Ugly Is My Childhood Trauma

Cantik. Semua manusia sukakan kecantikan. Ruang yang cantik, pemandangan yang cantik, wajah yang cantik dan semua yang cantik2.

Ada yang kata cantik itu subjektif tapi cantik yang aku nak cakap disini ialah cantik yang bila sekali pandang, hati terdetik cantiknya.

Macam pemandangan di pergunungan area Kundasang tu, sekali pandang dah tau cantik.

Manusia yang cantik pun sama, sekali pandang je dah nampak cantik, macam MiraF, AmyraR, FLiyana atau JisooBP. Kalau bila tengok lepas tu kena berfikir orang tu cantik ke tak, maksudnya dia biasa-biasa je.

Sedari dahulu beauty privilege telah diasimilasi dalam kehidupan kita. Aku benci orang cantik yang kekonan cakap tak best jadi cantik.

Shadap, kau takyah acah2 ya (haa garang tak sis haha). At least orang cantik ni dapat layanan yang baik dari kebanyakan orang. Kalau sedih, bila tengok cermin rasa lega, aku ni sedih tengok cermin terus depression rasa nak terjun tingkap kikiki.

Not gonna lie, aku kategori yang sekali pandang je nampak buruknya. Adik beradik aku ada gambar baby berkulit putih, punyai mata dan gigi normal. Gambar baby aku hitam legam dan banyaknya gambar mata aku juling.

Umur 8 tahun, gigi kekal tumbuh secara jongang macam usop santorian tu. Hahaha. Boleh bayang tak punya la banyak ejekan yang aku terima dari kecil?

Ejekan setiap hari dari budak2 lelaki kat sekolah, staf di sekolah, budak2 kecil yang nampak aku dan ramai lagi. Budak2 ni jujur dan lurus orangnya, so I cannot blame them when they expressed the bitter truth. Uhuk…

Sekolah harian aku dulu banyak budak2 bermulut jahat yang buat aku nangis almost every day. Ada satu hari tu, aku sedih sangat sampai aku rasa taknak la kahwin, nanti anak aku tak cantik dan akan sedih macam aku.

Waktu tu aku fikir aku takde apa2 kelebihan, apa yang aku mampu buat hanyalah belajar rajin2 dan jadi pelajar cemerlang.

Aku tak pandai tapi sebab aku rajin belajar, aku selalu dapat no 1 dalam tingkatan dan akhirnya dapat tawaran sekolah asrama kerana result PMR cemerlang.

Umur 16 tahun, aku masuk sekolah baru. Waktu ni jerawat mula tumbuh. Omg makin hodoh ya hahaha. Dah la takde duit nak beli skin care.

Aku pakai pencuci muka f&l harga less than rm10 tu je, tiada yang lain. Budak2 di sekolah baru, tak ada yang directly mengejek aku, belakang2 tu aku lantakkan jela heeee.

Tapi aku yang hodoh ni, kat dewan makan (DM) sekolah asrama selalu kena kutuk dengan staf DM.

Aku jadi sangat anxious nak ambil makanan di DM sampai terpaksa buat surat layang kat cikgu untuk bagitau tentang situasi kena emotional bully oleh staf DM.

Lepas tu, terus sekolah tukar caterer DM dan ambil staf baru. Alhamdullilah aku dah boleh makan dengan tenang dan tak kena ejek dah.

Dengan result SPM, aku dapat tawaran skim pelajar cemerlang untuk sambung belajar. All thanks to the sponsorship, aku dapat buat braces, beli skin care dan bagi umi beberapa ribu.

Kiranya aku ikat perut la waktu belajar dulu sebab nak bayar braces. Memang try hard sangat untuk cantik wakakaka. Aku malu nak cakap takde duit bila kawan2 ajak keluar mall ke apa, jadi aku selalu cakap taknak ikut je.

Waktu belajar kat uni, aku impressed bila takde students batch aku yang mengutuk aku. Mungkin diorang ni ada emotional intelligence dan boleh faham perasaan aku. Bagus betul budak2 pandai ni detik hati aku.

Habis je final year exam, aku terus buat lasik dan buka braces. Sebab masalah gigi yang teruk, aku kena pakai braces balik. Lama aku pakai braces sampai 6 tahun in total.

Waktu aku start kerja, aku masih tak cantik tapi lebih baik dari diri aku yang dulu. Waktu tu, aku dah lama tak kena ejek sebab rupa paras aku.

Tapi first posting tu ada HOD yang pelik dan gila. Boleh pulak dia kutuk mata juling aku depan bos2 yang lain. S1ot betul.

Nasib baik aku sibuk kat wad so aku lantakkan je sampai pukul 11malam dah sampai rumah baru nangis. I am so sorry with every one yang kena hadap muka dan mata aku yang tak cantik. Next day tu masih pergi kerja macam biasa.

Tak berani nak EL/ MIA sebab aku tak nak susahkan colleagues yang lain kena kerja lebih hanya kerana aku ada insecurity problem. Kalau demam dan sakit pun aku kerja, inikan pula aku yang bertubuh sihat waktu itu. Emosi tak stabli tu dah biasa.

Fast forward, aku dah mid-30s. Walaupun dulu berniat tak nak kahwin, aku terdetik nak cari pasangan hidup. Sekarang ni aku dalam kategori biasa2, bukan hodoh macam dulu.

Joined few websites cari jodoh, bayar beberapa ratus, tolak beberapa orang dan last year aku cuba terima dua orang lelaki yang approached.

Lepas sebulan lebih chatting dengan Kuci, aku pun paksa dia untuk jumpa di restoran. Bila jumpa tu, walaupun mulut aku boleh terus bercakap dengan Kuci sambil makan tapi otak aku ligat memikirkan kenapa muka dia tak sama macam dalam gambar.

Balik tu, aku google search gambar Kuci. Oh kena catfish rupanya! Aku ni walaupun cemerlang dalam pelajaran, tapi memang fail bab2 kehidupan hahahaha. Ok bye Kuci..

Second guy, Han. Awal2 chatting nampak berpotensi. Bila jumpa kali ketiga start pegang tangan aku. Against my belief tapi aku dah tua, mungkin aku tak boleh rigid sangat, nanti dia nak kawen dengan aku kan. Ada beberapa kali dia tegur kulit aku gelap.

Aku memula terasa dan start pakai compact powder. After 7 months kena manipulate, Han pun jadi hantu. Tetiba block aku. Boleh je cakap sorry I nak cari yang lebih cantik kulit putih seperti telur so takde la aku terfikir dia ni ada sudden cardiac death ke apa lol…

Aku down tapi masih kena kerja so apa aku buat, aku habiskan berbelas ribu dalam masa 3 hari. Guna duit dimasa hadapan (kad kredit) je sebab aku tak kaya, banyak komitmen dan hutang keluarga.

Down sampai aku pergi buat skin laser, iv drip, makan supplement selama beberapa bulan. Semua tidak berkesan untuk putihkan kulit. Skin care beribu2 ke, rm30 ke, tak berkesan untuk putihkan kulit.

Kau nak putihkan kulit cemana kalau dah DNA kau tulis warna kulit kau medium beige???!! Aku tau tentang ni tapi aku sedih, jadi aku nak cuba. Sorry my liver and kidneys.

Anyways girls, it is not worth it if you try to accommodate with a guy and disregard your religious belief. Aku dah delete semua apps cari jodoh.

Aku dah taknak buat dosa macam last year dan aku taknak desperate nak ada pasangan. Baik aku kerja, save few patients so that they can live long even if I, myself don’t feel like living for so long.

Han buat aku berfikir how unstable I am from the inside. Baru kenal sekejap dah over2, lepas tu nak sedih2 pulak *lempang muka sendiri*.

Walaupun nampak sangat functional waktu kerja, tak suka MC/EL, tapi aku ada childhood trauma yang menyebabkan emosi aku tak stabil. I don’t think I can get married for now or maybe forever. Aku lebih happy kalau tak perlu jumpa sesiapa.

Kat rumah aku rasa diri sendiri dah cantik dari dulu. Bila keluar tengok orang lain rasa down dan tak adilnya kehidupan.

I know we should not compare ourselves with others who has more than us… Kalau compare dengan masalah orang lain, remeh sangat masalah insecurity aku ni kan.

Semoga kita semua redha dengan ujian hidup masing2. Adil itu redha. Semoga aku dan semua orang yang membaca ni dapat merawat trauma masing2.

Doakan aku diberikan ketenangan hati. Hidup kena chill. Aku nak pergi chillin kat Kundasang jap. Raklu, pape roger….

– Eina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *