Assalamuaalaikum. Aku nak share kisah aku 2 tahun lepas untuk dijadikan pengajaran. Terutama pada confessor yang kena bayar sewa pada kakak kandung dan dilayan macam orang gaji.
Aku ada pengalaman yang sama. Aku tinggal dengan keluarga akak aku sepanjang pengajian aku waktu degree. Dalam 2 tahun la. Semuanya berjalan lancar. Akak aku dan abang ipar aku ni ok je.. akak aku suri rumah dan abang ipar aku pegawai kerajaan lepasan diploma. diorang pun tak ada bayar sewa rumah sebab duduk quarters. Tapi aku bagi jugak diorang rm200 sebulan (ni je la aku mampu bagi waktu belajar dulu). kalau balik kampung,ibu aku siap bekalkan duit + barang2 dapur (beras,bawang, sayur,ikan dll) sebab nak ringankan belanja abang ipar aku.. tak nak la nanti ada isu family akak aku ni susah sebab aku menumpang kat situ.
Keadaan mula berubah sebaik sahaja aku habis belajar dan baru nak mula bekerja. Bermula dari isu kecil dan ditambah campur tangan keluarga abang ipar aku. Diorang ni mulut laser.. siap cakap abang ipar aku tu susah sebab menangung aku sampai tak mampu nak hulur ke family dia sesen pun (seperti yang dijangka). Padahal memang akak & abang ipar aku ni yang boros tak ingat dunia. Gaji tak sampai 3 ribu tapi bab bergaya mengalahkan orang ada gaji 10 ribu. Dan mak dia tak tahu selama ni aku bagi duit,topup mana yang tak cukup dalam rumah tu dan ibu aku juga bagi bantuan duit & barang2 dapur setiap bulan. Memang bernanah telinga aku waktu tu.
Abang ipar aku ni pulak masa tedesak memang cari ibu aku untuk berhutang (tapi memang tak pernah bayar. Kalau dikira dah cecah puluhan ribu). Ibu aku tak kisah sangat sebab dah anggap macam anak sendiri dan ibu aku pun tahu diorang ni bukan senang mana pun tambah2 akak aku tak bekerja. Sekali lagi mak dia pun tak pernah tahu semua ni. Tahu mengata famili kitorang je.waktu ni nampak abang ipar dan kakak aku dah mula terpengaruh dengan cakap2 keluarga abang ipar aku ni. Ibu aku pun memang dah jauh hati dengan diorang.
Akhirnya,aku tak fikir banyak dah. Aku cabut keluar dari rumah tu selepas sebulan kerja dan menyewa sendiri. Walaupun aku kesian anak2 buah yang memang sangat rapat dengan aku dan waktu tu tu akak aku dah sarat mengandung. Aku pejam kan mata dan tolak tepi segala rasa kesian dan simpati. Bagi aku pandai2 la diorang sekeluarga nak survive sendiri.
Allah Maha Besar. Akhirnya Allah tunjuk siapa yang benar dan siapa yang salah. Lepas je aku keluar dari situ, kehidupan abang ipar dan kakak aku sekeluarga makin sempit.. sampai tak mampu nak beli barang2 dapur bagi anak2 makan. Hari-hari cuma ada lauk telur je.
Dah 2 tahun ni sebenarnya hubungan aku dan akak/abang ipar aku dah tak mesra.. bagi aku sampai hati akak aku sanggup ketepi dan buruk kan keluarga sendiri kat keluarga mertua.
Sekarang ni, bila Allah dan tunjuk macam ni kat diorang,aku tak balas. Bila dia call nak pinjam duit, aku bagi tapi aku tak sebaik ibu aku untuk halalkan semua la. Aku tuntut je diorang bayar pada waktu yang dijanjikan. Time raya ke nak naik sekolah memang aku akan belikan barang2 persiapan raya/sekolah untuk anak2 buah aku. Ni tanda aku sayang sangat2 kat diorang. Sekali sekala aku ajak dan belanja diorang makan kat tempat yang special.Aku tak fikirkan mak bapak budak2 ni. Aku cuma kesian kat anak2 buah aku sebab diorang tak faham apa2 lagi..
So, untuk confessor tu tolong la keluar dari rumah tu.. Dan untuk yang lain, jangan lah korang nak mengada menumpang rumah orang yang dah bekeluarga walau dia tu adik beradik sekalipun. Sekian.