Hilangkan Rasa Ini

Hi. Nama aku Louis. Seorang lelaki yang dah berkahwin, 2 tahun lebih alhamdulillah. Hubungan dengan isteri baik, tiada masalah. Aku namakan sebagai ‘A’.

Pendahuluan:

Cuma aku nak cerita kisah silam aku. Aku berkenalan dengan A sewaktu masih belajar.

Waktu tu kami kawan2 je. Buat assignment semua sama2 sebab A ni memang faham selok belok dekat negeri yang kami belajar. So aku banyak bergantung (tunjuk jalan) dengan dia je la kalau nak kemana2.

Lagipun course kami memang perlukan untuk kami keluar. Takde apa yang nak diceritakan sangat part ni sebab kami betul2 hanya kawan waktu ni.

Pertengahan:

Yang menjadi isu adalah… pada waktu tu juga, aku ada girlfriend. Aku namakan sebagai ‘B’. Hubungan kami bermula sewaktu di sekolah, dan bersambung sehingga kami sama2 dah sambung belajar.

Bila dah berjauhan, semestinya ada dugaan kepercayaan. Dulu setiap aktiviti aku, aku mesti cari B untuk bersembang.

Tapi bila dah duduk jauh, suasana pun dah lain. Macam2 ragam lah aku mengadu dekat B. Makin lama, B makin rimas dengan topik orang keliling aku.

Dia merasakan aku ni terlalu banyak masalah dengan orang, sampai B kata dia pun ada masalah lain juga. Jadi pada waktu tu, hati aku terdetik. ‘Ok, I have to stop telling her everything about me…..’.

As time goes by, aku memang luah semua perkara tentang aku dekat kawan2 aku je, termasuk dengan A. A pulak jenis tak kisah, dia melayan je lah. Bila dah lama2 macam tu, B mula rasa aku dah jarang contact dia.

Yelah, siapa je tak bosan bila waktu contact je, topik hanyalah ‘sihat?’, ‘dah makan?’, ‘buat apa tu.. ?’. Pastu hilang (tak reply whatsapp).

Hari2 macam tu je lah.

Jadi bila dah tiap2 hari aku keluar dengan A, rasanya pembaca dah tahu dah apa jadi antara aku dengan B. Of course, kami bergaduh. Sebab B teramat cemburu dengan hubungan aku dan A.

Dia tak suka aku berkawan dengan perempuan lain. Dari situ aku nampak dah tanda2 dia tawar hati dengan aku.

Bila aku minta nak selalu berjumpa (Uni dia tak lah jauh mana dengan Uni aku), dia mengelak. macam2 alasan dia bagi.

Antaranya, dia kena berjimat. Sebab parents dia minta dia berdikari. Jadi dia tak punya banyak duit utk keluar macam couple2 yang lain.

Selain tu, ahli keluarga terdekat aku meninggal, pun dia tak datang. Katanya ada exam. Aku accident, dia tak jenguk sejurus selepas tu. Macam2 lagi, malas nak cerita detail.

Banyak juga aku tertanya2 kenapa dia macam tu. Sebab ada lelaki lain ke. lol. Itu je la mindset aku tentang dia.

Dan….. Pada akhirnya…. aku dan B putus jua setelah 4 tahun hubungan kami on off.

Fast forward…. Atas chemistry yang aku dah build dengan A (lepas putus dengan B), 2 tahun kemudian kami berkahwin.

We’re happily married n tersangat bahagia. Sebab aku selesa dengan A. Memang tak pandang orang lain dah.

——

Sampai lah beberapa bulan yang lepas… Aku dapat tahu B dah kahwin. Itupun lepas aku ternampak dia upload gmbr kahwin dekat socmed.

Mind you, B ni memang jenis tak update life dia dekat socmed. Jadi bila hal dia dapat kerja ke, dah beli kereta ke, adik beradik sakit ke.. memang dia tak update langsung dekat socmed. Siapa yang tahu, tahu lah.

Penutup:

Dekat sini aku nak bagitahu. Bila aku nampak gambar kahwin dia, hati aku remuk. Terlalu remuk. Terkejut, menyesal semua ada. Segala flashback beberapa tahun yang lepas dengan dia, semuanya terbangkit.

Yang selama ni aku dah padam dalam memori, semua muncul balik dalam ingatan. Sampai aku menangis sendiri. Aku pernah terluah dekat isteri aku (A) tentang hal ni.

Of course, hati seorang isteri pun luluh. Katanya aku macam tak boleh move on.

Pada aku, bukan tak move on.. tapi banyak persoalan tentang B yang aku masih lagi tertanya2 sampai sekarang. Seakan B ‘hutang’ dengan aku penjelasan. Tapi mungkin ya… Betul lah. Aku tak ‘move on’.

Sampai ke hari ini, aku still teringat2 kenangan kami. Aku still ada chat kami 6-7 tahun lepas yang dah terkubur, gambar2 di archive (kalau nak gali balik lah).

Benda2 tu still ada sebab lepas putus dulu2, aku langsung tak tengok dah semua tu. Sebab tu masih ada lagi kalau dicari2.

Aku pun pernah juga chat B. Ucap tahniah n minta maaf atas silap aku dulu2. Konon, untuk puaskan hati aku yang aku dah minta maaf dengan dia, dengan harapan rasa ini akan hilang.

Dia? Dia reply macam tu je lah. Ayat general. Dah maafkan n doakan kebahagian aku n pasangan. No further explaination, chat, etc.

Aku harap habis sampai situ je. Tapi hati aku meronta2 nak bertanya khabar dengan dia. Aku tahu orang akan kecam. Tapi aku tak perlu semua tu.

Aku cuma nak nasihat daripada semua pembaca, macam mana nak hilangkan rasa ni. Aku tak nak semua ni, sebab ni lah salah satu punca rumahtangga retak. Aku sayang isteri aku, she’s the best! Tolong aku, please.

– Louis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit