Mengharapkan Restu

Salam semua… Ni 1st time nak buat confession sebab terlalu tersepit dalam pemilihan jodoh. Maaf atas sedikit kekekokan bahasa dalam penceritaan. Hahaha.

Tengok dekat laman sesawang kena tulis penuh, jadi harap pembaca dapat menahan diri dari mengecam penggunaan bahasa saya.

Saya Ani, pendidik di institusi awam berumur 28 tahun, anak bongsu berasal dari negeri pantai timur Semenanjung. Dari zaman sekolah, saya tak pernah bercinta.

Mungkin disebabkan didikan keluarga, dari kecil tanggapan saya tentang percintaan adalah untuk berumah tangga. Bila dah berkerjaya, saya terbuka untuk menerima lelaki yang datang merisik niat.

Tapi pemilihan jodoh untuk saya tak semudah “you like me, I accept you, we go straight to sah-sah, alhamdulillah moment” disebabkan oleh keluarga yang narcissistic. Atau lebih tepat, mempunyai ibu yang mementingkan darjat & harta.

Saya sedang cuba menghalalkan hubungan saya selepas 2x putus hanya atas dasar exes bukan penjawat awam.

Lepas berbulan-bulan kecewa & mengharungi fasa patah hati, saya bertemu seorang penjawat awam tapi bergaji sederhana bernama Ali.

Saya tak pernah memilih soal calon suami selain dari dia mengamalkan Islam sepenuhnya and we can click. Kalau ikut rupa, Ali takde la handsome sangat tapi taklah buruk rupanya, biasa-biasa sahaja.

Saya tak jatuh hati dengan Ali pada pandang pertama tapi saya suka perwatakannya & selama kami berkenalan saya mampu berkongsi pendapat walaupun mungkin ada perbezaan.

Lepas menyatakan hasrat Ali pada ibu bapa of course ibu tak setuju kerana gaji dan kelulusan Ali yang rendah. Ali takde degree, cuma sijil biasa walhal saya ada master dan inshaa’Allah PhD.

Sebelum ini saya agak berlembut dengan ibu sebab ex pilihan saya agak kurang menjaga pelaksanaan agama,

Tapi kali ni, saya sendiri nampak cara pergaulan Ali dengan kawan & keluarga, pemahaman & pelaksanaan ilmu agama nya, kesungguhan untuk belajar & penerimaan dia terhadap cita-cita & perancangan masa depan saya.

That makes me fall for him.

Sebulan lepas pertama kali bercerita tentang Ali, ibu tiba-tiba minta gambar saya untuk diberikan kepada calon pilihannya. Katanya lelaki tersebut berkerja di syarikat automotif tempatan di ibu kota dan cucu seorang jutawan.

Saya sangat terkilan apabila ibu menyatakan ciri-ciri tersebut seperti seorang mata duitan. Saya faham dan ambil maklum betapa kehidupan di ibu kota tidak semudah goyang kaki & boleh senang-lenang.

Sungguh, saya sendiri tidak hidup mewah selama 7tahun di KL. Cukup untuk menyara kehidupan seharian bersama 5 ekor bulus kesayangan & sedikit simpanan.

Jujur, saya masih ingin mencuba untuk memujuk keluarga menerima Ali. Saya yakin ayah saya dapat menerima Ali tapi dengan desakan ibu, ayah mungkin tak mampu untuk berkeras menuruti kemahuan saya.

Saya tak ingin menyakitkan hati ibu permaisuri hati saya tapi pada masa yang sama, saya sangat kecewa dengan ibu yang sering cuba mengawal masa depan saya.

Bukan sahaja untuk pilih bakal suami, malahan masa saya sambung sarjana muda juga ibu yang memaksa saya untuk mengambil jurusan pendidikan.

Masa awal wabak covid, saya pernah berhenti kerja atas desakan ibu kerana syarikat swasta.

Saya pernah mengalami depresi selepas ibu menguar-uarkan kepada semua abang dan kakak saya bahawa saya menyusahkan selama tidak berkerja kerana mengharapkan duitnya untuk membayar sewa.

Saya sedar selama hidup saya, saya banyak menyusahkan ibu saya, tapi saya berharap sangat ibu saya boleh berhenti campur tangan dalam urusan kehidupan saya.

Saya sayang ibu saya dan sememangnya ibu saya akan sentiasa menjadi orang terpenting dalam hidup, tapi saya juga ingin berdikari dan membuat keputusan dan bertanggungjawab atas setiap keputusan sendiri.

Saya memang taknak bermasam muka atau bergaduh dengan ibu hanya kerana seorang lelaki tapi saya juga takboleh menerima pilihan ibu hanya kerana ingin mentaatinya.

Saya sudah penat untuk berkenalan dengan terlalu ramai lelaki sehingga menyakiti hati dan perasaan sendiri. Kalau perlu pertahankan hubungan dengan Ali, saya mungkin akan berkahwin tanpa persetujuan ibu.

Ani tahu setiap pembaca mungkin ada pendapat sendiri berkenaan pemilihan calon sendiri atau calon pilihan ibu bapa.

Saya cuma berharap pembaca dapat mendoakan agar Allah mempermudahkan urusan saya untuk menjaga mental sendiri pada masa yang sama tidak menyakiti hati ibu saya.

Wassalam.

Yang mengharapkan restu,

– Ani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *