Kosong dan Sepi

Assalamualaikum semua. First of all terima kasih admin sebab sudi approve confession aku ni.

Nama aku Lily Rose (mestilah bukan nama sebenar) aku berumur pertengahan 30an, belum berkahwin dan bekerja sebagai pegawai kontrak. Cukup intro aku..

Kenapa hidup aku menyedihkan? Sebab hidup aku statik dan sendu. Bercakap pasal jodoh, aku baru je konfes dekat seseorang, aku namakan dia Poyo lah.

Poyo ni memang poyo sebab aku konfes aku suka dia, dia tak reply pon, aku siap mention, reject ke terima ke, reply la mesej aku, tak de la aku sendu sorang- sorang.

Lepas tu pasal kerja, kerja aku ni kontrak, sedih sangat, bila kontrak ni orang tak pandang walaupon pegawai, nak mintak apa apa pon segan,

Disebabkan hal- hal tu, aku jadi sedih dengan hidup aku, kenapa susah nak dapat jodoh dan kerja yang stabil, at least kalau jodoh lambat, kerja stabil ni tak, dua- dua tak stabil.

Aku mula reflek diri, kenapa Allah tak bagi apa yang aku nak, kenapa susah rezeki nak masuk, sebab aku banyak dosa ke?

Ye betul, tidak dinafikan, aku hambaNya yang berdosa, dosa apa? Biarlah aku simpan sendiri, namun aku fikir, orang lain tak de dosa ke?

Mudah je perjalanan hidup dia, cepat jodoh, kahwin ada anak-anak, kerja bagus, kenapa aku tak dapat semua tu?

Aku menangis, di sujud ku, aku hanturkan segala rasa, kenapa Allah menguji kehidupan yang tidak seindah kuinginkan,

enapa orang yang aku suka tidak memiliki perasaan yang sama sepertiku, kenapa susahnya kerja yang ku mohon untuk ku dapatkan.

Begitu banyak persoalan kenapa dan kenapa, sehingga kurasakan sudah tiada pertanyaan lagi.

Aku kira refleksi ku tidak berkesan, kerana aku berterusan bertanya, hingga kurasakan hidup ku begitu menyedihkan, aku lonely, alone dan sepi, kawan kawan semua dah kawin,

Aku ingin kan teman, seorang suami meluah rasa dan berkongsi perasaan, aku tidak inginkan lebih, cukup dia seorang yang beriman, berakhlak baik dan punya wawasan hidup, tapi masih tidak kutemui.

Aku bangun setiap hari, jiwaku berat, badanku penat, penat dengan kesenduan yang kurasa, aku burnout ke?

Tak jugak, cuma aku tak happy, aku pergi kerja balik kerja, hari hari benda sama,

Aku selalu berharap akan ada magic, suatu hari yang indah akan terjadi, namun tidak kunjung tiba.

Dengan status kerja ku yang kontrak bertahun-tahun lagi lah tak de semangat, tapi kerja ku siap on time, aku buat kerja aku seperti yang boss minta,

Aku kadang kadang balik lambat sebab aku fikir tak de apa nak buat kat rumah, balik main handphone, tengok Netflix, kemas rumah, sendu je semua tu.

Ya Allah, kadang kadang aku fikir, kenapa aku jadi tak happy macam ni? Apa yang aku nak? Adakah dengan berkahwin mampu membuatkan aku happy dan gembira, sebab dah berteman, tak juga.

Ada yang berkahwin, tapi lonely juga. Lantas aku fikir lagi, dengar ceramah lagi, masih kosong hatiku.

Saje lah aku meluah disini, untuk hilangkan rasa sepi dan kosong aku, korang tak kenal aku..

Aku harap korang bagi aku kata kata yang baik supaya aku lebih bersemangat harungi hidup ni, aku tak rasa aku depress, aku cuma tak happy, aku cuma rasa kosong dan sepi.

Thanks for reading everyone, May Allah bless all of you,

– Lily Rose (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *