Su4mi Tolong Lepaskan Aku

Hi semua. Aku Hawa (nama samaran). Start kebelangkangan ni banyak betul isu curang tak kira suami orang atau isteri orang.

Aku nak cerita kisah hidup aku yang terlalu bodoh percaya kan suami aku dan bertahun tahun ulang kesalahan yang sama.

Aku nak minta pendapat dalam ni perlu ke aku bertahan dengan seorang suami yang dah dera mental isteri.

Aku seorang isteri yang sudah berkahwin dalam usia yang muda dan mempunyai 4 orang cahaya mata 2 lelaki dan 2 perempuan.

Kisah hidup aku bermula selepas aku bersalin kan anak kedua kisah aku ni agak panjang tapi aku akan pendek kan.

Masa aku bersalin anak pertama rumah tangga kami tersangat lah bahagia dan dengan rezeki Allah SWT kami dia kurniakan sorang lagi cahaya mata yang kedua, dan disini lah bermula kisah perit yang aku lalui sorang sorang dan hampir gila.

Masa aku mengandung kan anak kedua kontoi suami ada orang ke 3 anak dara sorang guru sekolah agama.

Nak jadikan cerita perempuan tu tahu dia suami orang tapi dia cakap dalam proses cerai dan buat aku lagi sedih perempuan tu cakap suami aku cakap dia hanya jadi pak sanggup.

Sebab tu dia dalam proses cerai dan di minta perempuan tu bersabar mungkin sebab dia nak kahwin dengan perempuan tu.

Aku pernah cakap dekat suami sekiranya dia dah ada orang lain bagi tahu aku, dan aku sendiri akan pergi dalam hidup dia tapi dia still tipu aku cakap tak ada orang lain dan dia putus kan hubungan dengan perempuan tu.

Dia minta aku peluang.. Yes aku bagi peluang. Tak stop sampai sini tau banyak lagi aku nak cerita tapi aku cut tulis yang mana buat aku hampir gila jela ya.

Masa aku nak dekat due bersalin tiba2 BP aku naik mendadak terus kena admit wad dan masa tu suami aku sikit pun tak ada datang tengok aku, yang paling sedih aku hampir kena sawan.

Dan dalam wad jugak aku mesej dia suruh dia lepas kan aku. Sampai lah aku bersalin hari kedua baru dia datang azankan baby aku dan masa tu. Muka dia pun aku tak nak pandang.

Dan hari aku keluar wad dia minta izin nak jaga aku buat kali terakhir dia kata. Sebab dia tahu aku betul tak boleh terima yang dia dah curang belakang aku.

Dan demi anak2 yang masih kecik aku bagi dia peluang masa dalam pantang.

Dan masa aku dalam pantang suami kontoi lagi dengan aku yang dia berkawan dengan sorang janda yang lagi buat aku hampir gila.

Dia dah siap berzina dengan J tu masa aku dalam pantang, dan masa ni aku terus balik rumah family aku.

Aku pendam cerita ni sampai sekarang sebab nak jaga aib suami aku tak ada sorang pun yang tahu pasal ni.

Dan buat aku tak boleh boleh terima lagi baru baru ni dia kontoi lagi berkawan dengan isteri orang dan dah berzina 4 atau 5x lagi buat aku tak boleh terima atas perbuatan dia.

Masa kantoi kali terakhir ni aku tanya apa salah aku sampai kau buat aku dengan anak2 macam ni.

Ya dia salah dia sebab dia terlalu ikut kan nafsu.

Aku tahu aku pun banyak salah, aku banyak kekurangan aku tak pndai jaga dan layan dia.

Dan masa kantoi tu aku suruh dia buat pilihan pilih aku atau perempuan tu dia pilih aku.

Macam aku cakap dari dulu sampai sekarang yang aku tak akan bermadu kalau dia ada orang lain, just bagi tahu aku sedia undur diri.

Tapi suami aku still tak nak lepaskan aku. Dia kata dah putuskan hubungan tapi aku silap terlalu percayakan dia. Allah maha adil, Allah tunjukkan semua nya siap gambar dia berpeluk tanpa baju.

Bertapa remuk nya hati aku tapi disebabkan sayang aku masih bertahan hingga hari ini setelah 2x peluang aku bagi, dia mengaku salah dia sebab dah sia-sia kan peluang yang aku bagi.

Dia merayu pada aku supaya bagi dia peluang yang ke 3 dan dia kata dia takkan sia2 kan lagi

Alhamdulilah setelah aku bagi peluang ke 3 ni dia banyak berubah mana dia pergi selalu bersama aku dan dia dah lost contact terus dengan perempuan tu.

Dan dia pun ada cakap dekat perempuan tu yang dia nak tebus balik silap dan salah dia dekat aku. Dia minta perempuan tu sendiri bagi tahu dekat aku yang mereka dah tak ada apa-apa hubungan lagi.

Aku sayang dia sebab tu aku bagi dia peluang tapi masalah sekarang bila aku duduk sorang je mesti aku teringat dan aku akan jadi marah bila aku marah akan ada pergaduhan.

Ya memang suami dah bersumpah atas nama Allah dan dia dah janji dengan Allah siap dia junjung Quran.

Yang dia tak akan curang dan contact lagi mana perempuan termasuk betina tu, dia siap dah bersumpah kalau dia buat dia sanggup terima balasan yang dia akan kena sambar petih dan kena langgar lori.

Tapi hati aku masih sakit tak boleh terima apa yang dia buat kat aku.

Rasa patut ke aku masih bertahan.

Sebab suami aku dia tak akan ceraikan aku sebab dia kata dia sayang aku dia terlalu ikutkan nafsu je.

Tapi kalau dia sayang kenapa dia sanggup curang dan buat benda terkutu tu.

Tolong perlu ke aku bertahan?

Terima kasih…

– Hawa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *