Su4mi Pemula Kes Sond0l

Hi. Aku Intan. Lately kerap sangat kes artis curang disajikan dekat socmed kan. Nak sebut tak terkira.. Aku tak ketinggalan digest komen2 netizen tentang kisah2 mereka yang disondol/menyondol.

Rata2 yang aku sedar, semuanya akan hentam pihak ketiga. Terasa nak share kehidupan aku juga yang hampir pernah alami bibit kehadiran orang ketiga. Maaf jika cerita berterabur.

Aku sudah berkahwin dan ada sepasang cahaya mata yang comel. Suamiku gelaran Mat, cintaku sejak zaman belajar hingga kini 15 tahun lamanya.

Dalam tempoh perkahwinan kami ini yang sudah lama terjalin, aku tak pernah heran atau terdetik untuk godek phone suamiku.

Hingga suatu hari, aku tetiba tergerak hati untuk saja2 buka phone dia. Masa ni Mat pi kedai, tertinggal phone nya. Mungkin Allah nak tunjuk padaku. Mat pun takkan expect aku untuk godek2 sebab aku bukan jenis busybody.

Tap.. tap.. Password unlocked. Guess apa yang aku jumpa? S*x chat, Naked photo sharing, conversation mesra, ber sayang2. Yang surprise nya, kekasih gelap tu dia save as nama lelaki.

Mesej sudah berlarutan lamanya hampir 2 tahun lebih. Aku tak tahu sejauh mana lagi kemesraan mereka ni.

Tubuhku menggigil. Tanganku menggeletar masa scroll phone nya. Otak aku blank kejap. Dunia rasa gelap. Air mata ku bergenang.

Aku cuba takmelatah awal. Aku screenshot semua siap2, aku simpan dalam phone aku – chat, gambar, video, eh banyak lagi lah. Aku save nombor nya juga dalam phone aku.

Aku nekad, kalau apa2 jadi, aku sudah ada bukti untuk make sure anak2ku tak jadi mangsa keadaan, sekiranya Mat bertindak luar kawalan dan sebagainya. Senang aku nak tuntut hak aku nanti.

Thanks to kes puteri sarah and sol, aku jadi aware yang hak isteri boleh dibela, so aku nak well prepare awal2.

Masa yang sama, Aku delete semua contact2 n chat dia dalam phone yang meragukan. Termasuk kekasih gelap nya tu, aku siap block. Lantak kau lah minah.

Mat ni bukan jenis hafal nombor phone, so dia takkan aware contact tu dah hilang. Unless klu dorang dah tahap cinta gila, mungkin dia mengamuk meroyan cari balik contact tu. Jadi ni boleh jadi hint buatku, sejauh mana hubungan dorang ni.

Berhari2 juga aku senyap. Cuba kawal emosi. Yela. Mat ni baik, penyayang, layan keluarga memang tiptop. Tapi bila dah terkantoi buat hal belakang isteri, nak expect isteri cool lagi?

Hingga 1 tahap, aku decide nak confront depan2 selepas berhari2 aku tengok dia takda tanda resah gelisah hilang makwe.

Aku tidurkan anak2ku dulu, baru aku hadap Mat. Aku buka phone aku, aku tunjuk satu persatu bukti yang aku ada simpan tu. Aku tanya dengan ‘lembut’ tau uols. “Abang, ni siapa? Boleh cerita?”

Mat terkedu. Sumpah air mukanya masa tu berubah. Dalam hati aku dah macam kena siat2, tapi aku act normal. Lama dia senyap. Aku tak desak lagi.

Then aku angkat phone aku, aku cakap aku nak dial nombor minah tu. Kelam kabut Mat cepat2 buka mulut..

“Abang saja suka2 contact dia, Lisa nama nya. Abang dapat nombor dari kawan. Kawan2 gitu je.” Heh. Mat fikir aku boleh diperdaya alasan gitu.

Aku tunjuk pula gambar2 naked n chat sayang mesra dua makhluk ni. Aku tanya lagi, “Kalau kawan, kenapa mesra siap gambar n chat macam ni abang?

Dengan wife abang tak pernah pula abang chat intim gini? Dah pernah jumpa berapa kali?” speechless terus Mat. Merah padam muka nya.

Dari situ jadilah sesi cerita kami semalaman, bermula dari pengakuan dia yang mulakan dulu hubungan tu, dan si lisa yang melayan hingga ke hari ini.

Tipu lah kalau tiada tikam lidah gaduh2 sepanjang pillow talk ni kan. Haha. Tak perlu lah aku nak citer sini, kang panjang pula confession nya.

Nak cakap Lisa je yang salah? Tak juga. Dua2 main peranan. Dalam kes aku ni, Mat yang mulakan dahulu. So aku akan attack Mat dulu, baru Lisa.

Mat yang buka ruang untuk curang, dan Lisa pula sambut dengan baik, sudi melayani Mat ni. Nasib si Mat bukan jejaka kayangan harta melimpah. Kereta pun cabuk je. Kalau kaya, mau blink2 mata Lisa tangkap cintun dengan Mat ni.

Kalau dibiarkan lama2 jadilah kisah penyondol dan disondol betul tak? Niat Mat sebenarnya nak ‘test market’ je.

Masih belum lagi terdetik ‘cinta’, si Lisa pun layan masih belum ke tahap angau lagi. Sebab Lisa ni mahu dimewahkan dulu baru dia balas layanan kaw2 balik.

Aku ketawa. Oo then kalau da sangkut jatuh hati nanti, nak cakap ‘dah jodoh dan takdir’ pula la kan. Mat diam lagi. Jangan nak jadi sambungan kisah retis2 telunjuk 1 jari tu pula ye. Curang tu pilihan ye cik abang.

Lepas dari pengakuan Mat tu, ingat aku akan duduk diam membatu je? Dan Lisa, takkan aku nak biarkan tergantung juga, ye dak?

Dia juga aku approach untuk cerita lebih adil. Aku ada option. Melepaskan atau selamatkan. Dan aku pilih untuk selamatkan rumahtangga ni.

Aku positif kan diri, Mat suami dan ayah yang baik selama bertahun2 kami hidup bersama. Takkan sebab kesilapan nya ini aku nak hukum dia dan lupakan segala kebaikan nya? Aku decide untuk betulkan keadaan sebelum menyimpang jauh.

Tindakan aku selepas isu kecurangan ni ini agak berliku juga, tapi umpama orang kata, pelangi hadir selepas hujan badai melanda.

Alhamdulillah. Hubungan rumahtangga lebih baik dari sebelum ini. Bahkan aku jadi matang, dan serahkan pada Allah. “Kalau Allah nak pinjamkan Mat sekejap sahaja, aku redha”.

Aku tak boleh kawal Mat, tapi aku boleh bergantung pada Allah yang memegang hati setiap hambaNya. Asbab kecurangan Mat ni lebih dekatkan diriku pada Nya, y selama ni aku lalai.

Bagiku, tak kisah laki atau prempuan.. benda takkan jadi kalau tak dimulai. Kalau bertepuk dua belah tangan, lagilah menjadi betul tak?

Si Mat ni pun, dah usia makin tua pula boleh tetiba nak merasa gatai dengan perempuan muda. Test Market konon. Ikut hati nak je aku hambat.

Tapi hormat suami punya pasal, aku hambat dalam hati jelah. Aku muhasabah diri. Kalau readers nak ada sambungan bagaimana aku selesaikan, aku buat next time ye. Terasa panjang pula kih3…

– Intan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *