Secret To Beauty Is Self Confident

Hello sis dan bro semua. Aku terbaca beberapa kisah mengenai TT yang kurang keyakinan kerana memiliki rupa fizikal yang kurang cantik jika dibandingkan dengan orang lain. Jadi izinkan aku bercerita pengalaman aku sendiri.

Aku ada darah campuran orang Arab, India dan Melayu (utara). Mama aku berasal dari Pulau Pinang, berkulit hitam manis sebab ada campur darah Arab dan India. Papa aku memang Melayu tulen dari utara.

Papa berkenalan dengan mama sewaktu dia ke Pulau Pinang atas urusan kerja. Awal2 percintaan, keluarga papa memang pangkah habis mama. Walaupun mama berpendidikan tinggi (pendidik), tapi disebabkan warna kulit dan darah yang mengalir dalam tubuh, dia tidak diterima.

Ambil masa beberapa tahun untuk papa mendapatkan restu keluarga. Dengan muka masam mencuka, mereka akhirnya merestui perkahwinan papa. Selepas berkahwin, papa mama duduk di KL.

Abang pertama aku memang dilahirkan kacak banget ala2 Oppa. Abang kedua aku agak sawo matang tapi boleh lah jadi Oppa celup. Dan aku? Kulit aku hitam manis ala2 pelakon Hindustan dengan gigi tak sekata.

Disebabkan itu, aku sering dipanggil Rabbit wuahhh. Gigi aku terjuih ke depan macam arnab. Aku jarang dibuli di KL atau Pulau Pinang tapi aku memang trauma kalau nak ke utara.

Dari papan tanda ke kampung ayah aku sampailah ke rumah pusaka atuk nenek, semua homo sapiens dekat situ pernah melabel aku dengan bermacam2 nama.

Aku selalu disisihkan oleh keluarga belah papa. Cara mereka memandang aku macam aku pembawa virus. Budak2 kampung kat sana akan membasuh tangan kalau tersentuh aku sebab takut jadi hitam.

Perkataan hitam, I*dia, arnab jongang dan macam2 lagi nama dah serasi dengan aku. Walaupun aku tinggi, tapi aku jenis kurus keding jadi kekadang mereka panggil aku orang2 dekat sawah padi tu.

Aku sedih2 sekejap jea pastu aku reriang balik. Aku jenis macam happy go lucky. Keluarga aku memang sangat protective over me.

Papa mama akan sentiasa menegur jika ada sesiapa yang membuli aku tapi lama kelamaan aku banyak mendiamkan diri sebab perkara itu menjadi salah satu sebab papa mama bergaduh dengan keluarga belah papa.

Dekat kampung papa, aku ada crush dekat satu pria kacak nie. Dia memang sekacak2 pria ya ampun sekali dengan pakej tinggi lampai dan kulit putih mulus. Memang rata2 semua orang ada crush dengan dia.

Aku bertuah sebab rumah atuk nenek bersebelahan dengan rumah pria kacak tu. Aku jenis muka tak malu jadi aku sering memuji dia kacak dan bersembang2 dengan dia. Aku budak2 lagi ketika tu.

Pria kacak nie pun layan aku acuh tak acuh. Tapi dia tak pernah bercakap buruk pasal aku depan2.

Aku mendapat straight A’s dalam peperiksaan PMR dan merupakan salah seorang pelajar cemerlang di sekolah aku. Mama sangat berbangga dengan aku jadi berita tersebut diwar2kan ke sana sini.

Salah satu sebabnya adalah kerana ramai sepupu sepapa aku yang gagal atau mendapat keputusan kurang memuaskan. Jadi mama aku rasa macam ok this is my time to shine like a diamond.

Isu ini sebenarnya diibaratkan seperti mencurah petrol ke lautan api. Makin membuak2 lah kemarahan dan kebencian keluarga belah papa terhadap aku.

Ada satu masa tu aku otw ke rumah pria kacak tu untuk show off result aku. Ketika ini, ada beberapa tetamu di dalam rumah dia termasuklah makcik dan sepupu sepapa aku, pria kacak dan kawan2 dia.

Mereka sedang bersembang2 tiba2 ada seorang makcik nie petik nama aku. Maka bermulalah episod kutuk aku beramai2.

Makcik aku bertanya kepada mak pria kacak adakah dia berniat nak mengambil aku sebagai menantu sebab aku selalu terhegeh2 dengan anak dia. Mak dia terus mengucap dan menyatakan dia berdoa agar nyawa dia dicabut kalau betul aku menantu dia.

Pria kacak tu pula cakap dia kesian dekat aku. Alaaaa selalu bila kita berjalan kan kadang2 ada kucing kurap ke apa datang menyinggah hahhh lebih kurang camtulah. Ada kawan dia betulkan, bukan kucing tapi arnab kurap. Berdekah2 mereka tertawakan aku.

Aku memang berdiri terpaku dekat bawah rumah dia. Terkedu, tergamam, terkejut semua ada. Ntah macam mana aku mendapat kekuatan untuk berlari ke arah sawah padi. Aku duduk tepi tali air sambil menangis2.

Ketika itu aku pertikaikan kepada Allah kenapa aku dilahirkan dengan muka macam nie. Kenapa aku tak putih. Kenapa aku tak cantik.

Lama aku menangis sampailah abang aku yang pertama duduk sebelah dan peluk aku. Sumpah masa tu aku ingatkan dia nak gelakkan aku tapi tak sangka dia peluk aku.

Macam tak percaya kan. Dia bertanya siapa yang membuli aku sebab dia nak belasah orang tu. Aku cakap semua orang terus dia terdiam.

Masa nie abang aku cuba memujuk aku tapi agak kekok lah sebab dia lelaki huhu. Jadi dia cuba buat lawak bodoh tapi aku menangis lagi teruk sebab lawak dia memang bodoh. Kenapa chicken cross the road? Sebab tak ada jejantas. Like apakah?

Ketika kami sampai ke rumah, mama aku ternampaklah muka aku yang cun melecun sebab menangis. Menangis mama selepas aku bercerita.

Awal2 mama nak terus pergi ke rumah sebelah marah tapi aku merayu kepada mama untuk merahsiakannya. Sebab aku malu. Aku tak sanggup nak berjumpa dengan mereka lagi2 crush aku.

Ketika itulah mama aku memujuk aku untuk bersabar. Dia nasihatkan aku nak cantik bukan guna krim ke produk tapi self confident. Yup, self confident! Once you have self confident and feel proud of yourself, no one can ever degrade you.

Otak aku yang sebelum nie penuh dengan habuk sesawang labah2 tiba2 terpancar cahaya mendengar kata2 mama. Mama menyuruh aku fokus pada study dulu sebab dia cakap nanti dia akan berbincang dengan papa mengenai hal gigi aku.

Selepas kejadian itu, aku rasa mama ada cakap something dengan papa sebab aku dah tak ke kampung papa lagi.

Walaupun nasihat mama sentiasa terngiang2 di kepala, tapi aku mula sedar akan rupa fizikal aku yang tidak disenangi orang.

Jadi sedikit sebanyak, aku mula keep myself low profile dan tak berani nak berhuhu haha dengan orang terutamanya lelaki. Alhamdulillah, Allah kurniakan otak yang cerdas jadi aku pulun study.

Aku mendapat straight A’s dalam peperiksaan SPM sekali gus menjadi pelajar cemerlang di sekolah sekali lagi. Ketika ini, aku diuji lagi bila ada beberapa rakan aku di sekolah yang aku sangkakan rakan baik rupanya mereka dengki dengan kejayaan aku.

Sekali lagi, aku dihidangkan dengan cemuhan dan kata2 kurang enak. Nama Rabbit jongang mula trending sekali lagi.

Memandangkan aku dah habis belajar di sekolah, jadi aku malas nak layan perangai mereka. Aku fokus untuk dapat biasiswa dan sambung study.

Sebelum aku menyambung study, mama membawa aku ke sebuah hospital swasta dan akhirnya aku buat minor surgery untuk betulkan gigi dan rahang aku. Aku juga kena memakai braces.

Rupanya rahang aku macam tak terletak elok jadi itu satu sebab aku susah nak kunyah2 makanan dengan gigi tak rata.

Bila aku di universiti, muka aku dah dikatakan normal cuma aku memakai braces. Gigi aku masih tak sekata lagi. Kulit aku dah mula steady sebab sebelum nie disebabkan hormon maka jerawat naik turun dan kulit pun selalu berminyak kusam sebab berpeluh kan.

Aku ada skincare rutin yang aku perlu buat hari2 sekali dengan diet makanan hasil aku berjumpa doktor pakar. All thanks to mama.

Ketika aku di universiti, ada bermacam2 lagi manusia yang aku jumpa dengan disabilities lagi teruk dari aku. Aku bersyukur kerana keadaan aku tak seteruk mereka. Alalh uji aku sikit jea.

Ada few foreigner students (ada mat salleh jugak weyh) yang memuji aku cakap muka aku eksotik. Masa nie, aku mula rasa nak menangis sebab aku terfikir binatang apa kejadah lah tu.

Yang aku tahu Rabbit. Rupanya it’s a compliment. So kembang juga lah hidung aku sekejap haha. Aku macam oh no no, I’m Malaysian you know. Aaaahhh, all natural2. Hehehe.

Orang bangsa sendiri kutuk2 aku tapi foreigner puji2 aku jadi betullah beauty lies in the eyes of the beholder and it’s subjective. Self confident aku naik sikit sebab aku selalu lepak2 dengan foreign student.

Masa cuti semester, aku bawa mereka ke kampung mama hahhh. Mama aku ambik gambar banyak2 kemudian post sana sini nak bagi keluarga belah papa jealous. Hahaha.

Lama kelamaan, bila ada orang cuba untuk mengejek, aku akan mengangguk2 kepala cakap terima kasih. Kemudian aku akan bertanya, ada apa2 lagi ke. Muka memang aku maintain muka bodo tu.

Aku akan tenung mata dia sedalam2 lautan Pasifik. It works all the time. Memang mereka akan cepat2 avoid eye contact dan lari. See, once you have the confident, no one can shake you.

Aku cuba sedaya upaya untuk ignore all the negative vibes. Aku fokus study, berkawan dengan rakan2 yang aku rasa baik dan mendekatkan diri dengan Allah. Bila aku down, aku sembang2 dengan pelajar2 lain yang lagi susah dari aku. Cerita2 mereka menginsafkan aku.

Selepas tamat Degree, aku lepak2 di rumah sekejap. Ketika ini, ditakdirkan nenek belah papa jatuh sakit dan berada dalam keadaan kritikal.

Mama dan abang2 aku ada hal jadi tak dapat pulang ke kampung papa.

Aku tak sampai hati tengok papa pulang seorang diri jadi aku ikut papa. Awal2 papa macam tak nak tapi aku cakap dengan papa is ok.

Papa menumpang rumah abang dia (pakcik aku nie baik) sebab dia risau nanti aku dibuli. Terkejut juga keluarga pakcik tengok aku sebab aku dah lain katanya. Aku rasa sama jea yang berbeza mungkin aura keyakinan aku hehehe.

Semasa aku mengikut papa ke hospital, maka terbeliaklah mata2 makcik2 sepupu sepapa aku. Aku memang tak salam ke apa buat bodoh jea terus ke wad nenek. Papa ada berbual2 sekejap dengan mereka.

Tanpa menghiraukan nenek yang tengah nazak, bermacam2 soalan mereka bertanya pada papa. Boleh pulak menuduh aku buat kosmetik surgery, cucuk jarum lah dan terus menghukum aku berbuat dosa besar. Tak pasal2 suruh aku bertaubat astaga.

Papa menahan marah sebab berada di hospital jadi papa cuma menegur mereka untuk takut pada dosa menfitnah. Sempat sepupu sepapa aku snap gambar aku curi2.

Selepas beberapa hari, papa dan aku pulang ke rumah. Nenek masih berada di wad. Kejadian tersebut kecoh lah di kampung papa aku. Berduyun2 call mesej yang keluarga aku dapat. Siap ada ustaz dari mana ntah call papa aku beri nasihat. Haiishh.

Ketika nenek meninggal dunia, kami semua ke kampung papa. Selesai upacara semua, mulalah mama dikerumuni keluarga belah papa.

Aku dan abang2 aku semua berjaya melanjutkan pelajaran dan alhamdulillah hidup kami elok2 sahaja. Nama aku ada terpampang dekat satu suratkhabar nie. Aku kena temu bual semasa di universiti ketika menerima anugerah dekan.

Mama tenang jea menjawab soalan2. Sampaikan gambar aku dengan foreign student terutamanya yang mat Salleh tu pun ditanya. Mama cakap ramai orang luar berkenan dengan aku hahaha. Ada juga yang cuba merisik aku.

Mama gelak sahaja dan memberitahu anak dia (aku) tak layak untuk dijadikan menantu di sini kerana darjat aku tak sama dengan mereka.

Mama takut aku ‘mengotorkan’ mereka nanti. Hahhh ambik kau. Terdiam makcik2 tu hehehe.

Pria kacak tu juga berada di kampung ketika itu. Dia hanya memandang2 aku. Aku memang totally ignore dia.

Sebenarnya, aku rasa nak menangis juga sebab terkenang apa dia cakap pasal aku tapi aku kuatkan semangat. Aku langsung tidak ke rumah sebelah walaupun mak dia ada mengajak mama aku.

Ketika kami nak berangkat pulang, dia ada cuba untuk bertegur dengan aku tapi aku ignore dia lagi. I don’t need these kind of people in my life. Bye.

Aku menyambung Master di luar negara. Soal cinta atau lelaki memang aku tolak jauh2 sebab aku masih trauma. Might as well aku study hard, work and spend time dengan family. Itu moto hidup aku ketika itu.

Tapi Allah merancang hidup yang lain untuk aku. Aku noktah kan kisah aku di sini kerana dah panjang nie nanti korang suruh aku lukis pula. InshaAllah aku akan sambung lagi soon.

Before I leave, remember sis and bro, secret to beauty is self confident.

Arnab yang tak suka carrot,

– Miss Rabbit  (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *