Atas ketakcukupan kami untuk bulan akan datang, aku ajak suami pindah ke rumah lama keluarga aku. Tempat aku membesar. Yang kosong kian lama nya. Mak aku juga izinkan smpai betul2 selesai semuanya.

Alhamdulilah kerja suami dapat cuma agak jauh dari rumah dan gaji pun biasa. Tapi layan saja. Syukur perbelanjaan cukup2 makan saja.

Tak semewah dulu. Aku pun kian sarat dengan anak kedua yang besar dari sebelum ni. Syukur juga jantina sama dan barang anak pertama semuanya boleh digunapakai kembali. Aku basuh dan siapkan semuanya. Rumah lama keluargaku cukup sedia ada. Perabot masih ada.

Kami pakai apa ada. Yang kami beli pun tak banyak dan boleh simpan dulu untuk pakai lain kali. Kais pagi makan pagi itu lah antara yang kami buat.

Satu kali masak untuk makan satu hari. Kalau ada rezeki lebih macam kadang kakak aku kirimkan sikit boleh tambah belanja.

Dapatlah kami tambah2 apa ada. Ayam bercatu kalau 2kg aku akan bahagikan bahagian ayam tu untuk 4 hari. Potong kecik2. Ikan pula akan beli 4 ekor. 2 ekor sehari. selang seli gitu lah. Kalau ada rezeki lebih dapat tambah daging. aku ok saja. Cukup makan pakai.

Bila dah sarat ni aku teringin makan manis. Tapi kalau ikut duit belanja memang tak cukup. kawan tempat belajar aku.

Tiba2 whatsapp nak kirimkan kek untuk aku. Aku terkesima kot. Seronok tapi aku segan. Aku tolak dngan baik. Tapi dia nak juga bagi rezeki anak.

Terima kasih sahabat! Walau dia bukan selalu bertanya kabar tapi bila jumpa banyak cerita kami. Tq SA. Perempuan manis cantik orangnya.

Aku berterima kasih sangat. Bila kek sampai rumah masyallah !!! Besar size kek browniesnya.

Redvelvet brownies !!! Sedap sngat alhamdulilah ! mengidam manisan mengada betul rasa. Rezeki baby. puas makan seminggu.

Sebelum tu aku ada nak support bisnes makanan dia tapi dia ajak ke rumah terus. Hari ahad walaupun cuti tapi suami aku kena OT.

Kiranya seminggu kerja tanpa cuti. Sebulan 2 kali gitu lah. Site dan rumah kawan aku si SA tak jauh. Singgah lah kami ke sana langkah kanan. Nasi daging utagha memang fav aku sejak lamanya. Sedap sangat air tangan dia.

Tak tahu nk cakap macam mana. Dijamah dengan selera kami bertiga. Kawan lain pun hadir bersama. Lama aku tak berjumpa kwan belajar dulu. Sejak dah tak kerja aku kurang bersosial. Ni baru lah dapat semula borak2 dngan kawan yang ada.

Aku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan ditengahari…..

Aku cuba kuat untuk hubungan ni sebab anak2. Tapi aku juga perlukn sokongan.

Part 3 aku akan cuba sambung dan cuba untuk yang terakhir…

Terima kasih..

– Isteri yang kecewa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *