Assalamualaikum semua. Nama aku Mia (bukan nama di kad pengenalan). Terima kasih admin kalau sudi approved. Aku nak minta pendapat daripada korang semua ni.
Alkisahnya begini, aku baru kerja dalam sektor ni nak masuk dua tahun lebih gitu. Mula-mula aku masuk sini semua ok dan aku bersemangat nak bekerja.
Nak dijadikan cerita, sewaktu mula masuk kerja, aku kena duduk di pejabat dulu untuk beberapa bulan. Biasa la aku kan budak baru masuk keje mana nak tau environment tempat tu macam mana, jadi aku ikut flow je la dengan staf kat sini.
Dalam pejabat ni ade la beberapa orang staf. Dekat dalam pejabat ni yang tua veteran staf semua akan panggil nama gelaran abang/kakak.
Jadi, aku pun panggil sorang pakcik ni dengan gelaran abang. Pakcik ni nak sebaya dengan mak aku. Dah semua orang panggil dia abang aku yang budak nerd ni pun ikut jela panggil dia camtu walaupun geli jugak anak tekak aku nak bahasakan dia dengan gelaran tu.
Masa tu mati-mati aku ingat pakcik ni dah kawin beranak pinak sebab usia dah menjangkau 50an sebab tu aku layan dia cam biasa sebab tak tahu.
Lagipun masa mula kerja aku takde la nak ambik tahu hal orang samada si polan ni bujang ke, duda ke, janda ke camtu. Dan dengan dia ni aku pun borak-borak kosong biasa gitu je la sebab dia kan dah tua jadi aku tak expert pape la. Aku pun anggap dia cam bapak aku.
Sepanjang duk kat pejabat ni, pakcik ni selalu la tegur aku. Jadi aku pun layankan jela. Rupanya baru aku dapat tahu yang dia ni sebenarnya masih bujang terlajak lagi. Bila aku tahu tu naik seram jugak la aku. Dah la aku muda kat situ dan panggil dia dengan gelaran “abang”.
Lelaki ni bila kita duk panggil gelaran ni walaupun dah tua dia auto akan perasan muda dan hensem. Yang peliknya, kalau dengan staf lelaki pandai pulak dia suruh panggil nama dia pakcik. Kau rasa? Tapi dengan staf perempuan dia bahasakan diri dia abang. Tak ke pelik tu.
Lepastu beberapa bulan kemudian, aku kena masuk ke department aku, jadi aku dah jarang la masuk ke pejabat kecuali kalau ade hal penting.
Lepastu, boleh pulak dia mesej aku cakap dia nak berkenalan dengan aku. Aku jadi bengong kejap, kan dah kenal selama ni kan, perkenalan ape pulak la pakcik ni nak. Aku dah rasa lain dengan dia ni.
Ya Allah time tu aku dah rasa nak marah dan geram tak sangka rupanya selama ni dia simpan hati kat aku. Menyesal aku layan borak dan panggil nama dia “abang” selama ni.
Lepastu aku dah tak panggil dah gelaran tu aku panggil Encik dah. Tak kuasa dah aku nak panggil dia dengan gelaran tu. Aku dah trauma sangat-sangat.
Lepastu aku minta kawan aku reply, cakap kat pakcik ni aku dah berpunya dan aku anggap dia cam abang aku je. Tak kuasa aku wehh. Lepas daripada mesej tu aku dah start rasa tak selesa dengan dia.
Aku terasa diri aku diperhatikan walau kemana aku pergi sebab aku akan selalu terserempak dengan dia walaupun kau dah lalu jalan lain. Dan aku dah tak tegur dia dan aku memang buat muka tak suka.
Kalau aku kena duduk pejabat untuk buat kerja, dia akan pura-pura buat bizi jalan ke hulu kehilir depan aku. Kau rasa tak betapa serabutnya aku kalau nak gi ke pejabat.
Kalau sebut pejabat auto mood aku akan berubah sebab aku tak suka jumpa dia. Aku perasan mata dia akan selalu duk curi-curi pandang. Hanya Allah yang tahu perasaan tak suka aku bila ke sana.
Kalau aku duduk department aku, aku akan nampak dia meronda dekat kawasan department aku. Dan kalau aku duduk seharian di pejabat, takde pulak dia nak keluar pergi meronda takde kerja ke tempat lain.
By the way, skop tugas dia bukan meronda tapi memang kena duduk pejabat,tapi biasa la orang takde kerja dia akan buat-buat bizi camtu la. Time nak punch card,walaupun aku balik lambat atau awal mesti dia akan ade dekat situ.
Aku dah try balik lambat nak tengok akan jumpa dia ke tak, ternyata memang dia akan ada. Tadi pun masa aku balik awal, ehh dia siap terpacak dah kat kawasan punch card tu cam tau-tau je aku nak punch card awal.
Camna pun mesti akan jumpa dia. Ibarat dia sengaja nak tunjuk diri dia depan aku.
Sumpah serabut sungguh aku rasa, kalau boleh aku tak nak jumpa atau selisih dengan dia. Hal ini menggangu jiwa, emosi dan pandangan aku seharian kat tempat kerja.
Dah banyak kali sebenarnya, tapi tu lah aku tak tau nak buat camna. Time gini la aku rasa nak cepat-cepat kawin biar takde ganguan dari orang yang aku tak suka tapi tu la aku ni single dan sudah mahu keluarkan album.
Aku rasa pakcik ni something jugak. Cam dia tahu je gerak geri aku kemana saja. Sebab pasti dia akan muncul depan aku.
Sekarang aku dah tak berani nak balik lambat sebab bila aku parking kereta dekat bahagian belakang department aku cam dia akan tahu. Sebab dia akan pura-pura meronda ke bahagian belakang konon nak bagi kucing makan.
Tapi time aku balik awal dan terjumpa dia kat punch card takde pulak dia nak gi ke belakang bangunan tu bagi kucing makanan. Tetiba masa aku balik lambat tu la dia akan ke sana.
Kakak aku pesan suruh aku balik awal dah lepas ni. Takut dia memerhati dari jauh dan aku kena berhati-hati. Orang ni mana kita nak tahu, dah la dia tu kena reject jadi kena faham-faham la takut dia tak boleh nak terima.
Jadi korang, kes ni boleh dikategorikan ganguan di tempat kerja ke atau aku yang bermasalah. Aku ni nak kerja tenang-tenang tapi bila kes camni ia sangat menggangu emosi dan tugas aku.
Korang beri la pendapat camna aku nak hadap benda dan situasi camni. Perlu ke aku report dekat bos aku? Kalau swasta camna dan kalau sektor kerajaan camna nak report? Sungguh aku serabut nak hadap manusia camni.
Terima kasih korang sudi baca luahan aku dan boleh la bagi pendapat. Pendapat dan kata-kata anda sangat aku hargai. Sekian..
– Mia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit