Aku Yang Problem

Assalamualaikum, hi semua.

Sebelum mula puasa ni, aku nak buat luahan la sikit. Dah start puasa, takut rasa lagi serba salah pula nak luahkan diriku yang problematic ni hehehe.

Apa yang membuatkan aku trigger kembali perasaan yang aku sendiri tak tau nak describe macam mana.

Beberapa hari lepas, aku berbual kosong dengan suami aku. Borak-borak gurau senda pillow talk gitu sebelum tidur.

Tiba-tiba suami aku cakap yang kami perlu balik ke kampung pada tarikh sekian-sekian (pada bulan puasa) kerana ingin menyambut hari lahir ibu/ayahnya

(Aku tak nak mention yang mana satu. Takut suami aku baca dapat hidu pula aku luahkan dekat sini) huhu.

Aku menjawab “Ok” sambil senyum. Lepas tu suami aku cakap nak masak sendiri untuk makan bersama semua keluarganya termasuk adik beradik, ipar duai semua lah.

Sengaja aku bertanya, “Siapa yang masak nanti?” Suami aku cakap, “Awak lah yang kena tolong mak masak”

Entah kenapa mulut aku laju je balas, “Kenapa saya pula kena tolong. Awak dan adik beradik la kena turun padang” sambil buat nada bergurau.

Suami aku senyum je dan berkata “Selalunya kaum hawa yang turun padang memasak. Lagi pun masak simple je. Awak play the role je”. (adik beradik suami aku 3-3 lelaki)

Aku tau definisi masak simple tu macam mana bagi family dorang. ‘Simple’ nya tu, sekurang-kurangnya 3 jenis lauk tau. Terus potong mood aku. Aku memang problematic.

Secara jujurnya aku memang tak suka masak. Tapi tu bukan bermakna aku tak pernah masak.

Entah la, aku just tak suka membanting tulang dari pagi sampai malam. Dengan bertudungnya lagi. Lagi-lagi masuk bulan puasa, lagi lah kena turun padang tolong masakkan sahur.

Lepas tu masak untuk berbuka lagi. Bukan untuk 4-5 orang. Hampir 10 orang. Secara jujurnya aku memang tak enjoy kalau tinggal di rumah mertua walaupun sehari je.

Aku pernah je cuba nak duduk rileks tengok tv di rumah mertua (buat macam rumah sendiri), tapi tak boleh. Ada je ekor mata yang senyap-senyap memerhati.

Aku takde anak lagi. So, orang akan fikir aku takde alasan untuk penat.

Walaupun Isnin-Jumaat full schedule sampai makan pun tak sempat, tapi setiap hari lepas kerja aku memang akan cuba juga untuk memasak walaupun hanya goreng ayam je.

Kalau tak sempat sangat baru lah aku akan order Grab. So, sabtu-ahad aku perlukan masa nak rileks, chill chill, nak keluar jalan-jalan.

Tapi sometimes sabtu ahad aku pun terganggu dek hal kerja. Kadang-kadang je balik kampung. 2 kali sebulan pun aku rasa macam kerap. Maybe sebab bila balik kampung memang non-stop buat kerja rumah.

Lepas tu nak kena hadap kena pergi setiap jemputan kenduri walaupun takde kaitan dengan aku. Nak tolak pun tak boleh. Lepas tu nak duduk bilik? Jangan harap.

Bukan la tak boleh. Kalau duduk lama sangat, nanti adalah pertanyaan kenapa aku duduk je dalam bilik, walaupun adala sejam dua je.

Bila terfikirkan open house raya, terus rasa nak menangis je rasanya. Menu apa pula la yang perlu masak. Yang masaknya kaum hawa. Yang cuci pinggannya kaum hawa.

Kalau ummi ayah aku nak buat open house, senang sikit aku arahkan, guna pinggan plastik etc.

Belum masuk lagi part introvert aku. Kalau boleh, aku rasa nak putarkan semula masa. Nak kembali zaman kanak-kanak. Kiranya nak gain confidence petah bercakap dari seawal usia yang boleh.

Bila dah masuk penghujung usia 20-an ni, terasa dah terlambat. Dengan biras dan sesetengah saudara-mara pun aku just banyak senyum ataupun sekadar menegur je. Nak cakap lebih-lebih memang tak tau nak bualkan topik apa.

Suami aku pernah banyak kali tegur aku supaya bergaul dengan saudara-mara dia, sampaikan kami pernah bergaduh sebab pernah sekali tu aku just makan seorang diri semasa di kenduri sepupunya.

Nak buat macam mana, dah situ je tempat duduk yang kosong, aku makan jela sorang-sorang.

Lagipun bukan sorang, adela somebody yang lain, cuma disebabkan bukan dalam kalangan saudara-mara yang kenal, aku dianggap makan seorang diri.

Selepas tu aku dianggap tak suka saudara-maranya sebab kurang bergaul. Aku dah banyak kali cuba, tapi aku rasa macam memalukan diri sendiri. Nampak macam “try hard” sangat.

Kadang-kadang aku menangis seorang diri sebab rasa bodohnya diri aku dah tua bangka pun tak reti nak bergaul.

Kalau hal yang berkaitan dengan kerja, aku ok je kalau perlu buat presentation dan sebagainya. Cumanya di dunia luar ni, aku selective sikit kot. Atau aku memang problem.

Kalau lah aku boleh putarkan masa, aku tak nak jadi introvert dan pemalas macam ni.

Aku memang problem…

– Mimie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *