Sedekah aku

Assalamualaikum.

Thanks admin.

Kalau keluar, aku suka keluar sorang sorang. Independent gittew. I’m a girl btw. Kalau dah girl ni, sorang pulak tu, kira an easy target la aku ni.

Aku dari kecik alhamdulillah di ajar bersedekah. Pegi mana mana, ayah akan bagi aku duit lepastu siruh aku masukkan dalam tabung derma or bagi peminta sedekah. Abah takkan bagi sendiri.

Dulu ada orang datang rumah, kaki berbalut, minta derma. Abah cakap bagi 50 sen je. Aku pelik sebab 50 sen je? Sikitnya. Padahal ayah aku ni memang jenis pemurah. Aku bagi RM 1. Rupanya makcik tu memang penipu, kaki elok je, badan sihat je. Ayah aku ni memang ada 6th sense huhu.

Masa kat jalan TAR, ada macam bangla ke india tah, bukan malaysian lah. Gemuk. Bawak gambar dia kena operate siap suray sekali, sambil buat signal mintak sedekah. Aku bagi. Kawan aku cakap jangan bagi dah. Tapi dia kan baru operate? Rupanya dah bertahun operate, tapi sampai sekarang minta sedekah.

Lepastu dekat area tu ramai sangat budak kecik jual yasin kecik RM 5. Diorang paksa sambil pegang perut merayu kata lapar. Aku taknak, sebab aku tau tu sindiket. Selalu petang petang diorang kumpul depan sogo.

Masa tengah aku sorang sorang tengah tunggu kawan aku kat bandar, tiba2 ada mamat ni pulak datang. Dia pakai kemeja, smart la sikit. Mula la cerita dia. Katanya dia kena rompak. Beg ada laptop semua hilang. Lepas tu kata ada kereta, tapi kunci kena rompak jugak ke apa tah. Lepas tu aku malas layan, aku geleng geleng je kepala sambil senyum and buat isyarat tangan macam taknak la no thank you je. Tetiba dia marah. “apahal buat macam tu?” tah apa tah lagi dia bebel lepas tu dia blah.

Aku bukan niat nak kecikkan hati or apa, tapi dari gaya dia macam sembang lebih, lepastu macam nak duit je haha. Aku bukan kedekut, tapi dress up dia normal kot, sihat je tengok, takkan nak mengemis? Sorry sikit. Macam fishy, tapi wallahualam tak berani nak kata apa sebab tak tau kebenarannya.

Lepas tu pegi pasar malam. Kat kl hari selasa. Ada orang pakai jubah pegang kotak tulis ‘bantuan sambung belajar ke universiti mesir ke apa tah nama arab lah yang pasti’. Aku derma sikit, lepas tu baru aku tanya bila intake? Lepas tu dia macam menggelabah and senyum tapi tak jawab pun. Masalahnya, berbulan2 lepas tu pun ada lagi kat situ, sekarang tak tau ada tak aku jarang pegi situ. Bukan sorang, tapi dalam 2 3 orang jugak la pegang kotak tulis camtu. Macam fishy, tapi wallahualam tak berani nak kata apa sebab tak tau kebenarannya.

Lepas tu wakaf alquran. Aku pernah wakaf sekali, yang bagi nama kat tepi jalan tu. Sorang RM20. Lepastu ada lagi aku jumpa agen wakaf. Aku tanya la, ni yang wakaf sorang RM 20 tu ke. Dia macam blur2. Aku memang nak wakaf pun so aku tulis je nama. Pastu dia tanya taknak 6 orang ke, 6 orang baru RM50 ke 60 tah. Dia kata dari tempat dia ke tempat aku tu dalam 5 jam jugak la. Dia dari kedai buku, tapi mintak derma wakaf. Katanya lagi 2 alquran je tak cukup. Balik rumah baru aku perasan, kenapa jauh2 datang mintak derma? Tambang je dah berapa dah. Macam fishy, tapi wallahualam tak berani nak kata apa sebab tak tau kebenarannya. Tapi ni aku macam yakin sikit sebab al quran kan. Takkan tu pun nak tipu.

Banyak lagi aku nak cerita, tapi panjang pulak. Since aku duduk KL and memang selalu keluar sorang, benda ni macam biasa sangat dah. Aku takut sebenarnya bila ada stranger datang, serious. Tau tau lah kl tu macam mana.

Aku suka menderma. Memanglah kalau nak derma, derma je janji niat ikhlas and kalau orang tu tipu, itu dia dengan Allah. Betul. Tapi aku nak la duit aku tu end up pada tempat yang sepatutnya. Aku nak redha Allah dan nak tolong orang. Bukan nak pahala semata mata.

Oh ya, terima kasih pada confessor ‘do good’, so far aku tak pernah belanja random people kat restoran, inshaAllah nanti aku buat.