Azab Dalam Mencari Jodoh

Assalamualaikum.. Sudah 3 Ramadhan berturut-turut, pertunangan saya dibatalkan.

Saya seorang lelaki yang lebih mementingkan taaruf dan ikhtilat dalam mencari pasangan.

Sejak di bangku sekolah, dan kemudian di universiti, saya kurang gemar mencari calon isteri, disebabkan aktiviti rakan-rakan yang tidak senonoh ketika bercinta.

Di hujung pengajian saya di universiti, saya mula tekad mencari pasangan.

Saya hantarkan orang tengah untuk merisik seorang wanita, kemudian saya batalkan risikan kerana dia sedang bercinta dengan lelaki lain, tapi ibunya tidak setuju, maka ibunya izinkan keluarga saya meminang.

Akhirnya Naim (nama lelaki yang bercinta dengan calon pertama saya) kalut dan lekas meminang wanita tersebut, dan mereka akan berkahwin bulan ini.

Calon kedua pula, saya digula-gulakan. Ibunya berkenan akan saya, tapi anaknya acuh tak acuh. Katanya ingin betul-betul jadi jurutera berjaya.

Katanya lagi, biasanya lepas berkahwin, career seorang jurutera wanita akan mudah hancur. Jadi, dia ingin berkahwin pada umur 32.

Umurnya pada ketika itu ialah 22 dan saya pula 24. Saya tak sanggup tunggu 10 tahun untuk perkara yang tak pasti.

Yang ketiga pula, semuanya elok. Peribadi elok, kerjanya elok. Cuma sedikit berhutang, dan sangat mata duitan.

Cuma mata duitan yang saya boleh terima sebab semua duit yang dia dahagakan, dia nak menyimpan di ASB. Hantaran pun dia nak masukkan dalam ASB.

Tapi dia tak mahu ikut perintah agama. Katanya, apa yang dia suka untuk ikut, dia akan ikut. Apa yang dia tahu haram, tapi dia suka buat, dia nak buat juga.

Dalam hal ni, haramlah untuk saya kahwin dengan dia. Dia sampaikan berkeras dengan saya katanya dia tahu akan ke neraka tapi nak juga buat sebab dia suka.

Aneh. Saya terbaca satu post dari seorang wanita tentang sukarnya mencari jodoh.

Memang zaman sekarang, tak adakah lagi wanita yang sudi untuk menjadi “isteri” kepada suami? Yang memudahkan urusan akhirat suami nanti?

Atau memang saya perlu mengalah dan terima sahaja kesusahan akhirat semata-mata untuk berkahwin?

Sebab nampak gayanya, setakat ini, bila saya gunakan saluran yang betul untuk berkahwin, semuanya bermasalah.

Orang tengah saya kata, saya jadi susah disebabkan saya asyik mencari yang cantik. Tapi saya dah rendahkan standard cantik saya. Tak kan saya nak cari yang betul-betul hodoh pula?

Calon 1 lebih cantik dari calon 2. Dan calon 2 lebih cantik dari calon 3. Saya hanya mencari yang sedap mata memandang sahaja sekarang. Asalkan bila saya tatap wajahnya, saya tenang.

Tolonglah, kalau ada makcik pakcik yang baca confession saya ini, dan anak makcik dalam lingkungan 25-27 tahun, jodohkan lah saya dengan dia.

Penat dah saya beli cincin tapi asyik dipulangkan. Dah lah saiz nya lain-lain. Asyik trade-in rugi tukar saiz sahaja.

– Lukman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *