14 Tahun Lalu

14 tahun lalu, aku pernah bercinta dengan seorang lelaki ketika umur baru 15 tahun. Kamil namanya. Umur kami sama. Yang aku kononnya ketika itu cinta gila dan mati dengannya.

Ketika itu, aku dalam depresion yang teramat kerana dibuli kawan2 satu sekolahku. Yang tu aku pun tak tahu nak cerita dari mana dan macam mana. Masa tu aku dibuli mental sangat teruk oleh mereka.

Tiba2 si Kamil ni pula nak putus. Itu pun dia menyuruh kawan perempuannya yang menyampaikan pada aku.

Aku jadi tambah stress. Masa tu belum ada wasep. Aku hari hari stress call dan sms dia, tanya sebab kenapa dia nak putuskan aku. Akhirnya dia beritahu sebabnya.

Kononnya sebab ada kawan kawan ku yang beritahu dia aku dah tak suci lagi. Tapi sebenarnya aku dapat agak yang dia dah bercinta dengan kawan sekelasnya sendiri. Hahaha dan ternyata betul.

Malu nak cerita cinta zaman dulu. Meluat. Sebab aku dah berkahwin sekarang dan mempunyai 2 cahaya mata yang comel.

Selepas putus, aku masih lagi bercontact dengannya. Kadang berjumpa juga.

Umur 17 tahun aku dah kenal suami. Start tu, kami dah jarang contact. Number hp dia pun gf dia dah guna. Last aku contact dengan dia masa aku belajar di negeri lain.

Aku sempat bagitau dia aku masih sedih dengan apa yang pernah jadi. Tak silap masa tu lepas 5-6 tahun.

Aku tak pandai nak susun cerita. Sebab kepala aku sangat serabut. Tapi aku nak meluah. Kenapa kenapa kenapaaaa.

Masalahnya disini adalah, walaupun tu kejadian 14 tahun lalu, sampai hari ini aku berumur 29 tahun, aku hampir selalu mimpikan dia.

Kadang dalam mimpi tu, dia sangat2 bahagia kan aku. Kadang aku jadi tak sabar nak tidur sebab nak jumpa dia dalam mimpi tu.

Bila suamiku buat salah atau tak layan atau pujuk aku, aku mesti teringatkan dia yang pernah melayanku dengan baik waktu remaja.

Aku tahu aku salah. Aku berdosa dengan suamiku. Aku benci sebenarnya kenapa sampai 14 tahun pun aku masih teringatkan dia sedangkan itu cuma cinta monyet.

Walaupun begitu, aku dah tak pernah contact dia.

Walaupun dia masih single dan masih dengan gf dia tu.

Mungkin kah aku tak dapat lupakan apa yang dia buat dekat aku bertahun tahun dulu disaat aku tengah down dengan kawan kawan yang membuliku, dia lagi hancurkan perasaan ku.

Sebenarnya lepas putus dengan dia ada beberapa lagi lelaki yang pernah jadi kekasih hati ku. Tapi tetap tak dapat lupakan dia.

Entahla korang, aku minta tolong doakan hidup aku aman tenang dan damai. Aku tengah gaduh dengan husband. Aku rasa nak tidur 24 jam.

Aku tak pandai nak bercerita tapi aku nak luah. Tolong jangan kecam. Aku tak tahan kecaman. Tapi tolong sedarkan aku dengan ayat yang baik2.

Aku nak lupakan dia selamanya. Sebab aku dah bersuami.

– Zainab (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *