Mentua Pengikis Su4mi

Assalamualaikum. Buat pembaca budiman. Cempaka disini. Berharap sangat confession ini disiarkan. Dan ingin meminta komen dan kata kata dari pembaca. Tolong lah.

Suami ku anak sulung. Ibu ayah mentua pesara kerajaan dan gabungan pencen mereka berdua lebih kurang 8k+ sebulan.

Aku dan suami memasuki tahun 11 perkahwinan. Syukur. Pendapatan kami sepenuhnya dari berniaga sendiri. Orang mungkin tengok kami masyuk.

Ibarat nak apa petik jari terus dapat. Hakikat nya tidak macam itu. Aku bukan jenis show off. Biasa biasa sahaja. Anak anak pun pakai baju murah murah je. Baju RM6. RM10. Biasa saja.

Suami buat kerja kontrak. Masuk duit sedebuk habis sedebuk. Bayar gaji staff, maintenance itu ini. Lepas tu kais la. Nak tunggu masuk duit seterusnya.

Bergolok gadai. Masuk duit lagi. Habis sedebuk lagi. Begitu lah. Yang berbaki itu lah diguna untuk belanja harian. Dan duit itu lah juga untuk melayan kerenah mentua nak kesitu sini.

Yang menjadi masalah utama ialah mentua. Mak & ayah mentua. Sejak kebelakangan ni mampak terlalu ketara sikap nak kikis suami aku.

Aku memang bukan jenis nak berkira soal duit. Tapi lama kelamaan. Mungkin nampak kami ni tak berkira, kami tak pernah tunjuk walau ketika susah tak ada duit. Sekarang dah jadi lain.

Lepas je pencen, mak mentua cakap pada suami suruh bawa dia pergi jalan jalan tiap bulan.

Setiap kali bawa jalan memang habis 2-3k bahagian kami untuk sekali jalan tu. Memandangkan segala kos kami tanggung. Dari isi minyak, isi tol, belanja makan, bayar hotel @ homestay. Belanja tepi.

Sekali pergi jalan, stay 2-3 malam kat hotel@ homestay. Habis beribu. Mak mentua sekali sekala hulur jugak duit makan. Tapi sekali dua je lah. Pak mentua? Kalau boleh sesen pun tak nak keluar duit ya. Okay lah aku sabar lagi.

Cuma sekarang aku makin tak boleh sabar bila nak pergi jalan je, mak mentua suruh suami aku ajak adik adik dia join sekali. Adik dia semua laki.

Yang si adik ni menurun mak bapak. Ked3kut. Pergi jalan sesen duit tak keluar pun. Pergi pusing satu utara bawa 50 je. Bayangkan lah. Dah kerja. Gaji masyuk. Tapi kedekut sebab dimanjakan sangat. Memang semua suami aku tanggung.

Mak mentua pun pandai, pancing suami aku suruh suami aku ajak. Nanti suami aku la keluar duit. Yang terbaru, pergi jalan suruh ajak adik , bini adik dia dan mak mentua adik dia tu. Yang ni aku mengamuk sakan.

Aku cakap pergilah bawa semua orang. Tapi aku tak nak ikut. Si suami aku pulak konon la anak soleh. Apa pun sanggup berhabis. Tapi sebenarnya salah. Sebab apa? Aku ceritakan.

Aku rasa benda ni tak adil bagi aku. Aku dan semua anak tak ada saving. 0 saving. Apa saving pun tak ada. Barang kemas aku bernilai hampir 70k suami aku minta gadai. Sebab tak cukup duit nak bayar gaji staff berbulan lepas.

Macam mana aku ada barang kemas banyak? Sebab beberapa tahun lepas aku buat online business. sempat la aku saving emas. Sekarang aku dah tak buat.

Saving tak ada. Saving emas habis digadai. Sekarang ni, kami memang tak boleh saving. Ada je lebihan duit, ada la nak kena bawa mak pak mentua jalan.

Aku dan anak2 yang banyak menaggung susah hidup bersama suami. Jatuh bangkit suami aku rasa peritnya bagaimana. Orang lain tidak tahu dah tidak merasa. Berada pada tahap paling bawah pun aku pernah rasa.

Jadi aku terkilan. Bila suami makin baik dan senang, datang lah yang lain nak menumpang. Aku faham konsep rezeki. Rezeki untuk dikongsi. Memang kami berkongsi. Tapi bukan sehingga dipergunakan.

Aku & anak anak tak ada rumah sendiri. Rumah yang ada satu tu pun nama laki aku join loan dengan mak mentua. Kiranya nama mak dia lah. Dulu laki kerja swasta sebelum dia beralih kepada perniagaan sepenuhnya.

Aku tak kerja, memang tak lepas loan. Last sekali join loan dengan mentua & jadi nama mak nya rumah tu. Jika apa apa berlaku pada suami aku, apa nasib aku dan anak anak? Aku tak rasa nasib aku dibela.

Bulan lepas pak mentua cakap kalau dia mati. Dia tak nak tinggalkan harta untuk suami aku. Mungkin nak bagi adik adik nya saja. Sebab suami nampak macam kaya. Kontraktor katakan. Tak berharap pun harta mak bapak. Sebab boleh usaha cari sendiri. Tapi tak perlu kot kata macam tu.

Terbaru pulak aku tahu, bapak mentua minta suami belikan kereta baru pada dia. Minta belikan cash. Kereta lama bapak dia nak tolak pada suami aku. Baki loan kereta lama tu suami aku kena bayar bulan bulan. Yang bodoh kat sini suami aku lah.

Sedangkan kami tak perlukan pun kereta lama bapak dia tu. Kereta kami yang satu tu cukup untuk kami anak beranak.

Lagi aku hairan, kereta di rumah mentua ada 4-5 buah dok parking je. Keret besar ada, kereta kecil ada. Auto ada, manual ada. Tak faham apa lagi yang tak cukup.

Aku memang rasa tak redha. Sebagai isteri aku korbankan segala kehendak hati. Selalu kesian pada suami kalau nak minta itu ini. Tapi bila begini, family sendiri ambil kesempatan.

Itu pun sebab suami aku yang bodoh buka peluang. Konon nak jadi anak soleh. Malu orang kata dia tak ada duit kot. Terpaksa try hard tunjuk dia banyak duit. Susah dia aku je yang tahu.

Aku cuma hairan duit pencen mak mentua beratus ribu dalam acc kenapa tak nak guna beli kereta baru untuk bapak dia? Kenapa suruh suami aku? Kenapa asyik cakap kalau mak ada duit nak beli itu ini.

Dulu masa kami susah selalu cakap mak tak nak lah duit kau. Duit mak lagi banyak dari duit kau. Ayat tu terngiang ngiang. Tapi sekarang terbalik pulak dah. Entah lah. Aku dah puas berfikir positif. Kalau nak karang confession sampai 10 confession tak habis.

Kadang kadang terbit rasa geram & sakit hati dengan perangai suami. Mudah sangat diperguna. Bab nafkah basic semua cukup. Makan minum, pakai, tempat tinggal. Lengkap.

Dengan mak ayah dia pun asalnya aku tak berkira. Jika balik kg, kami memang keluar duit beli lauk ke, apa ke segala kelengkapan. Apa sajalah. Tapi sekarang makin menjadi jadi.

Mungkin mereka dah sedap dilayan sebegitu, sehingga jadi sebegini. Aku tahu pasal keberkatan berbuat baik pada mak ayah. Pasal redha mak ayah. Tahu itu.

Tapi dalam masa sangat terbeban dengan bebanan yang berat. Yang membuatkan aku rasa susahnya hidup ini. Tersepit.

Kadang aku stress. Sampai nak cakap pada suami, pergilah hidup dalam family dia. Aku ni isteri tapi tak ada apa pun. Takkan nak bercerai pasal ni?

Macam macam bil tertunggak. Sampai kan bulan lepas dapat notis kosongkan kedai jika tak bayar sewa. Tunggakan sewa kedai 4 bulan.

Masuk keluar pajak gadai sampai berhabis emas..

Suami aku tahu dia sedang diperguna. Tapi itu lah. Dia biarkan hanya diam. Mungkin nak sedapkan hati dengan alasan balas jasa mak ayah.

Cuma aku. Tolong bagi aku kata positif. Atau pandangan apa sahaja. Untuk aku belajar berlapang dada. Sedangkan hati aku sekarang sukar untuk redha.

Aku lega lepas luahkan ini…

Terima kasih kalian.

– Cempaka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *