Nafkah Rumahtangga

Hi pembaca semua. Saya dah lama follow page ni dan baca macam macam kisah rumahtangga disini.

Saya disini kali ni untuk meminta pendapat mengenai rumahtangga saya dan saya percaya banyak komen-komen yang bernas dan menjentik hati atau mungkin memberi ilham untuk saya proceed langkah seterusnya.

Saya berkahwin sudah 6 tahun. Bekerjaya. Saya seorang workaholic dan itu penyebab kenapa saya tidak sedar isu ini berlarutan sangat lama dan parah rupanya.

Berpendapatan lebih banyak dari suami. Hampir semua perbelanjaan dirumah ditanggung saya iaitu barang basah, barang kering, keperluan anak, bil-bil utiliti dan makanan ditanggung saya.

Jadi apa yang suami bayar? Hanya bayaran sewa rumah. Iaitu separuh sahaja. Selebihnya saya yang membayar. Isu utama kami ialah nafkah zahir.

Suami ternyata mengabaikan nafkah zahirnya bertahun-tahun (2 tahun pertama masih teratur) dan sudah bertalu talu teguran saya berikan. Dibuat endah tak endah.

Didiamkan sahaja bila saya cuba mencari punca dan penyelesaian. Beliau ada banyak personal loan (kakitangan awam). Ada yang dalam pengetahuan saya, ada juga yang secara senyap.

Segala bukti disorok dari saya. Tidak tahu kenapa harus disorok sedangkan ini adalah masalah bersama. Selain itu, saya juga tidak tahu kemana duit ringgit beliau dihabiskan.

Ketika beliau berduit juga, beliau diam seolah olah tidak berduit dan tidak sesekali memaklumkan saya bahawa dia mempunyai duit lebih.

Tahu- tahu sahaja belum hujung bulan sudah habis dan meminta pada saya.

Setakat ini, tiada bukti beliau ada perempuan lain dibelakang saya. Dia seorang yang baik.

Melayan anak dengan baik. Melayan keluarga saya dengan baik walaupun tinggal jauh dengan keluarga masing-masing. Melayan saya juga dengan baik.

Kecualilah isu nafkah yang dibuat endah tak endah serta bagi saya, isu kejujuran yang terlalu ketara yang menjadi punca saya tawar hati.

Sebagai seorang isteri, kita memerlukan rasa percaya untuk terus hidup bersama. Bukan tiada perbincangan yang dibuat,

Tapi beliau hanya diam dan tidak respond kepada cara penyelesaian dan juga kerap kali tidak mendengar nasihat dari seorang isteri.

Kerap kali peluang diberi, seolah olah tidak dihargai.

Saya tertanya-tanya, adakah isu nafkah ini terlalu kecil untuk saya meminta cerai? Kerana saya sudah tidak ada hati dan tawar hati dalam hubungan ini.

Hilangnya sayang, pudarnya percaya, tawar juga rasa cinta. Apa gunanya saya bersuami sedangkan saya yang menafkahi keluarga.

Saya mengharap komen yang bernas dan baik dari semua kerana saya sendiri sudah buntu. Hati kuat rasa ingin bercerai dan memulakan hidup baru.

Mungkin saya bukan isteri yang cukup disayangi beliau untuk beliau bersungguh-sungguh berusaha menjaga dan menafkahi saya. Mungkin ada yang lebih baik diluar sana untuk suami saya.

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *