Salam, hi semua pembaca.. Terima kasih admin siarkan kisah saya.
Namaku Bunga berumur 20-an. Saya mempunyai 4 orang adik-beradik, 3 lelaki dan saya sorang anak perempuan tunggal & anak ke-3 dalam adik-beradik.
Abang sulung berkahwin tapi tak bekerja, abang keduaku tak berkahwin tapi bekerja & adik bongsuku bakal menduduki spm sementara saya menyambung degree di sebuah uni terkemuka di M’sia.
Ayahku bekerja chairman dalam syarikatnya, mak saya bekerja sebagai penjawat awam kerajaan.
Kisahnya bermula sejak abang sulungku berkahwin pada tahun 2019. Sebelum berkahwin, dia berniaga untuk berkahwin setelah putus cinta sehingga mengalami depression.
Sedara mara sebelah ayah membantu kami dengan mencarikan calon untuk dijadikan isteri, menantu & kakak ipar sulung buat keluarga kami.
Selepas majlis berkahwin selesai, dalam beberapa bulan, saya ingat abang saya mengumpul wang untuk berkahwin (wang hantaran & dll) rupanya mak saya bagitau ayah saya yang bayarkan semuanya.
Dari situ, saya agak kecewa kerana yang berkahwin itu abang saya & dia sepatutnya menggunakan wang sendiri untuk membayar kos perkahwinannya tetapi saya tidak boleh buat apa2.
Mungkin saya masih muda & tidak tahu hal2 perkahwinan ini sepatutnya ditanggung, dibayar oleh siapa & sebagainya??
Selepas abang sulungku mempunyai cahaya mata yang pertama, dia mula buat perangai kerana tiada wang untuk sara keluargnya & membayar bil hospital dll. Ayah saya tolong bayarkan semuanya… semuanya ditanggung oleh ayah saya.
Saya kesiankan ayah saya sebab sebelum & selepas abang sulungku berkahwin pun, semuanya disuapkan & ditanggung oleh ayah saya. Saya hanya mampu melihat & memendam apabila situasi ni terjadi.
Pada mulanya, abang sulungku duduk di rumahnya yang tidak jauh dari rumah kami sekeluarga. Kami menetap di sebuah bandar yang maju, banyak peluang pekerjaan untuk abangku & banyak kemudahan.
Abang sulungku bekerja di sebuah kedai komputer yang cukup untuk menanggung sara hidupnya & keluarganya. Tiba-tiba, abangku berpindah jauh dari kami. Tempat dia berpindah & duduk skrg berdekatan dengan keluarga mentuanya.
Ayah saya terkejut & sedih kerana abangku tidak pernah berbincang tentang dia berpindah secara mengejut.
Ayah saya hanya mampu melihat & membiarkan abang sulungku untuk hidup berjauhan dari kami sebab kami sekeluarga menanggap abang sulung saya ingin hidup berdikari tanpa bergantung kepada kami. Kini, abang sulungku tidak bekerja.
Abang sulungku rajin datang berkunjung ke rumah kami kerana katanya dekat saja boleh abang datang tiap2 minggu. Saya pun berasa kami tak ditinggalkan oleh abang kami yang duduk berjauhan.
Dari situ, abang sulungku mempunyai cahaya mata yang ke-2 yang tidak beza umurnya dari anak pertamanya.
Suatu hari, bermulanya kisah abangku tiada wang untuk menyara keluarga kecilnya. Dia meminta wang kepada ayahku sebagai duit bulanan beribu ringgit untuk membayar rumah sewa, bil elektrik & air, dan barang rumah.
Saya berasa kecewa & marah kerana abang sulungku masih tidak bekerja walaupun sudah mempunyai 2 orang anak kecil. Pada mulanya, ayahku tidak memberikan wang kerana mahu abang sulungku cari wang sendiri.
Akhirnya, abang sulungku dah tak balik ke rumah kami & tak bagi ayahku melihat cucunya selama 2 bulan.
Sejak dari kejadian tu, ayahku sanggup memberikan wang bulanan jika tidak, abangku tidak mahu balik ke berkunjung ke rumah kami lagi.
Saya seringkali menasihati ayah saya untuk tidak memberikan wang kepada abang sulungku pada setiap masa. Supaya abang sulungku yang tidak bekerja tu mencari pekerjaan & tidak bergantung wang kepada ayahku kerana dia sudah berkahwin.
Situasi ini berlanjutan sehingga hari ini. Jika abang sulungku balik ke rumah kami, ayahku ajak mkn di luar & singgah di kedai mainan untuk cucunya.
Lalu, abang sulungku ambik kesempatan untuk mengambil 3/4 pampers & letak di kaunter sebelum ayahku membayar mainan serta pampers. Saya berasa marah & geram dengan sikap abang sulungku sebegini.
Tapi saya hanya mampu marah dalam hati. Nasihat saya kepada ayahku beberapa kali, ayahku masih tak dgr kerana cucunya. Kerana cucu, ayahku sanggup buat apa saja untuk abang sulungku yang “biawak hidup”.
Rupa-rupanya, mak saya bagitau abang sulungku kerap datang ke rumah kami pada setiap hujung minggu kerana dia tiada WANG & untuk MEMINTA wang kepada ayahku.
Sebelum & selepas abang sulungku berkahwin pun, semuanya disuap, ditanggung oleh ayahku.
Abang keduaku marah dengan sikap malas abang sulungku yang tak mahu bekerja malah suka meminta wang. Abang keduaku tidak bercakap dengan abang sulungku selama beberapa bulan. Saya memendam rasa dengan sikap abang sulungku.
Saya tidak boleh bayang bagaimana jika anak-anaknya akan bersekolah tadika nanti? Bagaimana abang sulungku nak beli kelengkapan sekolah anak-anaknya nanti? Adakah dia akan meminta wang untuk membeli kelengkapan sekolah anaknya kepada ayahku?
Kereta abang sulungku rosak kerana enjin compressor rosak. (Maaf jika salah tentang kereta hahahaha) kos untuk pembayaran bil kereta abang sulungku mencecah 3 ribu lebih.
Persoalannya, siapa nak bayar? abang sulungku bayar? Mestilah tidak. Jawapannya ayahku terpaksa membayar bil keretanya.
Satu sikap abang sulungku ialah dia suka melawan cakap ayahku. Jika ayahku kata A, abang sulungku berkata B. Masing2 mempunyai pendapat sendiri dan akhirnya memakan hati kerana pendapat tak diterima.
Kini, ayahku terbeban dengan abang sulungku. Jika ayahku tak beri wang kpdnya, dia tak akan balik ke rumah kami & tak bagi ayahku melihat cucu-cucunya. Kakak iparku tak bekerja & saya tak salahkan dia.
Baik orangnya & lemah lembut. Saya rasa dia tahu hal sebegini tetapi dia diam membatu & tak boleh buat apa2. Mak saya hanya mampu melihat & tak pernah bagi wang kepada abang sulungku sejak dia berkahwin.
Saya pula hanya mampu melihat & buat seperti tiada apa yang berlaku walhal hati berasa sakit & marah dengan abang sulungku.
Abang keduaku langsung tidak mengambil peduli & ambil “port” dengan abang sulungku begitu juga dengan adk bongsuku kerana abang keduaku beranggapan bekerja dahulu baru kahwin barulah kehidupan itu senang & tak menyusahkan semua pihak.
Ayah saya juga banyak kali meluah kepada saya tentang abang sulungku. Dia tak pernah menolong ayahku tambahan lagi memberikan wang kepada ayahku.
Sudah beberapa kali saya menegur & menasihati ayah saya supaya tak selalu beri wang kepada abang sulungku tapi ayahku tidak mendengar nasihat & teguranku.
Walhal perniagaan ayahku kadang2 untung, kadang2 tidak untung. Jika ayahku tak mempunyai wang untuk business, ayahku terpaksa meminta wang kepada saya untuk businessnya.
Saya terpaksa menolong ayahku dengan wang. Saya ingin mengubah nasib keluarga. Saya ingin abang sulungku berubah & umurnya akan mencecah 30-an tak lama lagi dalam beberapa tahun.
Abang keduaku bagus sebab dia banyak menolong ayahku dalam hal kewangan, membelikanku pelbagai kelengkapan elektronik seperti ipad & airpod untuk saya terus belajar malah dia kerap memberikan wang saku sepanjang berada di uni.
Dia tidak pernah meminta apapun daripada ayah dan mak. Apa yang dia mahukan pasti dia usahakan sendiri.
Dia membelikan kereta untuk kegunaan kerjanya, beli iphone 14 pro max & membelanja barangan rumah ayah & mak dengan menggunakan wang sendiri.
Saya sendiri hormat abang kedua saya dengan kesedaran adanya sikap rasa bertanggungjawab, hormat kedua orang tuanya & tidak pernah kedekut.
Tetapi, kami sekeluarga tak meminta2 kepada abang keduaku. Moga rezeki melimpah ruah buat abang keduaku.
Saya akui ayah kerap kali membelikan saya barangan berjenama mewah, elektronik baharu 3 tahun sekali & membelikan saya kereta untuk ke kolej.
Semua ayah belikan tetapi jujurnya saya hanya minta seperkara 2/3 benda sahaja selebihnya ayah yang nak bagi sendiri.
Saya bingung, marah, kecewa & benci dengan sikap abang sulungku yang tak ada sikap bertanggungjawab kepada keluarganya.
Sepatutnya sebagai seorang anak walhal anak sulung memudahkan urusan kedua orang tuanya bukan menyusahkan & menambahkan beban kedua orang tuanya..
Kepada kakak2 & abang2 yang baik, tolong beri saya pendapat, nasihat & jalan penyelesaian. Saya buntu. Saya mungkin tak ada “tempat” untuk marah, menegur hal ni kerana saya masih “kecil” & baru melangkah ke alam dewasa. Saya sedar.
Saya berharap abang sulungku berubah sebelum terlambat. Saya juga sgt2 berharap suatu hari ayahku sedar sampai bila dia nak menanggung biawak hidup.
Saya mohon maaf jika penulisan saya keliru & tak mencapai tahap kefahaman pembaca serta menggunakan bahasa kasar “biawak hidup”.
Terima kasih kerana membaca penulisan saya.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit